Tips Mengemas Rumah Seorang Diri Bagi Yang Bekerja

Tips Mengemas Rumah Seorang Diri Bagi Yang Bekerja

 

rumah bersepah

 

Bagi yang bekerja, mesti sibuk kan? Pagi-pagi la dah keluar pergi kerja, malam pulak tu baru balik. Meredah trafik jem tu satu hal la, memang pening difikirkan. Bila balik rumah, tengok rumah pulak berselerak macam kapal karam. Lagi bertambah pening dibuatnya. Sekarang nie, Syu nak kongsikan tips-tips mengemas rumah seorang diri dengan pantas tanpa helpers dan maid.

Syu memang tak pernah ada maid. Cuma masa tinggal di Muar dulu, Syu ada panggil orang datang mengemas rumah 2 minggu sekali. Most of the time, memang Syu akan mengemas rumah sendiri dengan bantuan suami bila dia ada di rumah. Kalau dia kerja, memang Syu akan mengemas sendiri.

Syu kebiasaannya akan mengemas rumah malam-malam sebelum tidur (kalau tak tertidur masa tidurkan anak la) ataupun Syu akan bangun awal pagi esok untuk kemas. Ye la kan, Syu bekerja jauh, balik pun dah petang, memang nie je la masa yang ada untuk mengemas rumah sebab risau Basyiirah memungut apa-apa yang ada atas lantai.

 

Kenalah jadi superwoman kejap.

Kenalah jadi superwoman kejap.

 

Apabila Syu mengemas, Syu akan start dengan perkara yang mudah dah tak perlukan perhatian. Syu akan masukkan baju dalam mesin basuh untuk dibasuh dan sidai nanti. Letak sabun dan pelembut baju, tekan dan tinggal je. Senang. Bau sabun basuh baju dan pelembut baju Shaklee memang mengancam la. Sentiasa rasa fresh je baju yang kita basuh tu. Kalau terlambat sidai pun, baunya masih kekal wangi. BEST nya!!!

Lepas dah start kan mesin basuh, Syu ke tandas untuk masukkan air dan sabun mencuci ke dalam baldi untuk Syu mengemop nanti. Senang la nanti bila Syu nak mengemop, air sabun dah tersedia.

Dah alang-alang dalam bilik air tu, Syu akan letak sekali sabun pencuci atas lantai dan toilet bowl dalam bilik air. Biar je dulu sabun tu macam tu. Nanti sampai masa nak basuh bilik air, tak payah nak sental-sental sangat. Berus sikit-sikit je untuk bersihkan lantai. Yang penting bersih dan wangi.

Lepas tu, Syu akan mula kemaskan mainan anak-anak masukkan balik dalam bekas mainan. Pernah je Syu sapukan semua mainan dan longgokkan satu tempat sebab tak larat nak kutip satu-satu. Bila dah terlonggok tu senang sikit nak pungut semuanya. Hehehe. Bila dah clear lantai, barulah boleh menyapu. Hall rumah besar, penat juga nak menyapu sebenarnya. Tapi, Syu gagahkan juga sebab kalau tak sapu, macam mana nak mop lantai nanti kan???

Dah settle semuanya, bolehlah Syu mengemop dengan tenang. Bila mop lantai guna Basic H memang tak payah nak sental teruk-teruk pun. Mop ayu-ayu gitu pun boleh tanggal semua kotoran. Tak payah nak penat-penatkan diri nak tonyoh kuat-kuat. Suka sangat mop lantai guna Basic H!

Dah sudah mop lantai, barulah Syu ke dapur untuk mengemas di sana pula. Lap dapur bagi berkilat dan cuci pinggan mangkuk yang tak sempat nak basuh tu. Susun pinggan mangkuk di rak yang sepatutnya dan lap juga microwave kalau kotor dalamnya. Settle kerja dapur!

 

Produk WAJIB Syu untuk mengemas, membasuh baju, dan juga mencuci pinggan magkuk

Produk WAJIB Syu untuk mengemas, membasuh baju, dan juga mencuci pinggan mangkuk

 

Settle la semua kerja rumah, boleh mandi untuk bersiap pergi kerja. Ooopppsss. Belum siap lagi la. Bila Syu mandi nak pergi kerja, Syu cuci tandas sekali. Kan tadi dah letak sabun pencuci semua kan. Berus je la sikit-sikit make sure semua bersih berkilat. Baru puas hati dan selesa nak mandi.

Syu akan sidai baju last sekali sebab takut nak keluar rumah pagi-pagi buta. Bahaya tu. So, agak-agak dah dekat pukul 6, sebelum pergi kerja tu, barulah Syu sidai baju. Tapi, Syu sidai baju banyaknya pakai hanger. Kalau takut sangat nak keluar, Syu akan gantung semua baju guna hanger dalam rumah dulu baru bawa keluar. At least, di luar rumah tak de la lama sangat.

Itulah rutin mengemas rumah Syu sebelum ke tempat kerja. Nak kemas rumah biasanya Syu ambil masa dalam sejam jam, paling lama pun 1 jam setengah. Cukuplah sekadar Syu bangun pukul 2.30 pagi untuk menguruskan hal-hal rumah dan juga hal-hal bisnes Shaklee yang Syu buat. Inilah masa yang Syu guna semaksima dan seoptimum mungkin supaya Syu boleh fokus untuk bisnes sebab bila masa kerja, mana boleh curi tulang kan. Tak berkat kerja dan duit gaji nanti.

Jadi, untuk sesiapa yang bekerja, janganlah jadikan alasan balik lambat dan penat bekerja sehari tu sebagai penyebab rumah bersepah. Semua ada masa 24 jam yang sama. Yang bezanya, macam mana kita menggunakan masa yang diberikan.

 

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139539

0192198621

 

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.