Tips Ibu Menyusu Mengatasi Selesema Bayi Kecil

Tips Ibu Menyusu Mengatasi Selesema Bayi Kecil

Apa yang ibu boleh lakukan untuk kurangkan selesema bayi

Bayi kecil, terutamanya yang kurang dari setahun tidak digalakkan untuk memberi mereka ubat sebarangan. Risau badan mereka masih belum matang sepenuhnya untuk menerimanya. Kesian anak-anak kecil. Tapi, ibu-ibu boleh buat sesuatu untuk membantu anak kita mengurangkan selesemanya.

Kita sebagai ibu mesti susah hati apabila bayi kita sakit kan? Lagi buat kita susah hati sebab kita tak boleh nak bagi makan ubat. Kalau anak dah besar panjang, takpe la nak suap ubat. Jadi, kita kenalah fikirkan alternatif supaya bayi kita kembali sihat dan aktif seperti biasa.

3 hari lepas, Khaulah dapat selesema. Mungkin berjangkit dari kakak-kakaknya yang memang sedang selesema. Si kakak Syu memang boleh bagi suplemen (selagi boleh tak bagi ubat, Syu akan elakkan dari bagi ubat) untuk baikkan selesema. Syu bagi Syifa’ dan Basyiirah sebiji Omega Guard, Vitamin C chew dan juga satu sachet Nutriferon seorang. Alhamdulillah, 2 hari baik selesema mereka.

Tapi, untuk Khaulah yang masih bayi, Syu perlu alternatif supaya Khaulah cepat sihat macam kakak-kakaknya.

.

Tips Ibu Menyusu Untuk Kurangkan Selesema

anak selesema

.

Ada beberapa perkara yang Syu belajar masa Syifa’ selesema semasa umur dia 4 bulan, dan Syu masih lagi praktikkan untuk anak-anak Syu yang lain kalau mereka selesema (dan batuk juga).

1.  Jangan tidur ber-air cond

Syu memang tidur dalam air cond, tapi masa Khaulah selesema, hidungnya kerap tersumbat. Jadi, kami tidur di ruang tamu sebab ruang tamu panas sikit. Kipas pun Syu pasang perlahan je.

2. Minyak Bawang Putih

Bawang putih bersifat anti-bakteria. Ia akan membantu untuk bunuh kuman dalam paru-paru Khaulah dan mengeringkan kahak yang ada.

Cara buat minyak bawang putih ada Syu tulis di sini ye!

3. Steam and Percussion

Steam and Percussion ini adalah teknik untuk mengeluarkan kahak bayi. Ianya nampak susah dan menyakitkan bayi, tapi tidak sakit pun sebenarnya. Ini adalah salah satu cara untuk memasukkan wap bawang putih terus ke dalam paru-paru bayi untuk membunuh kuman-kuman.

Baca di entry Syu yang ini untuk belajar teknik steam and percussion!

4. Suplement Untuk Kurangkan Selesema

PicsArt_08-18-02.06.44

.

Suplement ini bukan untuk bayi ye. Ia adalah untuk ibunya. Ibu yang menyusukan bayi bolehlah makan suplement ini. Nanti khasiat dari suplement ini akan masuk ke dalam susu badan kita. Apabila bayi minum susu, bayi kita pun akan dapat khasiatnya juga. In sya Allah cepat kurang selesema bayi kita nanti. Imun sistem mereka pun akan meningkat, dengan izinNya.

.

Alhamdulillah, dengan cara-cara ini dan juga tambahan suplement dari set menyusu yang Syu memang makan, cepat Khaulah sembuh. Hari ini dah tinggal saki baki je. Thank you Allah 🙂

Ibu-ibu pun bolehlah cuba tips-tips ini ye. Moga anak ibu semua cepat baik selesemanya, dan kembali aktif seperti biasa.

Untuk dapatkan suplement yang Syu amalkan tu, hubungi Syu terus untuk dapatkannya!

.

Your Health Consultant & Business Leader,

Syu Amir

Shaklee ID | 1139539

Whatssap | 019-2198621

COD | Skudai, JB

Pengeposan Ke Seluruh Malaysia Melalui Kurier Berdaftar

 

 

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.