Tips Elak Mual dan Loya Semasa Mengandung Yang Membuatkan Ibu Melepek Sepanjang Hari

Tips Elak Mual dan Loya Semasa Mengandung Yang Membuatkan Ibu Melepek Sepanjang Hari

Elak Morning Sickness Semasa Hamil Supaya Tidak Melepek Sepanjang Hari

.

Loya dan mual adalah perkara biasa yang terjadi kepada ibu mengandung di awal trimester pertama. Selalunya ia akan berterusan sehingga lebih kurang 12 minggu kehamilan. asa loya-loya nie memang tak larat la, asyik nak muntah je. Makan pun muntah, tak makan pun rasa nak muntah. Bila muntah, ibu akan kehilangan banyak air dan mengakibatkan dehydration. Last-last, memang melepek je la sepanjang hari sebab semua air dah keluar dan semua tenaga kita dah guna untuk muntah.

Alhamdulillah, semasa mengandungkan 3 orang permata syurga ini, hanya sekali sahaja Syu alami morning sickness, iaitu masa mengandungkan Syifa’. Masa tu memang bergantung sepenuhnya kepada suami dan keluarga untuk menjaga Zuhayr sebab Syu memang tak larat nak bangun pun. Selamatlah Syu belum bekerja lagi masa tu. Kalau tak, tak tahu la nak jadi apa.

Banyak tips yang Syu baca untuk hilangkan mual dan loya ini. Ada yang jadi, ada yang tak. Syu cuba je apa yang orang suruh buat masa tu. Sebab Syu tak larat asyik ke tandas untuk muntah. Ada 10 perkara yang Syu lakukan masa Syu morning sickness dulu.

.

Tips Elak Mual Dan Loya Semasa Mengandung

.

hadapi morning sickness

.

1. Air Madu Suam

Semasa morning sickness, Syu memang tak boleh nak telan makanan dan minum apa-apa pun mesti muntah. Masa tu mak mentua cadangkan minum madu suam. Syu minum pagi-pagi selepas bangun tidur untuk bagi tenaga segera pada badan.

Masa minum air madu, Alhamdulillah kurang rasa pening dan nak pitam tu. Boleh la bangun dari katil walaupun sekejap.

.

2. Biskut Craker

Biskut craker pun sesuai untuk kurangkan loya. Makan yang takde perisa tu tau. Jenama Jacobs paling fames la. Syu makan juga biskut Craker bersama air madu suam.

Mungkin sebab biskut nie takde rasa, jadi takde la rasa nak muntah bila makan. Bolehlah buat alas perut =)

.

3. Bau Kulit Lemon/oren

Orang suka bau kulit lemon ataupun kulit oren bila pening-pening. Boleh kurangkan sikit rasa mual tu. Ada juga yang suka makan asam kulit limau nie, tapi asam tak bagus untuk ibu hamil dan juga baby dalam rahim tau!

.

4. Minum Jus Lemon

Kalau rasa tak berkesan bau kulit lemon, boleh buat jus. Campur dengan sedikit air, tapi jangan campur dengan gula ye. Biarkan rasa masam tu begitu. Rasa masam boleh kurangkan loya tekak kita.

.

5. Buah Kurma

Syu akan makan kurma masa puasa je sebenarnya. Tapi, masa morning sickness nie, Syu cubalah makan kurma juga. Alhamdulillah, perut kenyang, badan bertenaga, dan tak pening sangat. Syu mampu bangun untuk main dengan anak =)

.

6. Teh O Halia

Syu tak suka sangat minum Teh halia, tapi kan teh nie la yang bagus untuk buang angin yang buat perut kita masuk angin. Bila dah minum, jangan terkejut kalau ibu semua sendawa selalu dan asyik terkentut, tapi itulah caranya untuk angin keluar dari badan kita. Terima je la =P

.

7. Makanan Yang Meloyakan

Semasa fasa morning sickness, eloklah elakkan makan makanan yang berminyak, dan juga makanan pedas. Ia akan menambahkan lagi angin dalam perut dan boleh menyebabkan loya bertambah teruk.

Makanlah makanan berasaskan sup untuk elakkan perut masuk angin.

.

8. Jangan Biar Perut Kosong

Walaupun kita asyik rasa nak muntah dan tak boleh nak terima makanan, tapi jangan biar perut kita kosong sentiasa. Makanlah sedikit setiap 2 jam supaya badan kita mempunyai tenaga.

Kalau tak boleh nak telan makanan pun, minumlah air yang mengenyangkan. Syu memang tak boleh nak makan, tapi Syu boleh minum ESP + Mealshakes yang bagi Syu tenaga dan juga kenyangkan perut yang asyik muntah je nie =)

.

9. Elakkan Produk Tenusu

Bila kita loya, jangan ambil makanan atau minuman yang berasaskan susu. Nanti lagi loya dan nak muntah. Ambil makanan yang masam-masam untuk kurangkan loya, seperti point no. 4.

.

10. Air Isotonik

Bila perut tak sedap, air 100 Plus menjadi pilihan untuk kembalikan cecair dalam badan lepas muntah. Tapi, dari minum 100 Plus, elok minum Performance Drink Shaklee sebab ianya rendah kandungan gula dan sangat sesuai untuk elakkan dehydration.

Ada sesetengah ibu hamil suka kemam ais masa mengandung nie. boleh kurangkan rasa nak muntah katanya. Performance Drink pun sedap tau buat ais. Dengan rasa oren yang masam manis tu, bila hisap ais tu memang boleh rasa oren tu 🙂

.

11. Peppermint ginger Plus

Ini adalah wajib untuk ibu makan semasa mengalami morning sickness. Makan setiap pagi untuk hilangkan mual dan loya nak muntah. Sedap perut, lega tekak =)

.

Mungkin bukan semua cara berkesan untuk ibu semua hilangkan rasa loya dan mual, tapi sekurang-kurangnya mesti ada cara yang boleh mengurangkan loya, dan pada masa yang sama memberi ibu tenaga untuk menghadapi hari-hari yang penuh aksi muntah-muntah di tandas kan?

Apa-apa cara sekali pun, moga ibu semua dapat hadapinya dengan tenang dan positif. Ingatlah, semua pengalaman hamil adalah indah, tak kiralah betapa susah nak hadapi pada masa itu.

Selamat mengharungi detik-detik indah mengandung =)

.

Love,

sign blog 2

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Comments

  1. Terima kasih banyak-banyak semoga Allah membalas kebaikan puan, Petua minum Madu Alhamdulillah berkesan sangat berfaedah buat Saya & isteri Saya terima kasih

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.