Tips Elak Marah Apabila Anak Melakukan Kesalahan

Tips Elak Marah Apabila Anak Melakukan Kesalahan

Kemarahan adalah perkara paling mudah untuk dilakukan tetapi perkara yang paling akan dikesali oleh ibu ayah, terutamanya apabila melepaskan kemarahan terhadap anak tersayang. Ibu ayah perlu mencari jalan untuk mengelakkan diri dari melepaskan kemarahan kepada anak-anak syurga di rumah.

Syu pernah suatu ketika dahulu, selalu marah Zuhayr dan Syifa’. Gaduh sikit kena marah, tumpah air kena marah, mainan bersepah pun Syu marah. Sampai Zuhayr naik takut bila suara Syu tinggi sikit walaupun Syu tak marah pun masa tu. Zuhayr selalu cakap “Ummi marah Zuhayr ke?” ataupun “Kenapa Ummi marah-marah?”. Masa tu memang Syu terkedu sangat. Anak yang berusia 5 tahun tegur Syu macam tu. Barulah Syu fikir balik apa yang Syu dah buat pada mereka.

Masa tu memang menyesal sangat-sangat. Setiap kali mereka tidur, Syu akan pandang muka Zuhayr dan Syifa’ dan Syu selalu menangis sebab Syu tak patut marah mereka berdua. Mereka masih kecil dan masih dalam proses belajar. Bukannya Zuhayr dan Syifa’ tu saja-saja gaduh macam tu, bukan saja-saja tumpahkan air, dan sebagainya.

Syu terfikir mungkin sebab penat sangat yang menyebabkan Syu jadi macam ni. Kita ni balik kerja penat-penat, tiba-tiba anak minta perhatian. Ajak main, ajak bercerita, dan macam-macam lagi. Tetapi, kita layan nak tak nak je sebab kepala kita masih serabut dengan kerja-kerja di pejabat.

Jadi, anak kita pun mengambil inisiatif untuk mendapatkan perhatian kita, dengan buat perangai sebab dengan buat perangai je la anak kita akan dapat perhatian, walaupun perhatian dalam bentuk marah-marah. Sekurang-kurangnya,pada anak kita, kita nampak apa yang mereka buat. Nampak tak betapa berusahanya anak-anak kita untuk dapatkan secebis masa kita? Nampak tak betapa rindunya mereka dengan kita apabila tak jumpa sepanjang hari?

Tapi, apa yang kita buat? Kita naik angin dengan anak yang tak bersalah tu. Kita marah-marah anak-anak menggunakan suara yang tinggi sampai jiran selang 2 rumah pun boleh dengar. Malu kan? Kesian anak kita tu. Mereka tak bersalah pun. Jadi, sebelum kita menyesal marah anak, sebelum anak kita mengalami gangguan emosi dek kerana asyik kena marah, baiklah kita belajar macam mana nak elakkan diri kita dari memarahi anak kita.

 

quote patience

 

Apa yang perlu ibu ayah lakukan untuk mengelakkan diri dari memarahi anak?

 

1. Tarik nafas dalam-dalam

Bila anak kita tumpahkan air, jangan terus keluar suara. Take a step back dan tarik nafas dalam-dalam. Cakap dalan hati, “Mereka tak sengaja. Air je pun, boleh lap”. Ingatkan diri kita, “marah takde gunanya, bukannya boleh buat air tu masuk balik dalam botol.”

 

2. Senyum/ketawa

Kalau anak kita buat salah, senyum je. Lagi baik kalau kita ketawa macam kelakar sangat apa yang terjadi tu. Ketawa boleh mengurangkan marah kita sebab masa tu kita dah masukkan persepsi yang berbeza terhadap apa yang berlaku.

 

3. Jauhi anak/tempat kejadian bila rasa tengah marah

Kalau tarik nafas tak berjaya meredakan gelodak marah kita, terus tinggalkan anak kita sebentar. Pergi jauh dari mereka. Biarkan je mereka dengan air yang tumpah tu. Sekurang-kurangnya kita tak marah mereka. Bila dah reda marah dan boleh cakap baik-baik dengan anak, barulah kembali ke tempat kejadian.

 

4. Jerit sekuat hati di tempat lain

Tempat terbaik untuk menjerit seorang diri adalah dalam bilik tidur ataupun dalam bilik air. Kebiasaanya, bila kita menjerit, kita akan kurang marah kita. Segala kemarahan dah keluar bersama suara jeritan kita tadi.

 

5. Sertai anak bermain sekali

Yang nie memang best. Dah alang-alang air tu tumpah, mainlah sekali dengan anak kita. Main air sebentar sebelum kita lap semula. Mereka akan rasa gembira.

 

6. Kurangkan reward anak-anak

Kita boleh lakukan tips ini untuk anak kita yang dah agak besar dan boleh faham kenapa sesuatu perkara itu berlaku.

Contohnya, kita selalu bagi anak kita main video game selama 1 jam sehari. Apabila mereka melakukan kesalahan yang kita tak suka dan pada anggapan kita benda tu salah, kita kurangkanlah main game jadi 1/2 jam selama 3 hari.

Beritahu anak kita yang ia adalah disebabkan kesalahan yang mereka lakukan tu. Kita nak mereka faham yang setiap perbuatan ada akibatnya.

 

7. Tunjukkan cara yang betul

Kalau anak kita tumpahkan air, maknanya anak kita mungkin pegang cawan tak betul atau mereka berlari masa pegang cawan ke. Kita tak payahlah marah-marah. Tunjukkan sahaja cara yang betul untuk pegang cawan supaya tak tumpah. “Kakak, pegang cawan dua-dua tangan, barulah tak tumpah.”

 

8. Time-out

Kita juga boleh menggunakan teknik time-out sebagai salah satu mengajar anak kita mengenai kesalahan mereka. Kalau mereka buat salah, kita tak perlu tengking-tengking anak. Cuma cakap baik-baik dengan tenang, “Adik buat salah X, sebab tu ummi time-out adik 5 minit. Ummi nak adik ingat hukuman nie dan ummi tak nak adik ulang lagi”

 

9. Peluk anak kuat-kuat

Bila kita rasa nak marah je, cepat-cepat peluk anak kita walaupun masa tu anak kita buat salah. Sambil tu cakap dengan mereka yang kita sayangkan dia.

 

10. Beri kata-kata semangat pada anak kita

Bila anak kita buat salah, mereka akan rasa marah dengan diri mereka sendiri sebab teori mereka tak menjadi. Anak-anak akan ada teori sebenarnya dalam melakukan sesuatu. Contoh, pegang cawan sebelah tangan boleh minum air. Tapi, bila mereka pegang sebelah tangan, air tu tumpah. Jadi, teori mereka tu salah dan mereka rasa marah dan down.

Tugas kita sebagai ibu ayah bukan untuk menambah lagi rasa down mereka. Kita kenalah bagi semangat pada anak kita. Selalu ucapkan kata-kata positif pada anak kita supaya mereka terus mencuba, seperti “takpe, kakak boleh cuba lagi. Sikit je lagi tu nak berjaya” ataupun “abang boleh buat, dah nak jadi dah tu. Usaha sikit je lagi tu”

 


 

 

Itulah serba sedikit tips-tips yang boleh dikongsikan dengan ibu ayah semua. Kita kena kurangkan rasa marah apabila anak kita buat silap. Mereka masih lagi kecil dan banyak lagi yang perlu mereka pelajari.

Janganlah kita bunuh imaginasi anak-anak kita dengan memarahi mereka. Tapi, tunjukkanlah sikap yang baik dalam mendidik mereka dan jadilah pembina semangat untuk anak-anak kita.

Ingat, mereka adalah anak-anak syurga yang Allah amanahkan kepada kita. Kita pinjam mereka suci bersih, harapnya kita pulangkan mereka nanti suci bersih juga.

 

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139539

0192198621

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.