Tips Potty Training Anak Supaya Tak Payah Beli Pampers Lagi

Tips Potty Training Anak Supaya Tak Payah Beli Pampers Lagi

Anak-anak kita membesar dengan pakai pampers ataupun cloth diapers, tapi sampai bila mereka nak pakai pampers kan? Bila anak kita menunjukkan ciri-ciri dah tak suka pakai pampers, eloklah kita ajar anak kita potty train supaya nanti dah tak payah la nak pakaikan pampers lagi. Jimat duit πŸ™‚

Macam mana nak mula potty train anak kita? Zuhayr mula potty train masa nak masuk sekolah tadika. Masa tu umur Zuhayr 4 tahun. Amat mudah potty train Zuhayr masa tu. Mungkin kerana memang terpaksa sebab sekolah tadika tak terima budak yang pakai pampers. Jadi, disebabkan Zuhayr memang beriya nak pergi sekolah, memang Zuhayr mengikut segala arahan Syu untuk potty train dia.

Tips-tips potty train dengan mudah πŸ™‚

1. Tolak tepi perabot dan karpet

Semua perabot kita tolaklah ke tepi buat masa ini. Lipat semua karpet bagi memudahkan proses mengemas kalau tetiba ‘accident’ berlaku. Senang nak lap lantai kalau anak kita terkencing.

2. Beritahu anak awal-awal

Sebelum memulakan proses potty train ini, beritahu anak yang dia takkan pakai pampers lagi. Biar mereka bersedia dengan perubahan ini. Takut nanti diorang rasa tak selamat dengan benda baru ini.

Kalau nak terkencing atau poo poo, kena buat di tandas. Cakaplah pada mereka “Abang dah besar, macam ummi dan abi. Kenalah kencing di tandas. Abang budak pandai kan”

3. Tanggalkan pampers

Pada hari yang kita dah janjikan, tanggalkan je pampers. Pada awalnya, anak kita akan rasa tak selesa, tapi kita kena tegas supaya anak kita percaya yang kita serius. Cakaplah “Ummi dah cakap dengan abang kan, hari ini kita mula tak pakai pampers kan? So, lepas mandi nie abang tak pakai pampers tau. Pakai seluar je.”

Suruh anak kita beritahu kita kalau mereka nak pergi tandas nak kencing ataupun poo poo.

4. Reward Table

Syu buat reward table masa potty train Zuhayr dulu. Kalau Zuhayr berjaya kencing di tandas, Syu bagi 1 sticker, kalau berjaya poo poo di tandas Syu bagi 2 sticker. Zuhayr bersemangat nak kumpul sticker, jadi memang bersemangat la nak pergi kencing di tandas. Gembira Syu tengok Zuhayr masa tu.

5. Puji dan beri kata-kata semangat

Setiap kali anak kita berjaya kencing ataupun poo poo di tandas, pujilah mereka seikhlas hati dan tunjukkan yang kita gembira yang mereka berjaya. Cium mereka, peluk mereka, biarkan anak kita rasa yang kita menghargai kejayaannya.

Tetapi, kalau tak berjaya, jangan sesekali marah anak. Nanti mereka takut dan akan lebih kerap terkencing dalam seluar. Jika tak berjaya, berilah kata-kata semangat supaya mereka terus berusaha.

6. Kerap bawa anak ke tandas

Pada awal-awal, tanya anak nak kencing ke tak setiap 15 minit, dan setiap 1/2 jam, bawa anak kita masuk tandas. Letak anak di atas mangkuk tandas yang ada potty ladder tu (ataupun mana-mana potty training bowl) walaupun anak kita tak nak kencing.

Lepas tu panjangkan sedikit masa untuk bertanya, setiap 1/2 jam, 45 minit, satu jam, sehinggalah anak kita berjaya pergi tandas sendiri.

Ini adalah sebahagian tips-tips yang ibu-ibu boleh cuba untuk memberhentikan anak dari pakai pampers. Tapi, ingatlah setiap anak kita berbeza. Ada yang ambil masa lama, ada yang sekejap je dah berjaya. Tapi, apa-apa pun, bersabarlah. Setiap yang payah, ada kesenangan diakhirnya nanti.

Selamat berpotty training πŸ˜€

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139539

0192198621

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Comments

  1. yup. saya pon train anak saya 2 tahun 11 bulan. lagi sebulan nak masuk 3 years takkan nak pakai pampers lagi.

    Teramatla senang. Saya memula cakap nanti tak yah pakai pampers ye. Nanti mama belikan spender.

    Lepas belikan dia underware, memang budak lelaki ni suka. SIang, Malam semua nak pakai.

    2 kali je terkencing dalam seluar. Lepastu dah ok. memang dalam 2 hari dah pandai. Nak yak yak pon pandai.

    kene selalu cakap nak kencing dan yak yak di toilet. Lepastu kerap tanya dia. Lame2 ok dah pandai. Senang dan lega =)
    rina recently posted…SUNTIKAN DEXA UNTUK MATANGKAN PARU-PARUMy Profile

  2. nurfaddilah ahmad :

    Anak saya masuk umor 3 tahun dah tak pakai pampers,kencing toilet,malam bangun kejut abah untuk pegi toilet,tapi masih guna pampers untuk poo,sekarang usia dia 3tahun 11bulan dah tak pakai pampers langsung,poo toilet

    • UmmuZuhayr :

      bagusnya….yg paling best kejut abahnya tu..anak pun pandai kesian kt mamanya.. πŸ™‚

Leave a Reply to UmmuZuhayr Cancel reply

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.