Wahai Suami, Fahamilah Kemahuan Si Isteri :)

Wahai Suami, Fahamilah Kemahuan Si Isteri :)

Kemahuan Isteri Yang Selalu Suami Tak Ambil Peduli

Kahwin bukanlah sekadar berkongsi katil dan hidup sebumbung, tapi ia juga adalah kefahaman terhadap apa yang pasangan kita mahukan. Apa yang pasangan kita suka dan tak suka, perangai dia macam mana, dan sebagainya. Tapi, kadang kala kita terlepas pandang apa yang pasangan kita nakkan daripada kita. Selain dari isteri kena kenal perangai suaminya macam mana, begitu jugalah suami kenalah ambil tahu apa yang isteri mahukan daripada anda!

Selalunya, isteri memang agak complicated untuk difahami, tapi kalau suami observe betul-betul perangai isteri, senang je sebenarnya nak tahu apa yang isteri kita nakkan dari kita nie πŸ™‚

.

Apa yang isteri mahukan dari suami

.

suami kena tahu apa yang isteri nakkan

.

1. Pendengar Yang Setia

Ini adalah perkara paling penting yang isteri nakkan dari suami. Isteri pun nak juga berkongsi cerita apa yang berlaku padanya di pejabat, ataupun apa yang berlaku sepanjang hari dia di rumah, ataupun apa-apa sahajalah cerita yang nak dikongsi.

Kalau isteri nak berbual dengan kita masa tu, berilah sepenuh tumpuan pada dirinya yang sedang bercakap. Letaklah telefon ke, tablet ke, laptop ke, jauh-jauh. Fokus pada apa yang nak diperkatakan oleh isteri. Selain itu, jangan sekadar dengar je, berilah pandangan ataupun komen untuk menunjukkan yang anda mendengar apa yang isteri tengah cakapkan tu.

Isteri biasanya nak meluahkan apa yang dia rasa je, bukan nak kita selesaikan masalah pun. Lepas isteri cerita, mesti dia rasa lega dan gembira je.

.

2. Kata-kata semangat

Kalau yang sedang dicakapkan itu adalah masalah yang tengah dihadapi, isteri kita biasanya nakkan kata-kata semangat dari suami untuk terus menghadapi segala masalah dan cabaran itu. Itu je.

Tak payah nak kritik apa-apa, atau nak judge, atau nak condemn apa yang berlaku, bagi semangat pun dah cukup. Isteri akan lebih kuat untuk menghadapi dengan tenang. Percayalah!

.

3. Pujian

Kalau isteri mengemas atau masak, pujilah isteri kita. Penat tau isteri kita buat semua tu. Perempuan suka kena puji, lagi-lagi kalau yang puji tu orang yang dia sayang. Lagi seronok nak buat hari-hari.

Kalau hari-hari asyik nak cari salah isteri je, nanti isteri pun boleh stress dengan keadaan yang berlaku, lagi-lagi kalau isteri tu surirumah. Lagi kesian kena dengar kritikan suami hari-hari. Hari-hari pun nanti rasa terpaksa buat semuanya. Takde semangat langsung kalau dah terpaksa nie.

.

4. Tolong menolong

Isteri bukanlah tak boleh nak buat segalanya sendiri, tapi kan lebih manis kalau suami pun boleh tolong juga. Bukannya suami tak pandai kemas rumah dan basuh pinggan kan? Tolonglah apa yang patut di rumah untuk meringankan beban isteri sedikit. Kemas rumah sama-sama kan romantik πŸ˜€

Kalau sibuk sangat, boleh carikan part-time maid untuk datang kemas rumah, tak de la isteri penat seorang diri nak mengemas dan menguruskan anak.

.

Inilah lumrah kehidupan berumah-tangga. Yang penting, suami isteri kena berkomunikasi. Cakap apa yang kita tak suka dengan cara yang berhemah, bukannya marah tengking. Kalau kita tak cakap, pasangan kita tak tahu, tapi biasalah perempuan, mana suka cakap direct-to-the-point. Mesti guna kiasan, dan mengharapkan suami untuk faham apa yang dia nakkan. Kalau cakap tak nak, tapi sebenarnya nak sangat, kalau cakap ‘takde apa-apa la’, itu maknanya memang ada masalah besar la dalam hati isteri!

Pesanan penaja: Suami, cubalah fahami apa yang isteri mahukan. Isteri takkan cakap mengenai apa-apa masalah sebab tak nak susahkan suami. Tapi, tengok dan perhatikan dengan hati, mesti kita akan tahu apa yang isteri kita betul-betul mahukan dari kita πŸ™‚

.

sign blog 2

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Comments

  1. In Shaa Allah akan saya ingat pesanan dan nasihat ni πŸ˜€
    sabree hussin recently posted…10 sebab kenapa anda patut beriklan Advertorial di blog sabreehussin.comMy Profile

  2. Wanita, sensitivitinya tinggi, boleh meneka melalui pemerhatian. Lelaki pula sebaliknya. Kalau tak cakap, memang takkan tahu apatah lagi faham. Walaupun ada segelintir lelaki sensitif, very rare. hehe. Kuasa Allah menjadikan pasangan saling lengkap melengkapi πŸ™‚
    Ummi Tiqah recently posted…Apa Itu MLM, Kenapa MLM Dikatakan Haram ?My Profile

    • syuhada amir :

      mmg pun…:)

      sebenarnya komunikasi je kena betulkan…
      suami kena lebih peka pada isteri dan isteri kena bagitau apa yang kita nak sebab lelaki tak boleh baca fikiran kita…. πŸ™‚

  3. memang menarik terutama cara nak puji mereka..
    Hero Borneo recently posted…Cerita Sebalik Gambar Siri 7My Profile

  4. Salah satu punca pergaduhan adalah kurang pandai berkomunikasi.

    Yang penting… Sebelum ada anak lagi… Banyakkan bercakap

    Nice info
    Wan Nur Suzilla recently posted…Cara Jaga Bayi Baru LahirMy Profile

    • syuhada amir :

      betul tu…tapi bila isteri dah biasa diamkan diri, memang susah nak bercakap dgn suami kan…

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.