Tips-tips Perjalanan Jauh Agar Tidak Tertidur Semasa Memandu

Tips-tips Perjalanan Jauh Agar Tidak Tertidur Semasa Memandu

Ramai di kalangan kita yang selalu travel jauh, tak kira la atas dasar kerja mahupun peribadi. Ada orang kena outstation jauh, ada orang nak pulang ke kampung yang nun jauh di utara. Ramai juga di antara kita yang lebih suka untuk memandu daripada menaiki bas ataupun kapal terbang. Tapi, bila memandu nie, yang paling bahaya adalah mengantuk. Ramai juga antara kita yang selalu terlelap masa memandu.

Syu pun pernah terlelap semasa driving sebab mengantuk sangat. Sampai pernah accident kecil pun ada. Syukur Alhamdulillah Allah masih sayangkan Syu. Tapi, lepas tu memang Syu akan pastikan yang Syu takkan mengantuk masa memandu. Takut tu….. Jadi, apa yang perlu kita buat untuk buat mata kita segar sentiasa masa memandu?

1. Tidur yang cukup

Sebelum memulakan perjalanan, pastikan kita mendapat tidur yang cukup. Make sure badan kita segar dan tidak penat. Ada sesetengah orang suka memandu di tengah-tengah malam untuk elakkan trafik jem. Tak salah, tapi jangan memandu dalam keadaan mengantuk dah la.

2. Makan snek

Sediakan snek seperti keropok, gula-gula pudina, dan air untuk bantu kita kekal segar semasa memandu.

3. Menyanyi/pasang lagu kuat-kuat

Kalau tiba-tiba terasa mengantuk, bolehlah cuba menyanyi kuat-kuat dalam kereta. Bukannya orang dengar pun kan. Tapi, menyanyi kalau memandu seorang diri je tau. Kalau dengan anak-anak, nanti mereka terjaga pula 🙂

4. Berbual

Kalau ada pasagan di sebelah, bolehlah berbual-bual ataupun buat lawak ke untuk hilangkan mengantuk. Lagi-lagi kalau dapat pasangan yang memang banyak nak bercerita. Bolehlah meluahkan semuanya masa tu 😀

5. Berhenti sekejap di RnR

Kalau mengantuk juga, berhentilah sekejap di RnR untuk berehat ataupun tidur sebentar. Kita boleh juga pergi basuh muka di RnR kan. Buatlah apa-apa saja masa tu untuk hilangkan mengantuk. Nak lompat bintang pun boleh 😀

6. Ganti Pemandu

Kalau pasangan kita ataupun sesiapa sahaja di dalam kereta kita boleh memandu, ganti-gantilah memandu. Lagi-lagi kalau destinasi kita jauh. Penat nak drive seorang diri.

 

7. Minum ‘Teh Ajaib’

cinch tea

‘Teh Ajaib’ adalah kegemaran Syu untuk memandu jauh. Dengan bantuan teh ajaib ini, Alhamdulillah Syu memang tak mengantuk semasa driving.

Syu akan pastikan Syu minum dulu Cinch Tea Shaklee untuk bantu mata segar dan kekal fokus sepanjang pemanduan ke destinasi. Lagi best bancuh sejuk-sejuk, campur dengan Performance Drink sekali. Memang mantap la! Tak perlu dah kopi-kopi nie. Buat tulang rapuh je.

Cinch Tea is the best!

Musim-musim raya ini, memandulah dengan selamat. Pastikan kita sentiasa segar semasa memandu tau. Ibu ayah menunggu kita sampai dengan selamat. Jangan biarkan raya mereka diiringi kesedihan disebabkan kecuaian kita semasa memandu.

♥ Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kepada Semua ♥

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139539

0192198621

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.