Tips Uruskan Bisnes Bagi Ibu Yang Bekerja

Tips Uruskan Bisnes Bagi Ibu Yang Bekerja

Ibu Yang Bekerja Pun Boleh Buat Bisnes Ye!

Zaman sekarang ini, ramai orang telah berjinak-jinak dengan dunia bisnes dan perniagaan walaupun telah mempunyai pekerjaan yang tetap. Ini kerana zaman kini, kos sara hidup sangatlah tinggi sehingga kita terpaksa untuk mencari pendapatan sampingan sebab gaji yang kita dapat tu tak cukup untuk menanggung perbelanjaan diri dan keluarga.

Sebab Terjebak Dengan Perniagaan

Selain dari kos sara hidup yang tinggi, terdapat banyak sebab mengapa kita semua terjebak dalam bisnes, tak kiralah perniagaan online mahupun ada kedai fizikal.

1. Ikut Kawan

Ada orang buat bisnes bukan sebab minat pun. Ikut kawan je. Kawan ajak, dia pun ikut la. Tapi, orang yang ikut kawan nie, perniagaan mereka biasanya tak stabil dan takkan bertahan lama pun, kecuali kalau mereka tiba-tiba mempunyai minat yang mendapam untuk teruskan.

2. Saja cuba-cuba

Orang yang suka mencuba adalah orang yang berani ambil risiko, tapi mereka tak tahu apa kesudahannya. Orang suruh cuba perniagaan nie dia buat, orang cakap bisnes tu boleh dapat untung banyak, dia cuba juga. Tapi, akhirnya, perniagaan tak ke mana pun. Kemungkinan untuk bisnes mereka bankrap sangat tinggi.

3. Orang yang nak cepat kaya

Orang yang begini pula ada impian yang mereka nak capai, tapi tak nampak cara nak dapatkan duit demi mendapatkan impian mereka tu. Jadi, mereka pun cuba je la apa-apa perniagaan yang nampak ‘mudah’ untuk cepat kaya. Kadang-kadang mereka buat bisnes mereka tu sebab nampak orang lain cepat kaya dengan bisnes tersebut. Contohnya, Si A nampak kawannya yang buat bisnes XXX pakai BMW dan ada rumah banglo, jadi dia pun buat bisnes XXX juga sebab nak dapatkan apa yang kawannya ada. Bahaya tau orang yang macam nie!

4. Mengisi Masa Lapang

Ada juga orang yang saje nak isi masa lapang. Dah takde kerja sangat nak buat, jadi ceburkan diri dalam bidang bisnes. Ada juga benda yang dibuat. Sekurang-kurangnya dapat juga duit kan?

5. Cintakan Produk/barang yang dijual

Inilah yang paliing bagus. Bila kita cintakan produk ataupun perniagaan kita, kita takkan fikirkan apa orang akan cakap sebab kita buat bisnes tu sebab kita memang sukakan barang tu dan kita nak kongsi dengan orang lain kebaikan barang tersebut. Jenis orang ini akan bertahan dalam bisnes yang dia buat. Itulah yang kita mahukan.

Anda jenis yang mana? Harapnya nombor 5 la ye.

.

Apabila kita dah kenal pasti kita kategori nombor berapa, barulah kita boleh uruskan bisnes kita dengan betul dan efficient. Lagi-lagi kalau kita nie yang mempunyai kerja tetap. Kita kena pandai bahagi masa untuk kerja dan bisnes kita.

.

Tips Uruskan Bisnes Bagi Yang Bekerja

urus bisnes

Untuk Syu yang bekerja, dan juga seorang ibu kepada 4 orang anak, Syu memang perlu bahagikan masa untuk kerjaya, anak-anak dan keluarga dan juga bisnes Syu, walaupun hampir 100% Syu buat bisnes online. Syu buat bisnes Shaklee, memang tak sempat nak buat offline dan pergi jumpa pelanggan. Jadi, Syu sepenuhnya menggunakan sistem online sahaja.

Syu tiada pekerja. Jadi Syu adalah Bos, dan Syu adalah kuli. Kalau Syu tak buat kerja untuk kembangkan bisnes dan empayar Syu, macam mana Syu nak dapat profit, betul tak?

Antara tips-tips yang boleh dipraktikkan ialah:

1. To-do List

Untuk uruskan kerja, anak, keluarga, dan pada masa yang sama uruskan bisnes, Syu perlu ada To-Do List setiap hari. Dari bangun tidur hingga hendak tisur, Syu harus penuhkan masa dengan perkara yang berfaedah.

Untuk diri sendiri: mandi, solat, makan, dan sebagainya.

Untuk anak-anak dan keluarga: bila nak masak, mandikan anak, bagi anak makan, nak tidurkan anak, gosok baju kerja, dan lain-lain.

Untuk bisnes: update blog, sharing ke media sosial, follow-up customer, dan sebagainya.

Syu perlu masukkan setiap perkara ke dalam list harian.

2. Jadual harian

Selepas dah ada list harian, masukkan dalam jadual. Paaagi buat apa, tengah hari buat apa, dan sebagainya. Syu pernah belajar, nak buat jadual nie, blok-kan masa setiap 15-minit. Jadi, kita akan lebih alert dengan masa dan fokus untuk siapkan tugasan mengikut masa yang kita sendiri tetapkan.

3. Kurangkan tidur

Untuk ibu yang bekerja dan ada anak, memang masa lepas balik kerja adalah masa untuk keluarga. Masa untuk fokus pada bisnes biasanya adalah lepas anak-anak tidur. Kalau kita pun tidur sekali, memang bisnes kita pun tidur juga la…hehe…

Syu akan luangkan sejam atau dua jam untuk luangkan masa untuk bisnes Syu. Tak lama pun kalau kita betul-betul fokus. Kalau mengantuk, Syu minum Cinch Tea dan telan B-Complex dulu untuk lebih bertenaga.

4. Prioritize

Untuk Syu yang buat kerja sendiri, Syu kena buat apa yang penting dulu. Yang mana Syu boleh buat kemudian, Syu biarkan dulu. Bukan bermaksud tak buat langsung ye, cuma tangguhkan sebentar untuk menyiapkan tugas yang lebih penting atau urgent.

5. Dekatkan Diri Kepada Allah

Kita selalu fikir kita tiada masa, tak cukup masa macam orang lain, tapi kita kadang-kadang tak sedar yang Allah yang pegang masa kita tu. Lagi kita dekat dengan Allah, lagi Allah dekat dengan kita. Kita jaga hak Allah, dan Allah akan jaga hak kita. Jangan risau sangat pasal perkara yang kita tidak boleh kawal. Banyakkan berdoa kepadaNya supaya Allah makbulkan apa yang kita hajati.

.

Ini adalah antara apa yang Syu buat untuk bisnes Syu. Walaupun Syu ada anak dan keluarga, Syu tetap pentingkan bisnes Syu juga. Syu akan cuba buat yang terbaik untuk keduanya.

.

Ada ibu-ibu yang nak tambah pendapatan walaupun masih bekerja? Yang tak bekerja tapi nak bantu suami tambah income keluarga pun dialu-alukan. Whatssap Syu 019-2198621. Join keluarga bisnes Syu untuk menggapai impian ibu-ibu semua. Jom!!!

.

Love,

Syu Amir

Shaklee ID | 1139539

Whattsap | 019-2198621

COD Shaklee Skudai, JB

Pengeposan ke Seluruh Malaysia melaliu Kurier Berdaftar

 

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.