Tips Hadkan Penggunaan Gadget Kepada Anak

Tips Hadkan Penggunaan Gadget Kepada Anak

Gadget seperti iPad dan tablet sudah menjadi perkara biasa di kalangan kanak-kanak sekarang. Rata-rata kanak-kanak berumur 2 tahun ke atas pandai menggunakannya. Ini kerana mereka memang sudah didedahkan dengan iPad sejak mereka kecil lagi. Kadang-kadang tengok, mereka ni lagi pandai guna iPad dari kita yang dah dewasa nie. Tapi, kena hati-hati ye ibu ayah, jangan sampai anak-anak ketagih pula.

Kita bukanlah tak boleh bagi anak kita main iPad. Tak salah pun. Inikan dah memang teknologi di era pembesaran mereka. Cuma kita perlulah pandai kawal penggunaannya. Jangan sampai nanti anak kita tak pandai benda lain. Risau kalau-kalau perkembangan motor-skill mereka terbantut di sebabkan kita hanya fokus bagi mereka guna iPad.

Kesalahan-kesalahan ibu ayah dalam memberikan anak menggunakan gadget

Ada sesetengah ibu ayah memang memerlukan iPad untuk mendiamkan anak-anak. Cumanya kadang-kadang keterlaluan penggunaan iPad. Ibu ayah macam bergantung sangat pada iPad untuk memudahkan kerja sendiri. Macam iPad tu la pula yang mendidik dan melayan kerenah. Ibu ayah kena sedar kesan-kesan akan penggunaan iPad yang keterlaluan. Jangan sampai terjadi apa-apa pada anak baru nak menyesal.

1. Ibu ayah tiada masa nak melayan anak

Ibu ayah selalunya balik kerja dah petang. Penat bekerja, penat meredah jem. Semua penat sampai anak pun tak terlayan. Anak-anak ajak main, ayah marah. Pergi pada ibu, “ibu penat la baru balik kerja. Abang g ambil iPad la main.”

Kesian kan pada anak kita? Kita jumpa mereka dah la malam je sebab sehari suntuk bekerja. Takkan la anak anak main sekejap pun tak boleh. Bukannya lama pun kita jumpa anak kita. Dari pukul 6 sampai pukul 10 je sebelum anak kita tidur. 4 jam nak layan anak pun tak boleh sampai suruh iPad yang layan?

2. Penggunaan iPad yang lama dalam satu-satu masa

Sekali dah bagi iPad memang la anak kita suka. Boleh main macam-macam games, boleh tengok video di youtube lama-lama. Mak ayah suka la sebab anak tak kacau mereka berehat. Sikit pun tak tengok mereka buat apa dengan iPad.

Sedar tak penggunaan iPad terlalu lama boleh merosakkan mata anak? Sedar tak kalau asyik main iPad, nanti perkembangan motor-skill anak kita terbantut? Tangan nak pegang pensel tak kuat, anak kita mungkin lambat bercakap, etc.

Suami Syu pernah cerita ada seorang pesakit berumur 4 tahun mengalami kerosakan mata yang teruk dan juga tangan dan kaki tak boleh bergerak dengan betul hanya disebabkan mak ayahnya bagi iPad sejak kecil. Alasan mereka adalah mereka tiada masa nak layan anak sebab terlalu sibuk bekerja. Sekarang baru nak buat rawatan untuk memulihkan anak mereka.

3. Menggunakan iPad untuk ‘mengugut’ atau ‘merasuah’ anak

Anak-anak dah memang suka iPad sampai tak boleh tinggalkan. Sehari tak main macam orang kelaparan cari nasi. Jadi, mereka akan takut kalau tak dapat main dan ibu ayah menggunakan iPAd untuk ugut ataupun rasuah anak. Contohnya:

“abang nangis la kuat-kuat, mama tak bagi main iPad dah”…sudah tentu la anak tu berhenti menangis sebab takut tak dapat main iPad kesayangan.

“Abang tolong urut bahu mama sayang. Nanti mama bagi iPad”. Tak ke rasuah anak namanya?

4. Guna iPad untuk lekakan anak

Kita tengah sibuk kemas rumah atau siapkan kerja pejabat. Tiba-tiba, anak datang minta perhatian. Kita bagi la iPad “abang main iPad kejap ye. Mama nak kena siapkan kerja nie sikit”. Leka kita buat kerja sampai tak sedar dah 3 jam bagi anak pegang iPad tu.

5. Guna iPad supaya anak tidur sendiri

Kita dah penat, memanglah nak tidur awal. Tapi, kena juga tidurkan anak dulu. Sebab dah penat sangat, kita pun suruh anak baring, bagi iPad pada mereka dan kita pun tidur. Anak kita tidur entah pukul berapa kita pun tak tahu.


Syu bukan cakap salah bagi iPad atau pun mana-mana gadget ye. Syu cuma cakap salah bila kita gunakannya secara keterlaluan untuk memudahkan kerja kita. Kita yang didik anak, bukan iPad. Kita yang kena layan anak, bukan iPad. Kita yang kena main dengan anak, bukan iPad. Bila semua pun kita serah pada iPad, apa tugas kita sebagai ibu ayah?

Ahmad pun Syu bagi gunakan iPad ataupun Smartphones kami, tapi kami kawal apa yang dia boleh tengok dan apa yang tak boleh tengok. Walaupun bukan sepenuhnya berjaya, tapi Syu cubalah untuk mengawalnya. Syu dah nampak apa yang berlaku pada Ahmad apabila Syu bagi dia guna iPad terlalu kerap.

hadkan penggunaan gadget

1. Set Masa

Dalam handphone Syu, Syu guna application ‘ScreenTime’ (untuk android). Dalam application nie, Syu boleh limitkan masa penggunaan game dan application yang anak suka main. Syu setkan 10 minit je. Lepas habis 10 minit, memang akan ter ‘lock’ sendiri dan anak Syu kena minta password.

Kalau takde application yang macam nie. Beritahu pada anak berapa lama mereka boleh pakai iPad. Kena cakap ulang-ulang kali setiap kali mereka minta nak main “15 minit sahaja OK?” Lepas tu bila tinggal 5 minit, ingatkan mereka masa nya “abang ada 5 minit lagi tau. Lepas tu kena pulang balik pada mama”

2. Sebagai ganjaran

Gunalah iPad sebagai ganjaran memang membantu membentuk anak kita sifat-sifat positif. “Baguslah abang tolong mama kemas mainan. Hari ini abang dapat extra 15 minit main iPad.” Tapi, janganlah setiap kali anak kita buat benda baik kita bagi reward main iPad. Bagilah bila mereka melakukan sesuatu yang luar biasa baru bagi. Takut nanti mereka cuma tolong kita untuk dapatkan masa main iPad lebih lama.

Selain ganjaran positif, ganjaran ‘negatif’ pun boleh guna iPad. “Abang cubit pukul adik dah banyak kali dah hari ni. Abang tak boleh main iPad tengah hari nanti ye”

Biarlah anak kita sedar yang setiap perbuatan mereka ada kesannya, sama ada kesan yang gembirakan hati atau pun kesan yang merugikan mereka.

3. Cari alternatif lain dahulu

Apabila mereka minta iPad, jangan la terus bagi. Carilah alternatif lain selain iPad dulu. Ajaklah mereka main lego ke, main playdoh ke, main basikal di laman ke. Carilah apa-apa alternatif yang boleh elakkan anak dari main iPad. Kalau semua pun dah buat, bolehlah bagi, tapi ingat set masa tadi. Jangan bagi lama sangat.

4. Jangan ajar anak ‘unlock’ iPad 

Password iPad jangan sesekali bagitahu anak. Nanti mereka boleh buat sendiri, dah tak perlu minta izin kita. Sedar-sedar mereka tengah main iPad. Kita tak tahu pun dah berapa lama mereka main.

Biarlah setiap kali mereka nak main, kita yang unlock. Sekurang-kurangnya kita tahu yang anak kita tengah main. Boleh tahu dah berapa lama mereka main.

5. Pinjaman semata-mata

Anak kita kena sedar dan faham yang iPad adalah ummi dan abi yang punya. Mereka hanya pinjam sahaja. Jangan sampai anak kita buat macam iPad sendiri. Kita juga yang susah. Nak minta balik pun payah.

6. Komunikasi dua hala

Setiap kali anak kita guna iPad, pastikan kita ada bersama-sama melayan mereka. Pastikan kita berinteraksi dengan anak menggunakan iPad tersebut. Selalu tanya, “Abang, pocoyo tu buat apa?” atau bagi komen pasal cerita yang mereka tengah tengok “Kesian Ipin jatuh kan. Sakit kan patah kaki? Ahmad kesian tak pada ipin?”

Jangan biarkan komunikasi datang dari iPad sahaja. Anak kita akan terima informasi sahaja, tapi tak pandai nak mengaplikasikannya semula. Hanya mendengar, tapi tak pandai nak bercakap dan memberi respon. Kita kena bercakap sambil tengok atau main dngan iPad tu.

7. Jadual penggunaan 

Buat jadual penggunaan iPad. Bukan setiap masa boleh guna. Ada masa-masa tertentu sahaja. Contohnya, lepas mandi dan sarapan, petang sebelum keluar main, malam sebelum tidur. iIbu ayah kena set sendiri waktu bila yang boleh guna dan beritahu anak supaya mereka tahu dan takkan minta main di masa yang bukan waktunya.

8. Letak tempat tinggi

Letak iPad di tempat tinggi yang anak kita tak boleh capai. Secara tak langsung, mereka akan minta kita untuk ambilkan. Bolehlah kita bagi bila tiba masanya ataupun suruh anak main benda lain dulu kalau tak sampai masa main iPad.

9. Limit tempat

Limitkan tempat di  mana anak kita boleh main iPad. “Abang boleh main iPad di ruang tamu sahaja ye.” “Dalam bilik is a no-no untuk iPad” “Abang boleh main bila ummi dan abi ada sahaja ye” Nie contoh. Beritahu anak kita syarat-syarat kalau mereka nak gunakan iPad.

Kawallah penggunaan iPad selagi kita boleh. Mereka perlu dididik untuk mengenal dunia luar selain dari iPad juga. Berilah mereka peluang untuk explore dan lakukan kesilapan. Jangan terlalu kongkong anak di dalam rumah hanya sebab kita malas nak keluar dan melayan mereka lari-lari dan naik basikal. Ajarlah anak kita asah daya imaginasi mereka, bukan bunuh imaginasi yang sangat kreatif itu.

Moga bermanfaat kepada semua.

*sukakan artikel ini? Kongsi pula dengan rakan-rakan. Moga memberi manfaat kepada lebih ramai orang lagi*

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139539

0192198621

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Comments

  1. Tips yg berguna. Anak2 skrg mmg suke main gadget (slh mak ayah nye jgk huhuhu)..
    Jemput singgah blog sy ye 😉

    • UmmuZuhayr :

      moga bermanfaat ela… 🙂 skrg bukan masa utk salahkan diri sendiri…kita betulkn balik apa yang salah…

      biar anak kita menangis sekarang, bukan kita yang menangis bila diorang besar nanti…

  2. Budak-budak sekarang mmg xleh tinggal gadget. Ibu bapa boleh juga Cuba tidak menggunakan gadget di depan anak.
    ros recently posted…6 Persedian Penyusuan Ibu HamilMy Profile

    • UmmuZuhayr :

      Betul tu…anak ikut tauladan mak ayah…kalau kita pun xlepaskn hp, mcm mana kita nak expect anak kita utk lepaskan ipad?

Leave a Reply to ela Cancel reply

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.