Walaupun Hamil, Tapi Cergas Bertenaga Je!

Walaupun Hamil, Tapi Cergas Bertenaga Je!

Mengandung, tapi jalan laju macam ringan je perut tu

Bismillah.

Pertama sekali, tahniah Syu ucapkan kerana ibu-ibu bakal mencapat cahaya mata. Kalau dah ramai anak, mesti dah banyak pengalaman semasa mengandung kan? Setiap kali mengandung lain kerenah badan kita nie. Ada orang mengandung sampai tak larat nak bangun dari katil. Ada sesetengah ibu, muntah-muntah tak selera makan yang lama sampai turun berat badan tau. Tapi, ada juga ibu-ibu yang mengandung tapi gaya tak macam orang yang mengandung pun. Jalan laju je. Buat kerja semua cepat je. Apa yang ibu tu makan sampai bertenaga macam tu ye?

Mesti ramai ibu-ibu yang mengidamkan badan yang bertenaga kan walaupun berpantang? Takkan la nak melepek je di pejabat sebab tiada tenaga nak buat kerja? Tak kan nak harap orang lain siapkan kerja kita kan? Kerja kita, kita la kena buat. Sekali sekala minta tolong orang boleh la, tapi kalau hari-hair, nanti orang pun mula menyampah dengan kita. Nak ke macam tu?

Kalau kita duduk rumah sahaja sekalipun, takkan la nak baring je atas katil gara-gara pening kepala? Siapa nak uruskan anak-anak? Siapa nak kemas rumah, masak dan sebagainya? Kesian suami dan anak-anak, disebabkan kita yang tidak bertenaga masa mengandung, keluarga terabai pula.

.

Pengalaman ‘Pahit’ Mengandung Anak Kedua

Masa Syu mengandung anak kedua, Syu memang tak boleh nak bangun dari katil. Bangun je pening. Makan pun tak lalu, mesti muntah. Anak dan suami memang jaga diri sendiri je masa tu. Kesian Ahmad, tapi Alhamdulillah masa tu masih tinggal dengan mak ayah. Mak dan ayah la yang banyak berjasa jaga anak dan suami.

Masa hamil anak kedua nie juga la berat Syu turun pada trimester pertama sampai kena marah dengan misi di klinik kesihatan. Tahan je la misi membebel. Tapi, nak buat macam mana kan? Bukannya kita sengaja nak turunkan berat pun.

Lepas tu serik la. Tak tahan asyik muntah je sampai perit tekak takde apa nak keluar dah.

Selamat la trimester pertama je. Lepas tu badan ok la sikit. Cumanya Syu cepat penat. Mengah tercungap-cungap bila buat kerja lama-lama. Main dengan anak lama sikit pun tak boleh, mesti nak kena baring dan tidur. Memang tak bertenaga sungguh masa mengandung nie. Berlarutan sampailah Syu bersalin.

.

pregnant

.

Tak Nak Sejarah Berulang Lagi

Dua tahun selepas tu, Syu mengandung anak ke-3 pula. Kali nie, Syu berazam tak nak jadi macam dulu. Tak nak asyik terbaring je. Kena elakkan muntah-muntah. Yang paling penting, kena ada tenaga untuk buat kerja (kerja rumah dan juga kerja di sekolah) dan jaga anak-anak. Tak nak lagi biar anak terabai, tak nak susahkan kawan-kawan di sekolah untuk buat kerja Syu.

Alhamdulillah, mengandung anak ke-3, Syu penuh tenaga. Jalan pun laju je, macam orang tak mengandung. Sampai pelajar pun tegur yang Syu jalan lagi laju dari mereka. Perut je besar, tapi cara jalan macam badan Syu ringan je. Suka sangat masa mengandung anak ketiga. Takde lagi menyusahkan orang lain. Yeay!!!

.

Vitamin Hamil Yang Banyak Membantu

 Nak bertenaga masa mengandung, Syu memang perlukan bantuan suplement. Syu amalkan madu suam setiap pagi, dan makan kurma banyak, tapi tak dapat berikan tenaga sepanjang hari. Tengah hari je mesti dah mula tak larat.

Kenalah cari suplement lain juga, dan Syu jumpa Set Hamil Shaklee. Suplement inilah yang bantu beri tenaga pada Syu (dengan izin Allah). Alhamdulillah.

1470823347415

.

Syu akan minum ESP setiap pagi sebelum ke tempat kerja. Dapatlah tampung keperluan protein badan. Pada masa yang sama buat Syu kenyang lebih lama sementara nak tunggu sarapan (biasanya sarapan di sekolah je). Hilang sikit angin perut yang buat Syu loya dan mual. Bertenaga la untuk hantar anak ke sekolah.

Selain dari ESP, Syu amalkan makan B-Complex juga. B-Complex mengandungi asid folik yang sangat penting di trimester pertama untuk janin kita tau. Ia juga membantu dalam memberi tenaga pada Syu untuk buat kerja dan juga mengajar dalam kelas.

Kita perlu makan Vitalea untuk cukupkan keperluan vitamin untuk badan kita dan juga baby dalam kandungan. Vitalea mengandungi pelbagai vitamin dan mineral tau. Siapa yang Hb rendah tu makan la Vitalea hari-hari. In sya Allah normal Hb nanti.

Vitamin C juga adalah penting untuk ibu mengandung bagi meningkatkan imun sistem diri dan baby. Lagi penting kalau kita ada anemia masa hamil. Kalau pening-pening sampai rasa nak pitam tu, makanlah Vitamin C ye. Alhamdulillah hamil kali ketiga ini tiada masalah pening-pening.

Bila dah malam, badan pun dah letih, Syu makan Ostematrix sebelum tidur untuk legakan otot-otot yang penat ‘bekerja’ sepanjang hari. Alhamdulillah, bangun tidur takde pun sengal-sengal badan dan cramp kaki. Sembelit pun tak de. Best sangat rasa badan. So fresh!!!

.

Syu dah tak takut nak mengandung lagi (peliknya, biasanya orang takut nak beranak je…) sebab Syu dah jumpa vitamin yang boleh bantu beri tenaga sepanjang hari, sepanjang tempoh hamil selama 9 bulan.

Yang paling best, set ini sangat menjimatkan. Kalau tak habis masa hamil, sambung je makan semasa dalam pantang, cuma perlu tambah zinc complex untuk cepatkan pemulihan luka jahitan. Tak ke jimat tu?

Sekarang, Syu dah boleh buat kerja-kerja sendiri tanpa perlu susahkan orang lain. Syu juga masih boleh main dengan anak-anak selepas balik kerja dan masak untuk keluarga. Rumah pun terurus. Takde la sepah-sepah je. Sukanya. Tiada lagi keluarga terbiar macam dulu.

.

Ibu juga mengalami masalah yang sama macam Syu ketika mengandung? Syu sarankan ibu-ibu untuk makan suplement ini. Ia sangat-sangat membantu dalam kerja-kerja seharian.

Sampai bila kita nak biarkan anak kita tanpa kita main-main dengan mereka kan? Sampai bila rumah kita nak berselerak kan? Dan sampai bila asyik kena beli makanan di kedai kan? Dengan suplement ini, ibu boleh buat sendiri je.

Hubungi Syu untuk dapatkan suplement ini dan dapatkan tenaga ‘superwoman’ untuk uruskan keluarga sendiri!

.

Your Shaklee Health Consultant,

Syu Amir

Shaklee ID | 1139539

Whatssap | 019-2198621

COD Shaklee Skudai, JB

Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui kurier berdaftar

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Trackbacks

  1. […] itu, ESP dan Vitamin C ini adalah sebahagian daripada set hamil, set berpantang dan juga set menyusu. Jadi, set-set ini semuanya akan dapat dimiliki dengan harga […]

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.