“Ummi, bila kita nak terbang”| MAS Memang Best!

“Ummi, bila kita nak terbang”| MAS Memang Best!

Anak tak banyak kerenah masa dalam perjalanan

.

Alhamdulillah, berjaya juga Syu travel seorang diri naik kapal terbang dengan anak kecil 3 orang. Abinya masih bekerja dan akan pulang ke rumah mak minggu depan apabila mula bercuti untuk hari raya haji nanti. Berbekalkan tips-tips naik kapal terbang yang Syu tulis sebelum ini, kami berjaya sampai ke KLIA dengan mudah, tanpa sebarang adegan drama teruk dari anak-anak.

Pada mulanya memang sangat nervous nak travel dengan anak kecil naik kapal terbang, ya la kan, anak-anak Syu semuanya kecil-kecil lagi – Zuhayr baru 5 tahun, Syifa’ 3 tahun dan Basyiirah baru setahun 2 bulan. Kalau nak diikutkan umur mereka nie, memang boleh jangka akan bosan dan mati akal dalam tempat yang sempit ini.

Tapi, sepanjang perjalanan anak-anak Syu sangat behave dan sangat mendengar kata. Mungkin semuanya teruja nak naik kapal terbang kot. Tapi, memang Syu bersyukur sangat anak-anak semua tak banyak kerenah masa dalam perjalanan.

Rasanya Zuhayr dekat 20 kali tanya “Ummi bila kita nak terbang?”. Nampak sangat Zuhayr Excited nak alami pengalaman pertama naik flight.

.

โ™ฅ Bagusnya Malaysia Airlinesย โ™ฅ

.

tips urus anak dalam flight

.

Dari zaman belajar hinggalah sekarang, Syu memang suka travel dengan MAS. Tak kiralah mahal atau murah, MAS tetap di hati ๐Ÿ™‚ Masa belajar di New Zealand dulu pun, Syu akan pilih MAS. Bila naik je pesawat, memang dah rasa berada di Malaysia sebab pramugari dan pramugara kapal terbang memang buat kita terus rasa berada di negara sendiri.

Kali ini pun, Syu pilih MAS walaupun perjalanan tak sampai sejam pun. Alhamdulillah anak-anak Syu pun suka. Bukan main excited lagi anak-anak Syu bila dah duduk di tempat duduk sendiri.

Antara sebab-sebab Syu prefer MAS adalah:

1. Peramah

Pramugara dan pramugari MAS sangat peramah, buat kita rasa selesa. Kalau takut naik flight sekalipun, akan rasa tenang je dengan layanan anak kapal. Dengan Syu yang bawa 3 orang anak kecil nie, pramugara yang tunjukkan tempat dan bawa Zuhayr dan Syifa’ ke tempat duduk. Diorang dah berlari dah di laluan tengah tu. Syu dukung Basyiirah masa tu, tak terkejar la.

Masa sampai di tempat duduk, anak kapal yang tolong naikkan beg. Memang mudah kerja kita. Mungkin sebab dia tengok kita ada anak kecil sampai 3 orang, mereka pun hulurkan bantuan ๐Ÿ™‚

.

2. Tempat duduk yang selesa

Tempat duduk kapal terbang MAS sangat selesa. Lutut kita tak sampai la pada seat depan kita tu. Pernah dulu naik kapal terbang lain sampai kaki asyik berlanggar dengan seat depan. Memang tak selesa la masa tu. Alhamdulillah, tempat duduk MAS memang selesa walaupun Syu kena pangku Basyiirah ๐Ÿ˜€

.

3. Dapat refreshment

Refreshment memang percuma, tak perlu bayar. Dalam perjalanan yang pendek pun masih dapat air fresh orange ataupun jus epal. Kacang pun dapat juga tau.Bolehlah mengunyah-ngunyah semantara nak tunggu landing.

.

4. Ada tv depan seat

20150917_205616ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย 20150917_205607

Walaupun mereka tak bekalkan earphone untuk perjalanan pendek, tapi anak Syu masih teruja tengok cerita cartoon. Tak dengar suara pun tak pe la. Dapatlah isi masa mereka dengan cerita tak bersuara tu.

.

5. Cerita yang up-to-date dan sesuai dengan setiap peringkat umur

Banyak cerita yang kita boleh pilih, dan banyak pilihan untuk setiap peringkat umur. Kalau kanak-kanak, ada banyak cerita cartoon, untuk dewasa ada pilihan tersendiri juga.

Zuhayr dan Syifa’ tengok cerita ‘Inside Out’ sepanjang jalan nak sampai ke KLIA. Best!

.

Paling best semalam adalah, Allah turunkan pembantu yang sangat tak disangka-sangka untuk memudahkan lagi perjalanan Syu. Alhamdulillah anak murid Syu balik dengan penerbangan yang sama. Mereka yang kejar Zuhayr dan Syifa’ yang berlari jauh ke depan dan merekalah yang layan Zuhayr dan Syifa’. Thank you Allah for sending them ๐Ÿ˜€

20150917_221634

Inilah pembantu yang sangat membantu Syu dalam perjalanan ๐Ÿ™‚

Pada ibu ayah yang lain, jangan takut nak bawa anak naik kapal terbang seorang diri. Cuma perlu pastikan segala bekalan anak kita cukup sepanjang perjalanan. In sya Allah anak tak meragam ๐Ÿ™‚

Happy travelling mummy ๐Ÿ˜€

.

Love,

sign blog 2

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.