Tips Penjagaan Kulit Agar Kekal Awet Muda

Tips Penjagaan Kulit Agar Kekal Awet Muda

Cara-cara Menjaga Kulit Dengan Betul

Penjagaan kulit, terutamanya kulit muka amatlah penting bagi mengelakkan jerawat dan jeragat dari bertapak di muka kita. Ada sesetengah kita tidak memperdulikan penjagaan kulit kerana kulit mereka bukan jenis yang bermasalah. Tapi, ingatlah, bukan setakat jerawat yang kita nak hapuskan, tapi kita tak nak ada kotoran pun di muka kalau boleh. Sebab itulah kita mesti tahu cara-cara menjaga kulit muka kita agar kekal awet muda 🙂

Muka Syu bukanlah jenis yang berjerawat sangat, tapi Syu masih menjaga kesihatan kulit supaya muka sentiasa cantik dan berseri. Kita kenalah kekalkan keremajaan kulit walaupun kita dah berusia nanti!

Dalam menjaga kulit kita, kita kena pastikan yang kita mengambil produk yang betul agar kulit kita tidak rosak di kemudian hari. Banyak produk kecantikan di pasaran yang mempunyai bahan kimia bahaya, jadi, kita sebagai pengguna mesti pandai memilih yang selamat, semulajadi, dan paling berkesan untuk kulit kita.

.

Penjagaan Asas Kulit Muka Agar Sentiasa Berseri-seri dan Awet Muda

kulit muka berseri

.

Untuk menjaga kulit, kita perlu tahu beberapa asas-asasnya, iaitu:

1. Bersihkan daki-daki di kulit muka

Sebelum mencuci muka, kita perlu bersihkan muka kita terlebih dahulu, terutamanya make-up yang kita pakai. Lagi bagus kalau make-up remover kita tu boleh hapuskan sel-sel mati pada kulit kita. Mesti kulit rasa bersih dan segar berseri.

.

2. Mencuci Muka Setiap Hari

Muka kita terdedah kepada habuk dan kotoran-kotoran sepanjang hari, terutama yang bekerja. Yang duduk rumah pun tidak terkecuali ye. Dalam rumah pun banyak je debu dan kotoran-kotoran halus yang kita tak nampak.

Jadi, kita perlu membasuh muka setiap hari menggunakan pencuci muka yang sesuai dengan kulit muka kita. Jangan guna sabun mandi tau!

.

3. Pilihlah toner yang sesuai

Selepas mencuci muka, seeloknya pakai toner kerana apabila mencuci muka, pori-pori kita terbuka. Jadi, dengan memakai toner, ia akan menutup kembali pori-pori muka kita menjadikan muka kita licin  dan tegang.

.

4. Kena ada pelembab muka

Akhir sekali, dalam menjaga kulit, kita kena pakai pelembab, iaitu moisturizer kulit. Pelembab akan melindungi kulit kita dari sinaran uv matahari dan mengelakkan kulit dari gelap dek kerana cahaya matahari yang panas.

.

Mudah kan nak jaga kulit agar kekal berseri?

.

Set Penjagaan Kulit Pilihan Ramai

Syu tahu ramai yang mempunyai semua set penjagaan kulit yang begini, dari pencuci muka, toner, dan pelembab. Tapi, adakah set penjagaan kulit anda itu selamat dan semulajadi? Kena ambil tahu tau. Risau nanti kulit muka rosak, susah nak baikinya.

Syu memilih set penjagaan kulit yang selamat, semulajadi, dan sentiasa berkesan. Dengan 16 ramuan semulajadi dari pelbagai negara, set Nutriwhite membantu dalam menghalang kerosakan, menyekat pigmentasi dan juga mencerahkan kulit dengan berkesan tanpa risiko akan kesan sekunder.

1471427173160

.

Kelebihan Set Penjagaan Kulit Nutriwhite

Setiap produk dalam set Nutriwhite ini mempunyai fungsi yang tersendiri dalam membersih dan menyerikan kulit kita.

Action Makeup Remover

  • menjadikan kulit licin, lembut dan berseri
  • Tunas pokok Bic menghilangkan sel mati dengan lembut tanpa meninggalkan kesan
  • aloe Vera menyegarkan dan menegangkan kulit
  • Lembut, tidak berminyak, dan kulit akan kelihatan lebih berseri

Gentle Deep Foaming Cleanser

  • Membersihkan dan menyegarkan kulit
  • Rumpai laut menghilangkan kekotoran, membuang sel-sel mati dan menegangkan kulit
  • Alga hijau menyahtoksin dan melembabkan kulit
  • Strawberi Begonia mencerahkan dan mengimbangkan pigmen
  • Lembut dan menyegarkan

Soothing Radiance Whitening Softener

  • Lembut dan mengembalikan kulit pada pH yang seimbang
  • Kulit berasa lebih segar dan tegang dengan Rosemary
  • Kudzu menegangkan dan mencerahkan kulit
  • Marshmallow melembabkan kulit
  • Ia sangat berkesan

Daytime Whitening Lotion

  • Licin, kaya dengan pati botani seperti Mulberry untuk mencegah kerosakan kulit kesan dari cahaya matahari.
  • Mountain Arnica berfungsi untuk menghilangkan radang kulit dan melembabkan kulit dari semua sudut.
  • Melindungi daripada kesan cahaya matahari dan membantu membina daya ketahanan kulit kerhadap kerosakan persekitaran.

.

Banyak ramuan yang digunakan di dalam setiap produk ini untuk memastikan kulit kita menjadi lebih berseri dan awet muda, dan ramuan-ramuan ini adalah selamat dari bahan kimia bahaya. Tak perlu risau, kulit kita tidak akan rosak!

Jangan biarkan kulit kita rosak dan berlubang-lubang dek kerana produk yang berbahaya. Sudah tiba masanya anda bertukar kepada produk penjagaan kulit yang lebih selamat dan semulajadi! Hubungi Syu untuk dapatkannya!

.

Shaklee Health Consultant & Business Leader,

Syu Amir

Shaklee ID | 1139539

Whatssap | 019-2198621

COD Shaklee Skudai, JB

Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui Kurier Berdaftar

 

 

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Trackbacks

  1. […] September dengan promosi yang super duper menarik buat semua wanita yang mahu kulit yang cantik dan menawan. Tak kiralah muda, berumur, bujang mahupun yang dah […]

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.