Ubat Batuk Semulajadi Untuk Menghilangkan Kahak

Ubat Batuk Semulajadi Untuk Menghilangkan Kahak

Batuk berkahak nie memang tak selesa. Syu dah dekat 3 minggu batuk tak elok-elok lagi. Tapi, Syu bukannya suka makan ubat doktor nie. Biasanya akan biar je batuk tu elok sendiri. Tapi, dah lama sangat nie. Kena juga cari ubat untuk legakan batuk. Kebetulan, minggu lepas balik rumah mak mentua dan ayah mentua pun batuk. Ayah buat ubat batuk yang paling best dan sedap….yummm…

Lepas minum ubat tu, rasa lega sikit la tekak nie. Tapi, takkan la nak mintak bawak balik kan. So, Syu minta resipi je la. Boleh buat sendiri…hehehe….Senang je…

 

Resipi Ubat Batuk Semulajadi

 

Bahan-bahan:

1. Lemon

2. Madu

3. Sedikit halia (optional)

 

Cara-cara:

1. Hiris lemon bulat-bulat. Berapa biji lemon tu, ikut la besar bekas yang kita pilih. Kalau bekas besar, lemon perlu banyak sebab lemon kena penuh satu bekas tu.

2. Susun elok-elok lemon dalam bekas tu.

3. Hiris halia dan masukkan juga dalam bekas tu.

4. Lepas tu, masukkan madu dalam bekas tu. Madu pun mesti penuh bekas.

5. Sejukkan dalam peti ais dulu. Biar semua bahan-bahan bercampur dengan sebati.

6. Siap. Boleh dah makan. Sehari satu sudu je.

 

*Gunakan sudu plastik ye sebab madu tak digalakkan kena besi.

 

20150117_080803

 

 

Yang nie yang Syu buat. Sebab Hubbyku Sayang pun batuk, anak pun batuk juga, kena la buat banyak sikit.

 

Selamat mencuba. Moga bermanfaat!

 

Love,

Syu Amir

 

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Comments

  1. good share…

  2. Assalam.good info.tq.nk tny..utk baby 8months boleh ke buat cara ni??

    • UmmuZuhayr :

      wsalam azy…utk baby setahun ke bawah lg bagus buatkan garlic oil dan sapukan ke dada,belakang, dan betis mereka. Nanti syu buat entry pasal buang kahak utk baby ye. πŸ™‚

  3. Okey sis! Suke3 πŸ˜‰ tq πŸ˜‰

Leave a Reply to azy Cancel reply

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.