Tips-tips Mengajar Anak Menabung

Tips-tips Mengajar Anak Menabung

Cara untuk mengajar anak menabung

Barang-barang permainan untuk anak-anak amatlah mahal sekarang. Nak belikan yang ciplak takut tak berkualiti dan mudah rosak. Nak beli yang original, agak mahal pula. Takkan setiap kehendak anak nak dituruti kan? Jadi, Syu selalu cakap pada Zuhayr terutamanya “Zuhayr nak beli mainan, Zuhayr kenalah kumpul duit sendiri”.

Nampak kejam kan? Tapi, mereka perlu tahu yang bukan semua barang boleh mereka dapat semudahnya. Mesti kena ada usaha, baru ada ganjaran. Risau nanti, sampai besar, tahu minta je. Tak dapat mengamuk. Syu tak nak la anak-anak tak pandai erti “usaha tangga kejayaan” tu. hehe…

Sekarang nie, Syu tengah nak ajar Zuhayr menabung. Salah satu sebab mainan yang dia minta selalunya mesti RM 100 dan ke atas. Syu nak Zuhayr belajar untuk dapatkan mainan dia dengan usaha sendiri. Barulah pandai hargai nanti.

.

Cara-cara Mengajar Anak Supaya Menabung

1. Tampal gambar barang yang anak kita nak

.

tritan

Salah satu cara yang bagus untuk memupuk anak kita menabung adalah dengan menampal apa yang mereka mahukan di dinding. Letak sekali harga barang tersebut supaya anak kita tahu berapa banyak kena kumpul.

Syu tampalkan gambar tobot tritan nie di dinding rumah untuk Zuhayr tengok selalu. Biar dia berangan dengan gambar tersebut dulu, barulah boleh jadi kenyataan.

.

2. Sediakan tabung

Setiap kali dapat duit, minta anak kita masukkan duit dalam tabung. Sentiasa beritahu anak, kalau nak beli apa-apa, tak kiralah mainan ke, gula-gula ke, coklat ke, semuanya kena guna duit dari tabung sendiri. Kalau habis duit tu, tak boleh minta duit ummi dan abi sesuka hati.

.

3. Reward dengan duit

Setiap hari, sebelum tidur, Syu akan beritahu Zuhayr “Zuhayr sangat behave hari ini. Ummi bagi Zuhayr seringgit untuk masuk dalam tabung ok. Nanti boleh beli tobot tu”. Syu selalu sebut mainan kesukaan Zuhayr supaya dia beriya-iya nak simpan duit dalam tabung.

Kalau anak kita tolong buat sesuatu, boleh juga reward dengan duit pada masa itu juga. Ia boleh menggalakkan anak kita meneruskan sikap terpuji tu. Tapi, jangan buat selalu, nanti anak berkelakuan macam tu sebab nak duit je.

.

4. Mak ayah pun menabung juga

Syu akan tunjuk pada Zuhayr tabung-tabung yang Syu ada. Syu ada macam-macam tabung seperti tabung pendidikan, tabung holiday, tabung road tax, dan sebagainya. Syu akan cerita pada Zuhayr yang Syu akan masukkan duit dalam tabung-tabung berkenaan supaya nanti boleh beli apa yang Syu nakkan bila dah cukup duit.

Baiklah kita tunjukkan contoh yang baik dalam menabung supaya anak kita pun mengikutnya juga.

.

Menabung adalah amalan yang patut diajar kepada setiap anak kita. Janganlah asyik menurut perintah anak membeli apa yang mereka nakkan. Ajar anak kita secara baik amalan menabung ini supaya nanti bila dah besar mereka tahu cari duit sendiri untuk membeli apa yang mereka nakkan.

Inilah cara Syu ajar anak Syu untuk menabung. Ibu pula ajar macam mana? Kongsikanlah tips ibu-ibu juga.

.

Love,

Syu Amir

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.