Tips-tips Mengepam Susu Semasa Bekerja

Tips-tips Mengepam Susu Semasa Bekerja

Mengepam susu nie kadang-kadang kita ambil ringan, terutamanya di tempat kerja. Banyak kerja nak buat la, tak de masa nak mengepam la, takde tempat yang sesuai la, macam-macam alasan kita bagi. Tapi, ingatlah baby kita di rumah tu memang perlukan susu badan. Sanggup ke nak bagi susu formula kepada baby kita yang masih kecil tu?

Syu ada seorang kawan nie, memang tip top pasal bab-bab menyusu nie. Dia memang nekad nak menyusukan baby dia sampai umur anak dia tu 2 tahun. Macam-macam yang kakak nie buat. Sampai ke tahap mengepam susu dalam kereta dan bilik setor pun pernah tau. Sampai ke tahap tu nekadnya kawan Syu nie nak fully breastfeed anak dia. Memang tabik spring la…

Sebenarnya tak susah nak mengepam susu nie. Antara perkara-perkara yang Syu buat semasa mengepam ialah:

 

1. Bertenang, jangan stress

Semasa nak mengepam tu, make sure kita dalam keadaan tenang. Jangan fikir pasal kerja yang melambak tu. Takpe, ada masa nanti nak siapkan tu.

Masa nie la nak fikir pasal anak-anak, terbayangkan gelak tawa anak. Fikir yang best-best dan menggembirakan je. Kalau stress sangat dalam kepala otak asyik fikir kerja je, Syu amalkan tarik nafas dalam-dalam, tahan, hembus. Sambil-sambil tu fikir pasal benda gembira. Syu akan ulang sampai la Syu rasa relax.

 

2. Imagine sungai/air terjun yang mengalir

Syu dapat tips nie dari blog orang lain juga. Syu amalkan masa nak start pam susu. Bayangkan yang susu kita memancut keluar macam fountain, keluar laju je macam air terjun yang turun tu. In sya Allah nanti mindset kita susu kita pun keluar macam tu jugak.

Nanti mesti kita gembira bila fikir susu kita banyak kan? Apa yang ada dalam hati akan terjadi. Kalau kita asyik fikir susu sikit, susu sikit, memang la sikit. Syu kalau tengah stress, asyik fikir nak cepat je mengepam sebab banyak kerja tertangguh, memang sikit je la susu tu. Pernah susu yang keluar setakat 3 oz je. Biasanya dalam 6-7 oz. Padahnya mengepam masa stress memang macam tu la.

So, jangan stress stress ye masa mengepam.

 

3. Tengok gambar/video anak

Bila kita tengok gambar anak kita atau tengok video dia tengah bermain, gelak-gelak, kita akan rasa best sangat dan tenang je. Secara tak langsung, kita akan ada connection dengan anak kita. Terasa macam dia tengah menyusu direct.

Syu automatik akan berangan anak ada kat tangan tengah menyusu. The feeling is always comforting. Tu yang best.

 

4. Zikir dan doa

Semasa semgepam tu, zikir la ‘Ya Matin’ sebanyak 70 kali. Moga susu keluar dengan lancar dan banyak.

Syu juga baca ayat 60, Surah Al-Baqarah nie selalu.

 

doa susu ibu

 

5. Pam setiap 3 jam

Masa mengepam mesti disiplin. Make sure setiap 2-3 jam mesti mengepam walaupun hanya 15 minit. Ini sebab kita nak stimulate demand untuk badan kita supply kan susu mengikut masa yang kita nak. Kalau kita tak mengepam ikut masa yang betul, nanti badan kita pun confuse. Nak supply susu tak time nie? Kalau supply nanti takde orang minum sakit pulak. Badan kita pun nanti serba salah nak hasilkan susu untuk baby kita minum ke tak.

Syu kerja cikgu memang sibuk. Kadang-kadang jarak masa antara kelas tak sampai 40 minit pun. Tolak jalan dari kelas ke staff room, kemas barang yang perlu nak dibawa ke kelas seterusnya dan nak pergi kelas semula ada la masa dalam 20 minit. Syu pergi juga pam. Kadang-kadang 10 minit je sempat nak pam. Tapi, takpe asalkan kita cuba juga kosongkan breast ikut masa.

 

6. Doa pada Allah

Setiap kali lepas pam, Syu baca doa nie. In sya Allah susu kalau sikit pun cukup je untuk anak kita.

 

 

doa bnykkn susu

 

This is what I do setiap kali mengepam. Moga bermanfaat untuk semua!

 

Love,

Syu Amir

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.