Set Buasir Shaklee Melegakan Buasir Berdarah Semasa Berpantang

Set Buasir Shaklee Melegakan Buasir Berdarah Semasa Berpantang

Sakit Buasir Semasa Berpantang Pulih Dengan Set Buasir Shaklee

Apa tu buasir?

Buasir adalah salah satu perkara yang amat menakutkan bagi ramai orang, termasuklah ibu yang sedang berpantang. Dengan nak jaga luka jahitan lagi, dengan nak jaga anak lagi, tambah pula sakit buasir. Kesian tengok orang yang kena buasir sebenarnya.

Buasir adalah pembengkakan pada vena di bahagian rektum dan juga dubur kita. Apabila ia membonjol keluar, ia akan mengakibatkannya gatal, sakit, dan boleh berdarah. Apabila bonjolan yang terkeluar tu bergeser, itu yang membuatkan kita tak boleh nak bergerak dengan mudah. Bila terkena memang sakit, lagi-lagi kalau ianya buasir berdarah.

.

Pengalaman Ngeri Pertama Kali Kena Buasir

Siapa yang pernah kena buasir? Sakit kan? Syu pertama kali kena buasir masa bersalin anak ke-4 baru-baru ini. Tak pernah langsung kena buasir sebelum ini tau. Baru Syu tahu yang buasir nie tak terkata sakitnya. Mula-mula kena tu boleh tahan lagi sebab tak teruk, tapi bila bahagian buasir tu dah bengkak dan terkeluar banyak hingga bergeser dengan kulit, memang nak gerak sakit, nak duduk sakit, nak baring pun sakit. Memang nak menagis je rasa.

Masa tu Syu bagitahu suami sebab dah tak tahan sangat sakitnya, tapi suami kata Syu menyusukan anak, jadi tak boleh nak bagi ubat pil. Dia hanya boleh bagi ubat sapu je. Mengharapkan ubat sapu tu boleh kecutkan buasir yang bengkak tu, tapi jangkaan Syu meleset. Ubat tu hanya legakan sekejap sahaja. Lepas habis ubat tu, sakitnya datang kembali. Macam ubat bius, habis bius sakit balik..hehe..

Pada masa yang sama, masa luka buasir tu mula berdarah, Syu sapukan dengan ubat kuning yang pihak hospital bagi untuk cuci luka jahitan. Dah alang-alang cuci luka jahitan, letak sekalilah di bahagian yang ada buasir tu. Hilang sakit la juga di samping ubat sapu yang suami bagi tu. Tapi, tak pulih sepenuhnya. Tak boleh jadi nie. Syu kena cari jalan lain untuk hilangkan sakit.

Syu memang pengguna tegar Shaklee, tapi Syu tak pernah tahu yang terdapat suplement Shaklee yang boleh membantu untuk melegakan buasir. Ye la, tak pernah kena kan. Tu yang tak tahu. Bila dah kena, barulah ambil tahu. (belajar mengikut pengalaman).

Syu baru belajar yang set buasir terdiri dari suplemen-suplemen yang Syu amalkan hari-hari. Senanglah, tak payah pergi beli baru.

Buasir Berdarah Pulih Selepas Seminggu

buasir

.

Tahap seseorang kena buasir tu berlainan. Syu kena memang teruk sebab sampai berdarah. Bila cuci, memang boleh rasa besarnya bahagian yang terkeluar tu. Jadi, ambil masa jugalah bengkak tu nak kecut dan masuk kembali seperti sediakala. Untuk kes Syu, memang seminggu juga la Syu makan Set Buasir untuk pulihkannya.

Dalam Set Buasir, terdapat Alfalfa Complex, Zinc Complex, Omega Guard, dan juga Ostematrix. Setiap suplement nie mempunyai fungsi yang unik dalam mengurangkan sakit buasir.

.

1470997719317

.

1. Omega Guard

Asalnya Syu amalkan Omega Guard untuk proses menguruskan badan selepas bersalin, tapi dalam kes buasir, Omega berfungsi untuk menyurutkan bengkak akibat dari tekanan otot di sekitar dubur dan sekeliling kawasan buasir. Jadi, lama-kelamaan, bahagian buasir tu masuk semula ke tempat yang asal. Alhamdulillah ๐Ÿ™‚

2. Alfalfa Complex

Alfalfa Complex sesuai untuk detoks dan buang toksin-toksin badan. Pada masa yang sama, alfalfa membantu untuk mengurangkan tekanan kepada rektum kita. Lagi kena tekan, lagi la sakit kan? Jadi, bila makan alfalfa nie, kuranglah sikit sakit tu.

3. Zinc Complex

Zinc sangat membantu dalam menyembuhkan luka. Bila Syu makan zinc untuk sembuhkan luka jahitan bersalin, secara tak langsung ia membantu untuk menyembuhkan luka buasir yang berdarah ini juga.

4. Ostematrix

Orang yang kena buasir tak boleh kena sembelit tau. Kalau sembelit lagi teruk buasir nanti. Ini kerana apabila kita meneran dengan kuat, lagi banyak bahagian buasir tu terkeluar. Jadi, makanlah ostematrix sebab ostematrix membantu melembutkan otot-otot untuk memudahkan najis keluar dengan mudah. In Sya Allah, buasir yang sedia ada tidak akan bertambah parah.

.

Alhamdulillah, dengan tambahan set berpantang yang Syu amalkan, luka buasir tu memang mudah untuk pulih. Alhamdulillah. Dalam masa lebih kurang seminggu, Syu dah boleh duduk, berjalan, dan baring seperti biasa. Dah takde geseran-geseran yang membuat Syu terseksa tu. Alhamdulillah ๐Ÿ™‚

.

Ibu-ibu yang tengah berpantang, jagalah diri elok-elok ye. Nasihat Syu:

  1. Jaga makan dan makanlah makanan yang sesuai untuk ibu berpantang tau. Jangan main hentam je makan sebarangan.
  2. Jaga ibu jari kaki, jangan sampai terlanggar apa-apa. Nanti kena bentan badan kita yang merana!

Dan janganlah sampai terkena buasir macam Syu nie. Kalau dah mula terasa macam ada buasir, whatssap Syu 0192198621 untuk dapatkan Set buasir nie cepat. Jangan sampai dah berdarah teruk sampai tak boleh berjalan baru nak call tau. Nanti lama ibu kena tahan sakit tu.

.

Love,

Syu Amir

Shaklee ID | 1139539

Whatssap | 019-2198621

COD Skudai, JB

PEngeposan ke seluruh Malaysia Melalui Kurier Berdaftar

 

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.