Ubati Puting Luka Semasa Menyusu Yang Amat Memedihkan

Ubati Puting Luka Semasa Menyusu Yang Amat Memedihkan

Puting luka ataupun nipple crack ini memang selalu terjadi semasa menyusukan bayi, terutamanya anak sulung kerana puting kita tidak pernah dihisap sebelum ini. Selain itu, puting kita ini juga tidak pernah keluar susu, jadi saluran dan spot untuk pengeluaran susu itu masih sempit. Tapi, lukanya tidaklah lama dengan cara pengendalian yang betul.

Syu masih ingat lagi masa Syu menyusukan Ahmad dahulu, Syu menangis-nangis tahan puting yang luka. Syu tak tahu nak buat apa sebab masih di luar negara pada ketika itu. Syu rasa dalam masa seminggu permulaan menyusu tu, memang Syu selalu cakap dengan suami tak nak susukan anak. Sakit sangat. Walaupun hanya 10 saat (lebih kurang la) sakitnya, itu adalah sangat lama pada Syu.

Pada masa tu, dek kerana kurang ilmu nak buat apa mengenai nipple crack, suami belikan lanolin cream untuk disapukan pada puting yang luka itu. Kesian sangat kot Syu asyi menangis je apabila menyusukan Ahmad. Krim Lanolin ini macam ubat gamat la, untuk sembuhkan luka tapi specifik kepada puting kita sebab puting kita ni sensitif dan tak boleh kena bahan kimia berlebihan. Nanti kering makin sakit. Syu sapu setiap kali lepas menyusukan Ahmad. Alhamdulillah kuranglah sikit sakitnya itu, tapi ia mengambil masa yang lama untuk sembuh sepenuhnya.

Waktu puting kita luka, seboleh-bolehnya anginkan selalu dan biar terdedah seketika untuk cepatkan proses pembaikan luka. Bila kena angin, ia akan keringkan luka dengan cepat. Lagipun, puting yang luka tidak bergeser dengan kain bra kita yang boleh menyebabkan sakit dan luka susah nak pulih.

Yang paling penting, ketika mandi, jangan sesekali basuh puting kita dengan sabun atau apa-apa pencuci untuk membersihkan puting kita. Bahan kimia pada sabun mandi akan mengeringkan puting kita dan menyebabkan puting kita makin sakit. Cukup sekadar basuh dengan air suam.

Syu memang amalkan tips-tips ini untuk memulihkan nipple crack yang makin teruk. Tapi, mungkin sebab asyik susukan Ahmad dengan tempoh yang lama, luka pada puting memang lambat baik. Sampailah Syu baca ada orang cakap letak susu ibu pada luka. Picit sedikit untuk keluarkan susu dan sapu pada puting kita itu. Alhamdulillah memang cepat je baik. 2 hari lepas letak susu ibu dengan kerap, memang takde lagi nipple crack dan menyusukan Ahmad sangat menggembirakan hatiku ini 🙂

Selepas sembuh luka pada puting, Syu terus mengepam buat stok susu utuk anak. Bersusah payah baru Syu dapat buat stok. Tapi, tak mengapalah. Allah nak uji kekuatan Syu pada masa itu.

Sama seperti ujian yang Allah turunkan untuk Pn. Farah ini yang nekad nak susukan anaknya selama 2 tahun. Jom dengar apa yang Kak Farah buat demi mengumpulkan stok susu untuk anak tersayang. Dugaan sungguh!

 Betapa murninya hati seorang ibu kan? Sanggup lakukan apa sahaja untuk anak yang disayangi 🙂

Samalah dalam kes puting luka ini. Dah sakit-sakit luka puting pun masih bagi anak menyusu. Masih lagi mengepam susu nak buat stok.

Tapi, kita tahu tak apa puncanya berlaku nipple crack ini?

1. Lekapan (latched) mulut bayi kita tidak betul

photo credited to soleh.net

photo credited to soleh.net

Semasa kita masukkan puting kita ke dalam mulut anak, pastikan mulut anak kita meliputi sebahagian besar bahagian areola (bahagian gelap sekeliling puting kita). Jangan pula mulut anak kita setakat masuk hingga hujung puting kita. Cara itu akan menyebabkan puting kita sakit dan boleh luka kalau bayi kita menghisap dengan cara itu.

Bukan sahaja nipple sakit, tapi bayi kita takkan dapat susu hindmilk (susu yang penuh khasiat) kerana hisapan yang tidak betul. Jadi, kita kena betulkan posisi mulut anak kita semasa mereka menyusu.

2. Penggunaan breastpump 

Kebanyakan ibu menyusu semuanya bekerja. Syu faham kita semua perlu mengepam walaupun bekerja. Tapi, jangan tergopoh-gapah mengepam sampai posisi nipple dalam corong pun senget-senget. Pastikan nipple berada di tengah-tengah semasa mengepam. Kalau senget-senget, memang akan sakit dan lama-lama boleh luka.

Selain itu, walaupun kita nak cepat dan tiada banyak masa, jangan setkan level sedutan terlalu tinggi sebab boleh menyebabkan ketidakselesaan pada puting. ini juga boleh menyebabkan sakit dan luka.

3. Kulit kering atau eczema

Ada sesetengah ibu-ibu mempunyai masalah kulit kering dan eczema. Bila puting kita kering, tambah pula bercampur dengan air liur anak dan hisapan mereka yang kuat, memang boleh buat puting kita luka dan berdarah. Jadi, jangan basuh puting kita dengan sabun sebab akan menambah lagi kekeringannya. Cukuplah sekadar mencuci dengan air suam.

4. Anak kerap menggigit semasa menyusu

Anak kita bila dah tumbuh gigi ataupun tengah gatal gusi nie, memang suka menggigit. Dengan kita sekali digigitnya. Memang menjadi lumrah kalau kena gigit dengan anak semasa menyusu. Kadang-kadang suka-suka gigit pun ada juga. Tu yang geram. Tapi, nak buat macam mana. Syu pernah terpukul peha Ahmad masa dia gigit, memang Ahmad terkejut dan menangis. Tapi, lepas tu tak gigit dah. Alhamdulillah.

Sakit kan nipple crack nie? Inilah dugaan yang setiap ibu akan alami demi memperjuangkan impian nak susukan anak secara eksklusif sehingga umur 2 tahun. Tapi, setiap dugaan ada kebahagiaan menanti. Paling gembira adalah apabila kita melihat anak yang sihat dan cergas.

Takde pening-pening macam ibu-ibu dalam video nie. Anak susah makan, anak selalu sakit, dan macam-macam lagi. Dengarlah nasihat mereka. Sangat kagum dengan mereka!

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139539

0192198621

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Comments

  1. Assalamualaikum,

    Mohon izin daripada tuan punya blog.

    Kepada sesiapa yang memerlukan Krim Medela Tender Care untuk merawat puting susu luka, boleh whatsapp/SMS 01152963790 untuk dapatkan krim ini daripada kami.
    Kami ada ready stok insyaallah.

    Boleh lawati FB page:
    https://www.facebook.com/medelatendercaremurahmujarab/

    Thanks tuan blog 🙂

    • KAUTHAR FAQEH :

      PERTUKARAN NO TELEFON!

      KEPADA YANG MEMERLUKAN KRIM MEDELA TENDER CARE, SMS/WHATSAPP 01152370397 YA. KAMI ADA READY STOK. NOMBOR DI ATAS TIDAK AKTIF.

      TERIMA KASIH

Trackbacks

  1. […] ibu mengalami bengkak susu, puting kita akan keras dan bila anak menyusu, puting boleh luka tau. Sebab itulah kita sangat-sangat digalakkan untuk mengosongkan Cik B […]

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.