Sesi Suai Kenal Bersama Owner Blog

Sesi Suai Kenal Bersama Owner Blog

Dah lama ada blog baru nak buat sesi suai kenal kan? Tak pe la, taaruf tu berlaku setiap masa sebab ada je perkara yang kita tak tahu pasal orang itu. Jadi, saya rasa perlu untuk membuat sesi taaruf dengan orang yang membaca blog saya nie. Boleh la lebih kenal mengenali dengan lebih dekat lagi…chewah…

 

family

you complete my life. Love you all!!!

 

 

Ok la, serba sedikit tentang diri saya. Nama diberi Noor Syuhada Amir Hassan. Boleh panggil Syu. Tapi, keluarga panggil Syu dengan panggilan angah dan masih ada kawan-kawan panggil Syu ‘Jeppy’. Kenapa Jeppy, biarlah ia menjadi rahsia…hehe…

Syu nie dah tua pun. Tahun 2015 adalah tahun terakhir berada di 2 series. Lepas nie, masuk 3 series la pulak. Tapi tak pe, age is just a number. Yang penting, kita rasa muda selalu. Di akhir umur 2 series nie, Syu dah ada 3 orang anak. Yang sulung, anak bujang dah 5 tahun, nombor 2 dan 3 pulak puteri dua-dua. Sorang puteri umur 2 1/2 tahun, yang last tu baru nak masuk 7 bulan. Alhamdulillah.

Syu juga adalah tulang belakang suami yang bekerja sebagai seorang doktor. Hidup sebagai isteri doktor nie kenalah belajar menysuaikan diri dengan cara kerja suami yang tak tentu masa. Kita cuti, dia kerja. Dia cuti, kita pulak yang kerja. Kena pandailah untuk menghabiskan masa yang berkualiti bila bersama sekeluarga.

Bekerja sebagai seorang guru. Dah berkhidmat sebagai guru sejak tahun 2012 lagi. Baru je jadi cikgu dan masih banyak yang perlu dipelajari. Tapi, Syu memang sukakan kerja mendidik nie. Boleh buat pahala berterusan bila kita memberi ilmu yang bermanfaat dan berguna kepada para pelajar.

Walaupun bekerja sepenuh masa, darah bisnes memang ada dalam diri. Sebab tu la Syu buat bisnes Shaklee. Memang best. Dengan Shaklee Syu belajar macam-macam. Bukan hanya teknik berbisnes, tapi lebih dari itu. Syu belajar erti ukhwah, erti kesungguhan dan juga erti bergantung sepenuhnya kepada Allah. Syu belajar dekatkan diri semula dengan Sang Pencipta kerana hanya Dialah yang berkuasa memberi apa yang Syu mahukan.

Kalau sesiapa berminat nak tahu pasal Shaklee or nak buat bisnes Shaklee, contact je Syu. Syu akan tolong sehabis baik. Insya Allah, yuran RM65 seumur hidup tu boleh berkembang menjadi RM 65000 kalau kita berusaha keras. Tapi, warning awal-awal, kepada yang ada mentaliti downline buat kerja, kita tunggu duit masuk, Shaklee bukan untuk anda. Shaklee hanya untuk orang yang berusaha keras untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan.

Tu je kot yang Syu nak kongsi pasal diri Syu. Sekarang turn korang pulak. Tinggalkan butir diri di ruangan komen supaya Syu pun boleh kenal korang semua.

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Comments

  1. Hi jeppy πŸ˜‰ salam perkenalan
    Ibu zarith recently posted…Perhatian! 10 Rahsia Air Kelapa Yang Perlu Kita Tahu Sebelum MinumMy Profile

  2. Assalamualaykum wbt πŸ™‚
    Jemput singgah di blog sy πŸ™‚
    TintaHati recently posted…arghh!! Aku tak sanggup dah!! Kenapa!My Profile

  3. where is SYUDAT? hihi…remember me? ur ex postmen..miss u dear

    • UmmuZuhayr :

      That one is in my heart…dah lama takde orang panggil…you are the only one who still call me that…hahahaha…. πŸ™‚

      Ex-postman yang sentiasa berjasa!!! Tq…

  4. Puteri Taman :

    syu ada dlm group jlos ker? or syu adalah salah seorang peserta mental arithmetic pn.lina karim pd 14jun2015 yg lepas di shah alam?

    • UmmuZuhayr :

      hi…bukanlah…group jlos tu apa ye? sorry mmg tak tahu πŸ™‚

      peserta pun bukan juga…seminar yang diorang panggil blogger utk join juga tu ke? utk tulis psl program tu ke?

Leave a Reply to UmmuZuhayr Cancel reply

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.