Walaupun Susukan Anak Kembar, Tapi Masih Dapat Kumpul Stok Susu EBM

Walaupun Susukan Anak Kembar, Tapi Masih Dapat Kumpul Stok Susu EBM

Tak lama lagi Along nak bersalin, anak kembar lagi. Seronok rasanya bila pertama kali dapat anak buah kembar. Tak pernah terfikir pun akan dapat sebab keluarga Syu takde langsung genetik kembar. Tapi, alhamdulillah dah rezeki Along Allah nak bagi, terima sahajalah dengan hati yang terbuka 🙂

Jadi, entry kali nie adalah khas untuk Along Syu, dan juga semua mummy-mummy yang mempunyai anak kembar ataupun yang tengah menunggu kehadiran anak-anak kembar. Untuk melahirkan anak kembar dah memang mencabar, tapi nak menyusukan anak kembar pun lagi satu cabaran juga. Jadi untuk mummy-mummy yang memang nekad nak susukan anak kembar sampai umur dua tahun, dan pada masa yang sama mengumpul stok susu EBM yang cukup untuk keduanya, entry ini adalah khas untuk anda semua juga 😀

Ada beberapa perkara yang boleh dijadikan panduan untuk mummy-mummy kembar gunakan untuk susukan anak kembar secara eksklusif dan juga masih dapat mengumpulkan stok susu apabila mula bekerja nanti. Sebelum nak menyusukan anak, mummy perlu tahu asas-asas penyusuan dulu. Kalau tak, penyusuan eksklusif susah untuk berjaya.

Asas-asas penyusuan secara eksklusif

  • Konsep demand vs. supply mesti mummy faham terlebih dahulu. Kita bagi je susu pada anak kita pada bila-bila masa yang anak kita mahukan walaupun baru 5 minit lepas dia berhenti minum susu. Lagi banyak anak kita minum susu, kilang susu akan hasilkan lagi banyak susu. Ini kerana otak kita memberi signal kepada kilang susu untuk menghasilkan lebih banyak susu (supply) berdasarkan demand anak kita itu tadi supaya susu untuk mereka sentiasa mencukupi.
  • Kosongkan Cik B sekerap mungkin. Apabila Cik B kita selalu kosong, otak akan mendapat signal supaya penuhkan kilang susu itu. Lagi kerap Cik B kosong, lagi cepat penghasilan susu akan berlaku.
  • Jangan sesekali biarkan Cik B penuh tanpa anak kita minum ataupun mengepam susu keluar kerana ia akan menyebabkan susu kita berkurang sedikit demi sedikit sebab tiada sesiapa yg minum. Ini kerana otak kita akan faham yang anak kita dah kurang perlu menyusu, jadi, otak kita akan suruh kilang susu kurangkan penghasilan susu itu.
  • Jika kita mummy bekerjaya, sekurang-kurangnya mengepamlah setiap 3 jam supaya Cik B kita sentiasa dikosongkan untuk membolehkan susu dihasilkan dengan lebih banyak.

Lepas kita faham mengenai konsep penyusuan, barulah kita akan dapat bertahan walaupun cabaran melanda – susu merudum la, orang cakap anak tak cukup susu la, apa-apa sahaja cabaran akan dapat kita lalui. Kita boleh dan mampu juga untuk kumpul stok walaupun menyusukan anak kembar tau.

 

Macam mana nak kumpul stok bila menyusukan anak kembar?

penyusuan anak kembar

Nak kumpul stok susu bagi anak kembar bukannya mudah, tapi ianya tidak mustahil juga. Yakin yang kita akan dapat kumpulkan stok untuk anak-anak syurga ini.

1. Kerap menyusu anak-anak

Seperti Syu katakan tadi, kita kena kerapkan menyusu anak-anak kembar ini. Pastikan Cik B selalu dikosongkan.

2. Tandem Nursing

Tandem nursing nie ada dua cara sebab anak kita kan ada dua orang. Kita boleh menyusukan anak kita kedua-duanya serentak ataupun kita boleh menyusukan seorang anak di sebelah dan sebelah lagi kita pam.

Sebagai contoh, anak pertama kita susukan sebelah kiri dan kita mengepam sebelah kanan. Kemudian, kita susukan anak kedua juga sebelah kiri dan kita mengepam sebelah kanan. Pada sesi seterusnya, kita susukan anak kita sebelah kanan pula dan mengepam sebelah kiri.

Jadi, setiap kali kita menyusukan anak, kita akan dapat kumpulkan stok juga pada masa yang sama. Lagi kerap kita buat, lama-lama stok susu akan meningkat sedikit demi sedikit dan in sya Allah akan cukup stoknya semasa kita bekerja nanti.

3. Jangan stress

Stress sangat-sangat mempengaruhi penghasilan susu. Sebolehnya, mummy kena tenang dan sentiasa berfikiran positif yang susu sentiasa cukup untuk anak-anak. Banyakkan berzikir untuk menenangkan fikiran, lagi-lagi semasa menyusukan anak dan mengepam susu untuk anak.

4. Banyakkan berehat

Mempunyai anak kembar memang penat. Jadi, mummy kenalah banyakkan berehat. Kalau anak tidur, pastikan mummy pun tidur sekali supaya kita ada tenaga yang cukup untuk melayan anak nanti. Tak perlulah fikirkan keadaan rumah dulu pada ketika ini.

5. Power pumping

Power pumping sangat penting untuk mummy yang menyusukan anak dan tengah mengumpul stok susu EBM. Power pumping ini adalah proses untuk menaikkan supply susu dengan manipulate demand kepada susu. boleh dilakukan sehari sekali pada bila-bila masa selama sejam. Tapi, Syu suka buat power pumping nie tengah-tengah malam sebab tenaga dan fikiran kita ditahap tenang, in sya Allah akan memudahkan susu untuk keluar.

Masa mula-mula buat power pumping tu, mungkin akan keluar angin je ataupun setakat 1 oz je, tapi tak mengapalah, lama-lama nanti ia akan makin banyak. Percayalah, bila tengok stok susu yang banyak nanti akan buat kita rasa bahagia.

6. Pelbagaikan posisi menyusu

posisi menyusu bayi kembar

Setiap posisi penyusuan akan mengosongkan bahagian Cik B yang berbeza-beza. Dengan mempelbagaikan posisi penyusuan ini, seluruh Cik B kita akan kosong dan ringan. Senanglah nanti kilang susu nak hasilkan susu lagi.

.

Cabaran untuk menyusukan anak-anak kembar memang sentiasa ada, tapi dengan nekad dan kesungguhan yang tinggi, mummy akan mampu untuk menyusukan anak-anak kembar dan pada masa yang sama, dapat kumpul stok susu EBM sedikit demi sedikit.

Jangan risau dan berfikiran negatif, kerana ia boleh mempengaruhi penghasilan susu kita. Amalkan makan pemakanan sihat dan juga suplement-suplement untuk membanyakkan susu badan supaya ia akan membantu kita untuk menghasilkan stok susu yang banyak dan mencukupi untuk anak-anak kembar kita.

Syu doakan mummy-mummy semua berjaya menyusukan anak-anak kembar secara eksklusif 🙂

 

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139539

FB | UmmuZuhayr – Sharing Great Moments Of Parenthood

Pengedar Sah Shaklee Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam

Dan Pengeposan ke Seluruh Malaysia

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.