Tips-tips Mengawal Marah Apabila Anak Buat Hal

Tips-tips Mengawal Marah Apabila Anak Buat Hal

Cara-cara mengawal marah apabila anak meragam

Hampir semua ibu ayah zaman kini mempunyai pekerjaan tetap yang mengambil hampir seluruh siang mereka. Masa bersama-sama anak-anak amatlah terhad kerana pulang ke rumah pun dah hampir maghrib. Bila malam kita pun nak berehat, tapi pada anak-anak, itulah masa untuk mereka bermain dengan ibu ayah mereka yang sepanjang hari tak jumpa. Apabila ibu ayah tidak melayan mereka bermain, mulalah anak-anak meragam. Akhirnya, ibu ayah mengamuk dan marah anak-anak yang tak bersalah tu. Kita sebagai ibu ayah, kenalah belajar untuk mengawal kemarahan kita terhadap anak walaupun kita tengah penat dan perlukan rehat.

.

Put Yourself In The Kids’ Shoes

Kita sebagai ibu ayah letakkanlah diri kita di tempat anak kita berada pada masa itu. Fikirlah kenapa mereka berperangai begitu. Sedar tidak sedar, kita sebenarnya tak berkomunikasi lagi dengan anak pada hari itu. Pergi kerja anak masih tidur, balik kerja, kita dengan handphone (konon-kononnya itulah cara kita nak berehat), dan anak terbiar main sendiri ataupun diberi kepada bibik. Sepanjang hari mereka jumpa bibik, takkan masa mak ayah ada pun nak tengok muka bibik juga kan?

Anak kita hanya mahukan perhatian kita. Mereka nak bercerita apa mereka buat pada hari tu. Merekan mahukan KOMUNIKASI dengan kita! Apabila mereka tidak dapat perhatian kita, sebab itulah mereka meragam. Anak-anak pun tahu kalau mereka meragam dan buat hal, mesti ibu ayah akan beri perhatian pada mereka, walaupun dalam cara kena marah. Tak ke kesian pada anak? Kita sebenarnya berhutang MASA dengan anak-anak kita! Hutang yang kita takkan dapat bayar kerana masa tidak akan berputar kembali!

Jadi kawallah marah kita apabila anak meragam.

.

Cara-cara mengawal kemarahan Apabila anak Buat Hal

Tips-Kawal-Rasa-Marah

.

Ibu ayah mesti mempunyai cara tersendiri untuk kawal kemarahan diri kan? Setiap orang mempunyai cara yang berbeza untuk meredakan marah mereka terhadap anak-anak.

1. Diamkan diri

Apabila kita marah, jangan bercakap walaupun dalam hati meluap-luap sangat nak menjerit dan marah. Apabila kita diam, kita mampu untuk berfikir dengan waras kenapa anak kita berkelakuan begitu.

2. Asingkan Diri

Kalau kita tak boleh nak berdiam diri lagi, rasa nak marah juga, pergi tempat lain. Duduk seorang diri (contoh kunci diri dalam tandas ataupun bilik tidur) sehingga marah kita reda. Mintalah pasangan jaga dan tengokkan anak-anak sehingga anda lega.

3. Menjerit Sepuas Hati

Menjerit merupakan salah satu cara untuk melegakan marah. Kadang-kadang bile menjerit, akhirnya kita akan menangis kerana lega. Masa menangis juga kia akan dapat fikir bodohnya kita nak marah anak syurga yang masih tidak faham. Kitalah yang bodoh dan kurang waras kalau kita marah anak sebenanrnya.

4. Ketawa

Apabila kita mula rasa nak marah anak-anak kita, cuba ketawa bersama mereka. Mesti hilang marah kita tu.

Contohnya, apabila anak menjerit-jerit pada kita, kita mula geletek anak ke, ketawa sebab kerenah mereka ke, atau apa-apa je la untuk buat kita lupa akan kemarahan kita.

5. Peluk Anak

Peluklah anak, dan ingatlah betapa susah payah kita lahirkan mereka ke duni, takkan kita nak sakitkan mereka dengan kata-kata kita ataupun perbuatan kita memukul dan mencubit anak kan?

.

Ini adalah cara-cara yang mudah untuk kita amalkan apabila kita rasa nak marah pada anak-anak. Ingatlah, anak-anak ini adalah anak syurga. Mereka juga adalah amanah yang Allah bagi pada kita untuk kita jaga. Sayangi anak-anak, bukan sakiti mereka.

.

Love,

Syu Amir

1139539

0192198621 

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.