Susu Meriah Hanya Dengan Makanan Semulajadi

Susu Meriah Hanya Dengan Makanan Semulajadi

Kebanyakan ibu muda memang mempunyai cabaran untuk menghasilkan susu yang banyak dan meriah pada satu-satu masa. Kadang kala kita perlu berusaha lebih untuk membuat stok susu buat anak tersayang. Syu juga mempunyai masalah yang sama, tapi Syu banyak mengamalkan makanan semulajadi bagi menambah dan menaikkan pengeluaran susu. Alhamdulillah, susu memang meriah dan lebih pekat berbanding dulu.

Puan Farah Wahida sangat diduga dek kerana susu merudum hingga stok susu dalam freezer berkurangan. Macam-macam yang dicuba. Seletah bertungkus-lumus, akhirnya beliau berjaya membuat stok susu yang cukup untuk anaknya. Apa yang Puan Farah buat? Tengoklah sendiri!

Best kan perkongsian Puan Farah? Bolehlah cuba sendiri baru tahu kesannya.

Tapi, bagi Syu, Syu suka mengamalkan makanan semulajadi juga selain dari suplement. Antara makanan yang Syu mesti makan adalah:

1. Milo

esp n milo

Sejak awal bersalin, Syu memang akan amalkan minum air milo semasa sarapan. Syu kebiasaannya bancuh dengan ESP untuk menambah sumber protein dalam badan Syu untuk menghasilkan susu yang berkhasiat.

2. Madu

madu

Madu sangat sedap untuk diminum suam. Syu akan minum setiap pagi sebaik sahaja bangun tidur semasa perut masih kosong. Ia akan memberi tenaga segera sementara Syu membuat sarapan.

3. Kurma

kurma

Syu akan sentiasa menyimpan stok kurma di rumah. Bila-bila lapar ataupun saja nak mengunyah, inilah snek Syu utk alas perut.

4. Lobak Putih

sup lobak putih

Lobak putih boleh dikisar halus dan minum untuk menambahkan susu badan. Kalau tak boleh nak telan minum air lobak putih, buat sup senang. Makan panas-panas bersama nasi dan ikan goreng pun sedap.

5. Sayur Hijau

lauk sawi

Sayur hijau seperti sawi adalah salah satu sayur hijau yang boleh membantu menambah penghasilan susu ibu. Syu perasan masa makan sawi hari-hari sewaktu berpantang dulu, memang hari-hari akan bengkak susu kalau Basyiirah tak minum atau kalau Syu lambat mengepam.

6. Barli

barli

Sesekala, Syu akan minum juga barli suam. Sedap. Sumber bijirin seperti ini memang membantu menambah pengeluaran susu ibu. Minumlah selalu.

7. Longan Kering

longan kering

Longan kering boleh didapati di kedai-kedai ubatan cina biasanya. Longan kering boleh direbus dan minum airnya setiap hari untuk menambahkan susu. Bila Syu rebus longan kering ni, Syu akan rebus bersama kurma sekali. Lagi banyak susu keluar.

8. Fenugreek/Halba

fenugreek

Syu mula kenal fenugreek masa Syu menyusukan Ahmad kerana masa tu memang susu kurang sangat. Syu makan tablet fenugreek masa tu. Syu makan 3 hari sahaja, susu memang meriah dan sentiasa rasa penuh je.

9. Oat

Oats

Syu makan oat selang seli dengan milo ataupun Syu bancuh sekali dengan milo. Kenyang sangat dan sedap anak menyusu. Takde nangis-nangis tak puas minum.

10. Habatussauda

habatussauda

Syu makan kapsul habatussauda selepas sarapan dan juga selepas makan malam. Ia sangat membantu dalam pemanasan badan juga pengeluaran susu.

11. Tempe

tempe goreng

Tempe juga adalah sumber protein yang tinggi dan sangat sedap dimakan semasa berpantang. Disamping itu, makan tempe boleh menjadikan susu bertambah banyak dengan makan kerap.

12. Daun Betik Muda

daun betik muda

Petik beberapa helai daun betik muda dan rebus. Minum air rebusan selalu untuk membantu pengeluaran susu ibu.

13. Susu Kambing

susu kambing

Syu suka minum susu kambing sepanjang tempoh menyusu nie. Syu selalu beli susu kambing yang siap campur makanan sunnah seperti susu kambing nutrigoat. Apa-apa pun, kena pilihlah sebab sesetengah susu kambing berbau. Syu tak suka minum kalau ada bau kambing tu πŸ™‚

14. Suplement

Set-Menyusu

Selain dari makan semua di atas, Syu takkan tertinggal dari mengambil suplement susu meriah yang akan mengekalkan tenaga sepanjang hari dan juga elak sakit-sakit badan di samping menggalakkan pengeluaran susu. Suplement ini memang sangat-sangat membantu Syu membuat stok susu untuk anak semasa Syu bekerja.

Syu galakkan cubalah makanan semulajadi untuk menambah kembali pengeluaran susu. Janganlah putus asa dengan memberi susu formula kepada baby kerana susu ibu adalah hak mereka.

Bagi ibu yang mengalami masalah susu kurang dan merudum, hubungi Syu segera 0192198621 untuk mendapatkan suplement susu meriah bagi menambah penghasilan susu. Jangan sampai stress memikirkan masalah yang dapat diselesaikan ini. Lagi stress, lagi teruk susu merudum. Hubungi Syu 0192198621 sekarang dan Syu akan bimbing aturan makan yang betul untuk mendapatkan hasil yang mantap!

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139539

0192198621

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Comments

  1. Alhamdulillah, walaupun tak menyusu secara ekslusif, walaupun anak dah setahun, susu masih ada…
    yatie recently posted…Ketahui Cara Merawat Gastrik Dengan Berkesan Agar Dapat Berpuasa Penuh Di Bulan Ramadhan!My Profile

    • UmmuZuhayr :

      alhamdulillah yatie… πŸ™‚ moga yatie dapat sambung menyusukan anak sampai umur 2 thn… πŸ˜€

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.