Tips Uruskan Anak Pagi-pagi Tanpa Stress Dan Lambat Pergi Kerja

Tips Uruskan Anak Pagi-pagi Tanpa Stress Dan Lambat Pergi Kerja

Macam Mana Nak Uruskan Anak Pagi-pagi Tapi Masih Boleh Masuk Kerja On-time?

.

Hari bekerja merupakan hari sibuk setiap yang bekerjaya. Itu memang normal la. Tapi, yang lagi menyibukkan adalah apabila kita ada anak-anak yang wajib disiapkan juga pada pagi itu. Yang ini kita kena susun jadual betul-betul supaya kita boleh sampai awal ke tempat kerja walaupun kita kena uruskan anak juga pada waktu yang sama. Bukan semua oang boleh buat dengan hati yang tenang tau, mesti ada yang stress pagi-pagi sebab ada je yang tak kena; anak meragam bangun tidur la, anak tak nak mandi la, baju sekolah tak de la, macam-macam lagi la serba tak kenanya.

Syu pun lalui perkara yang sama, dengan nak kena siapkan pakaian kerja Syu dan suami untuk ke tempat kerja, pakaian sekolah Zuhayr, barang-barang keperluan Zuhayr untuk sekolah sesi petang, dan macam-macam lagi. Masa awal-awal kena buat ini semua, memang stress sebab asyiklah lambat keluar dari rumah (tapi takde la sampai merah punch card). Jadi tarzan pagi-pagi memang rutin la sebab Zuhayr tak nak bangun mandi.

Alhamdulillah sekarang semuanya dah OK. Zuhayr bangun pun takde nak menangis lagi, barang-barang semua pun ada, dan yang bestnya, Syu keluar rumah awal supaya tak lambat sampai ke sekolah dah 🙂

.

Tips-tips menguruskan anak pagi-pagi supaya tak stress

1. Sediakan kelengkapan sebelum tidur

Selepas tidurkan anak, Syu akan sediakan barang-barang keperluan untuk pergi kerja esoknya. Syu akan gosok baju Syu, baju suami, dan baju sekolah Zuhayr. Syu juga akan sediakan segala kelengkapan sekolah sesi petang Zuhayr dan susun di tepi pintu. Barang-barang sekolah Syu pun Syu akan susun di tepi pintu juga.

Kalau buat macam nie senang sebab pagi-pagi tak perlu nak cari semuanya, takut nanti tak jumpa pula, stress je nanti.

.

2. Bangun awal

Walaupun barang-barang keperluan dan tersedia, kita masih perlu bangun awal. Ini kerana kita masih ada perkara yang perlu dilakukan pagi itu, seperti nak sediakan sarapan dan bekal anak ke sekolah, nak mandi dan mandikan anak lagi, nak solat, dan sebagainya. Kalau lambat bangun, nanti tak sempat nak buat sarapan pula kan?

.

3. Sarapan simple

sarapan

sekadar hiasan

Sarapan pun tak perlulah yang susah-susah. Roti dan buah (pisang atau epal pun ok) pun dah cukup. Asalkan kenyang untuk alas perut.

Tapi, bagi ibu yang menyediakan bekal berkhasiat untuk anak ke sekolah, memang perlulah bangun awal untuk masak. Tapi, pastikan bahan-bahan tumisan dah disediakan sebelum tidur, bahan beku dah dikeluarkan supaya tak perlu tunggu defrost. Bangun pagi sekadar nak masakkan je.

.

4. Kejutkan anak awal

.

Two kids sleeping in bed under colorful blanket. Children relaxing in bedroom. Tired toddler girl and baby boy before bedtime. Rainbow textile bedding for nursery. Brother and sister play at home.

.

Masa awal-awal kena bangunkan Zuhayr untuk ke sekolah, memang mencabar juga la nak kejutkan dia. Menangis, meraung tak nak  mandi semua kena harungi. Jadi, Syu akan kejutkan Zuhayr awal supaya Syu ada masa nak melayan kerenah dan ragam bangun tidur Zuhayr.

Anak-anak bia bangun pagi ada ragam lain macam sikit. Masa nie la baju tak kena, stokin takde, nak stokin lain pun ada juga. Jadi, bila kita dah kejut anak bangun awal, mereka ada masa nak tengok apa yang mereka nak dan apa yang mereka tak nak.

Kita pun ada masa nak cari lagi kalau tiba-tiba anak mahukan sesuatu yang lain.

.

Inilah yang biasa Syu lakukan setiap hari supaya Syu boleh keluar rumah jam 6.15 pagi tanpa sebarang stress dan kelam kabut. Berbekalkan ESP dan B-Complex di pagi hari, ia memang membantu memberi tenaga dan juga mengawal stress Syu untuk handle situasi anak yang macam-macam nie.

Moga pagi hari ibu yang lain lebih baik dan tenang dari Syu. Yang penting, jangan stress stress ye. Allah ada untuk membantu kita semua 😀

.

sign blog 2

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.