Tips Menghadapi Stress Di Tempat Kerja

Tips Menghadapi Stress Di Tempat Kerja

Semasa kerja di pejabat, macam-macam kerenah dan ragam manusia kita kena layankan. Ragam rakan sekerja lain, ragam bos dan ketua lain. Yang penting, semuanya kita kena hadapi. Mana la tak stress kan. Bos suruh buat kerja nie, tapi kerja kita yang sedia ada pun tak terbuat lagi. Takkan kita nak tambah lagi kerja yang dah memang banyak kan? Stress sangat bila kena ‘paksa rela’ buat kerja kan?

Dah stress, apa nak buat? Takkan la nak biarkan kerja menekan hidup kita kan? Kita kena tangani stress secara sihat. Kalau tak nanti boleh sakit mental kita dibuatnya.

 

1429896722828

 

1. Take a break

Bila kerja menimbun depan mata yag nak kena siapkan, memang stress. Kalau dah penat sangat buat kerja, rehatlah sebentar. Lupakan pasal kerja dan buat kerja lain.

Bila kita rehat sebentar, otak kita pun dapatlah rehat sekali. Bukan aetakat otak, segala anggota badan kita dapat rehat. Mata kita penat tengok komputer pun dapat rehat, tangan kita yang menaip pun dapat rehat. Rehatlah sebentar untuk hilangkan stress kerja.

 

2. Dengar muzik

Syu kalau stress buat kerja di sekolah, Syu sangat suka menyanyi. Pasang lagu di laptop dan ikut sama nyanyi. Kalau sorang-sorang tu nyanyi la kuat-kuat. Memang boleh hilang stress. Lega tau bila dapat meluahkan dan membuang segala stress dengan menyanyi.

 

3. Menjerit

Mesti pernah tegok kan orang yang stress suka pergi tepi pantai atau atas bukit dan jerit sekuat hati. Bila kita jerit tu, ibarat kita mengeluarkan stress dari dalam badan kita. Bila dah keluar segalanya, batulah boleh sambung buat kerja.

 

4. Makan coklat

Coklat adalah makanan kegembiraan. Ada kajian mengatakan bahawa kalau kita stress dan sedih, eloklah makan coklat sebab kandungan coklat dapat mengawal stress level kita.

Syu pun suka makan coklat kalau dah stress sangat. Tapi, janganlah makan terlalu banyak pulak, nanti gemuk kita stress lagi 🙂

 

5. Makan

Ini memang kesukaan Syu. Kalau dah mhla stress je bila buat kerja, Syu akan berhenti dan makan. Pergi cafe ke, ataupun carilah makanan yang bolwh dikunyah di pantri sekolah.

Kadang kala kita stress sebab lapar dan dah tak bertenaga. Jadi, bila dah makan, kita akan kembali bertenaga dan bolehlah fokus buat kerja lagi.

 

6. Solat

Solatlah kalau dah stress buat kerja. Bila solat, kita kan ambil wudhu’. Jadi, mesti segar lepas tu.

Dalam solat tu, doalah banyak-banyak pada Allah supaya kita diberi kekuatan untuk menyiapkan kerja kita. Mohonlah kepada Allah supaya kita diberi keberkatan waktu untuk menyiapkan kerja kita dalam waktu yang sedikit.

 

7. Berbual dengan rakan sekerja

Berbuallah dengan kawan. Beritahu mereka yang kita stress supaya mereka boleh bagi nasihat. Kalau taknak beritahu pun, berbual la pasal apa-apa yang kita nak. Asalkan dapat hilangkan stress. Tu yang penting.

 

8. Shopping / jalan-jalan

Ini memang kesukaan wanita. Best kan jalan-jalan window shopping kalau kita stress? Tengok baju,handbag, kasut, etc. Semua tu akan buat kita gembira dan lupakan tekanan kerja sebentar.

 

9. Tidur

Kalau susah-susah sangat, tidur je. Tak perlu fikirkan kerja. Tidur la untuk tenangkan hati, rehatkan otak Yang memang letih.

 

10. Senaman

Senaman di sini bukanlah setakat pergi jogging tau. Kalau stress, kita pergi la ke gym ke, menari zumba ke, ataupun buatlah aktiviti luar yang kita minat seperti rock climbing atau berbasikal keliling taman.

 

Yang penting, kita kena kurangkan stress kita. Bahaya tau kalau stress teruk nie. Boleh jadi penyakit darah tinggi dan migrain tau. Jadi, sebagai langlah berjaga-jaga, Syu akan pastikan Syu makan B Complex untuk hilangkan stress dan juga beri Syu tenaga untik menyiapkan kerja-kerja Syu dengan lebih effisyen dan lebih fokus.

 

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139539

0192198621

 

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.