Tips-tips Pemilihan Botol Susu Anak

Tips-tips Pemilihan Botol Susu Anak

Nak Pilih Botol Susu Untuk Anak Yang Macam Mana Ye?

Apabila ibu dah nak habis cuti bersalin, mulalaah nak kena ajar bayi untuk hisap susu EBM dalam botol susu. Mestilah nak kena beli botol susu untuk anak kan? Tapi, botol susu macam mana yang anak kita serasi? Kalau main beli je, nanti anak kita tak nak, tak ke membazir?

Syu pernah beli 6 jenis botol susu yang berbeza untuk ajar Syifa’ minum susu dalam botol. Tapi, Syifa’ tolak semua botol-botol susu itu. Nasiblah dapat pengasuh yang sabar nak bagi guna syringe ataupun sudu. Takde la risau sangat. Tapi, macam mana Syu pilih botol susu untuk Syifa’ pada masa itu?

.

botol-susu

.

Tips-Tips Pemilihan Botol Susu Bayi

Pening juga tau Syu nak pilih botol susu untuk Syifa’. Semua yang kawan cadangkan, semua pun Syu beli…hehe…Tapi, akhirnya, semua botol Syu simpan je.

1. Bentuk Puting Botol

Ada botol susu, putingnya panjang, ada yang pendek. Ada yang agak keras, ada yang lembut (biasanya puting yan gwarna kuning tu lembut). Yang paling baik adalah yang paling sama bentuknya dengan nipple kita supaya anak tak rasa keliru dengan puting botol dan juga nipple.

Kita kena cuba satu persatu untuk tengok puting botol yang mana yang anak kita suka.

2. BPA Free

Ini yang paling penting. Botol susu yang kita pilih mestilah BPA Free. Tapi, Syu rasa dah takde kot botol susu yang tak BPA Free. Semua botol pun BPA Free dah.

3. Jenis Botol

Ada sesetengah ibu suka botol kaca sebab tak berbau, ada yang suka botol plastik sebab ringan dan selamat untuk bayi. Dan sekarang dah ada botol stainless steel, yang macam termos tu, tapi botol susu stainless steel agak berbau, sama macam botol plastik. Syu tak minat.

4. Sukatan Botol Susu

Botol susu mempunyai banyak saiz. Ada yang kecil (5 oz) dan ada yang besar (8/9 oz). Terdapat sesetengah ibu malas nak beli botol banyak kali, jadi terus beli yang besar. Tapi, kena ingat, botol susu memang perlu diganti setiap 3 bulan ataupun apabila botol susu tu dah bercalar (kalau guna botol plastik). Tak perlu membazir nak beli botol yang beasr terus.

5. Harga

Harga botol susu dan putingnya perlu diambil kira juga. Botol mungkin kita tak tukar selalu, tapi putingnya kita selalu tukar kan? Jadi, kenalah fikir, mampukan dan berbaloikah kita beli puting botol itu sekiranya ia terlalu mahal?

6. Demand Botol Susu Tersebut

Semasa pemilihan botol susu, kita pilihlah botol susu yang senang didapati supaya jika anak kita serasi dengannya, mudah untuk kita membelinya. Takkan nak pilih botol yang hanya dijual disesetengah kedai sahaja kan? Kalau kedai tu takde stok, macam mana kita nak membeli botol susu baru yang sama jenama?

.

Masa Syu pilih botol suusu untuk Syifa’ dulu, semua perkara di atas Syu titikberatkan. Syu dah beli botol yang mahal, botol yang murah, puting dah bermacam-macam jenis Syu beli, tapi tak berhasil. Syifa’ masih juga tak mahu hisap susu botol.

Untuk ibu-ibu, jangan berputus asa ye dalam mencari botol susu yang sesuai untuk anak ibu-ibu. In sya Allah, mesti jumpa juga nanti. Selamat mencari botol susu yang sesuai 😀

.

Love,

Syu Amir

Shaklee ID | 1139539

Whatssap | 019-2198621

Pengedar Shaklee Skudai, JB

Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui kurier berdaftar

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.