Usaha Untuk Membantu Mangsa Banjir

Usaha Untuk Membantu Mangsa Banjir

Sedih Syu rasa bila memikirkan nasib mangsa-mangsa banjir. Pada Syu, inilah banjir terburuk yang pernah berlaku. Tempat yang tak biasa kena banjir pun tahun nie banjir juga.

Syu call kawan Syu hari tu, saje je bertanya khabar sebab dia baru je balik dari New Zealand. Tetiba dia cerita yang rumah dia yang atas bukit tu pun masuk air. Habis tingkat bawah rumah dia. Sekarang tingkat 2 je yang selamat.

manek urai banjir

MANGSA-BANJIR-DI-SMK-MANEK-URAI-DALAM-BAHAYA

 

 

Tengok keadaan sekolah yang tenggelam dek banjir tinggal tingkat atas sekali je lagi buat sedih. Sedih sebab tak dapt nak tolong. Mengharapkan diri berada di sana untuk menolong mangsa banjir, tapi Allah lagi tahu apa yang Syu perlukan.

Syu hanya boleh sumbang wang, tapi Syu tahu tak cukup untuk membantu. Syu berdoa supaya Syu kaya banyak duit supaya boleh keluarkan duit sebanyak mungkin untuk meringankan beban mangsa dan orang yang bertungkus lumus membantu.

Hari nie, Syu nak pilih baju baru untuk Basyiirah. Bukanlah baru beli di kedai, baru sebab dah lama tersimpan baju abang dan kakaknya tu. Masa tu, Syu terfikir kan bagus kalau baju anak-anak nie didermakan untuk mangsa banjir. Baju-baju nie semua cantik-cantik lagi sebab pakai sekejap je.

So, Syu pilih baju untuk Basyiirah dan selebihnya Syu asingkan untuk Syu dermakan. Memang tak fikir apa dah. Biarlah, moga ada yang memerlukannya. Kalau rezeki dapat anak nombor 4 nanti, Syu beli la baju baru….(berangan sekejap….hahaha)

 

20141229_110608

Antara baju-baju yang telah dipilih dan diasingkan untuk didermakan…moga tuan yang baru gembira dengan pemberian tak seberapa nie…

 

 

20141229_110600

Longgokan baju yang bersepah, tengah dipilih…mana yang elok lagi nak bagi orang…

 

 

20141229_110546

Baju En. Suami pun Syu pilih…mana yang tak pakai dah boleh bertemu tuan baru…ada juga manfaatnya… 🙂

 

Esok In Sya Allah akan diserahkan ke pusat pengumpulan untuk dibawa kepada mangsa-mangsa banjir. Moga bermanfaat baju nie dan memberi harapan baru untuk mereka meneruskan hidup.

 

Love,

Syu Amir

 

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.