Tips-tips Mengepam Semasa Outstation

Tips-tips Mengepam Semasa Outstation

Ibu berkerjaya bukanlah sesuatu yang mudah. Nak jaga anak, nak uruskan rumah, nak masak untuk keluarga lagi. Memang banyak tanggungjawab dan cabaran bagi ibu yang bekerja. Tambah pula kalau ibu menyusukan anak secara eksklusif. Tambah lagi satu tanggungjawab, iaitu mengepam susu di tempat kerja untuk memastikan stok susu EBM sentiasa mencukupi untuk anak semasa ibu bekerja atau outstation. Tapi, kalau outstation, macam mana nak mengepam susu dan simpan stok susu sepanjang tempoh kita bekerja di luar tu kan? Syu nak kongsikan tips-tips yang boleh ibu-ibu amalkan kalau ibu-ibu semua kena pergi outstation.

 

keperluan mengepam

 

Sebelum ibu-ibu pergi outstation, ibu-ibu mesti menyediakan beberapa perkara supaya takde la kelam kabut suami di rumah nanti. Maklumlah nak kena uruskan semuanya sendiri nanti kan.

 

1. Fresh susu ibu yang telah dipam

Fresh di sini maksudnya susu ibu yang telah dipam tetapi masih belum dibekukan lagi. Stok susu fresh boleh bertahan selama 5-8 hari di peti ais bahagian bawah. Contohnya, kalau kita pergi outstation 3 hari, kita sediakanlah stok yang mencukupi untuk 3 hari itu. Yang penting kita letak nombor untuk memudahkan suami ataupun pengasuh nak tahu susu mana yang perlu guna dahulu.

 

2. Stok EBM yang mencukupi sepanjang ketiadaan kita

Walaupun kita dah sediakan stok susu fresh, kita masih perlu sediakan stok EBM yang beku. Ia untuk memastikan supaya anak kita masih boleh dapat susu ibu kalau stok susu fresh kita tu dah habis.

 

3. Makanan bayi yang dibekukan

Kalau anak kita sudah melebihi 6 bulan, bolehlah sediakan juga makanan baby kita yang dah siap kita bekukan. Nanti bila nak hantar ke pengasuh, suami kita bolehlah panaskan dan hantar bersama-sama susu EBM kita.

 

4. Pakaian Suami dan anak-anak

Sebelum pergi outstation, Syu akan pastikan yang baju suami dan anak-anak dah tersusun supaya mudah dicari. Selain itu, Syu akan pastikan baju suami semuanya dah siap tergosok supaya tak payah dia susah-susah nak gosok sendiri. Baju anak-anak pula Syu akan hantar siap-siap ke rumah pengasuh, takde la nanti ada je yang tak cukup.

 

5. Barang keperluan mengepam

Syu akan sediakan semua barang keperluan untuk mengepam dan menyimpan susu EBM nanti, seperti breastpump, cooler box, plastik atau botol untuk simpan susu EBM, garam dan tuala kecil untuk melambatkan ais cair.

 

6. Stok makanan

Syu akan sentiasa bawa stok makanan seperti biskut, air milo 3in1, dan roti. Ini kerana kadang-kadang Syu tak sempat makan. Contohnya, masa mengepam Syu adalah jam 10 pagi dan masa itu adalah masa minum pagi semasa berkursus. Syu memang akan pilih mengepam dari makan. Sebab tu la Syu kena ada bekalan makanan untuk Syu alas perut.

 

7. Stok suplement

Syu juga akan pack sekali stok suplement yang Syu makan hari-hari supaya memberi tenaga kepada Syu untuk menghadapi hari-hari berkursus. Takut nanti lepas habis kursus kena ambil MC pulak kan.

Selain itu, suplement Syu juga penting untuk pertambahan susu supaya lebih berkhasiat.

 

 

Belum pergi outstation pun lagi, dah banyak benda kita kena sediakan kan? Itulah yang dinamakan isteri solehah dan ibu mithali. Kita nie kan superwoman…hehehe… Masa kita di tempat berkursus, ada lagi perkara yang kita kena buat, seperti:

 

1. Selepas check-in, Syu memang akan pergi meronda kawasan hotel. Sambil-sambil tu, Syu akan singgah ke dapur hotel untuk berjumpa dengan pengurus dapur tu. Ini kerana Syu nak minta jasa baik pengurus dapur tu untuk benarkan Syu tumpang stok susu yang Syu perah di dalam peti ais mereka. Mana nak simpan stok susu kan, melainkan dalam bilik kita disediakan peti ais kecil. Itu pun kita kena pastikan yang peti ais dalam bilik cukup sejuk untuk simpan stok susu EBM kita tu.

2. Syu akan mengepam susu setiap 3 jam bagi mengekalkan supply and demand susu untuk anak. Syu akan pilih masa jam 4 pagi, 7 pagi, 10 pagi, 1 tengah hari, 4 petang, 7 malam, 10 malam, dan 1 pagi. Kiranya, dalam 24 jam, Syu akan mengepam sebanyak 8 kali.

3. Setiap malam sebelum tidur, Syu akan pastikan yang Syu ada ais yang Syu letak dalam cooler box supaya Syu ada tempat untuk menyimpan stok EBM yang diperah tengah-tengah malam.

4. Setiap pagi, Syu akan ke dapur hotel untuk menumpangkan stok susu EBM tu. Syu biasa letak dalam plastik dengan menulis nama Syu dan juga nama anak di plastik tu.

 

Rasa penat kan mengepam sepanjang berkursus? Tak pe, banyak pahalanya in sya Allah. Pada hari akhir kursus, sebelum kita pulang, kenalah susun elok2 stok EBM dalam cooler box supaya tak cair sepanjang perjalanan. Syu akan susun ais berselang-seli dengan stok susu supaya semua stok sentiasa beku.

Syu juga akan taburkan garam di atas ais supaya ais tak mudah cair. Dah habis semua, Syu akan tutup dengan kain kecil sebelum menutup cooler box supaya suhu sejuk tu akan terkawal.

Bila dah sampai rumah, basuh plastik stok susu tu (sebab ada garam tadi) dan simpan semuanya ke dalam freezer.

 


 

 

Banyak kan tips-tips mengepam susu semasa outstation nie? Moga ianya bermanfaat untuk ibu-ibu semua. Jangan malas untuk mengepam tau walaupun kita pergi outstation.

Selamat berjaya!

 

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139539

0192198621

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.