Sentiasa Bertenaga Walaupun Hamil Dengan Set Mengandung Terbaik Dunia

Sentiasa Bertenaga Walaupun Hamil Dengan Set Mengandung Terbaik Dunia

Hilangkan letih lesu walaupun mengandung

Tahniah kepada ibu-ibu yang hamil. Syu tumpang gembira 🙂

Awal-awal hamil nie, ada rasa kelainan tak pada badan kita? Kalau ibu-ibu nak tahu, bila kita hamil nie, ada banyak perubahan pada fizikal badan dan juga hormon kita. Kita perlu adapt dengan macam-macam perubahan supaya kita takde la melepek sepanjang hari masa hamil. Takkan la sepanjang mengandung kita nak duduk terbaring dalam bilik je kan?

Kenapa kita selalu tak bertenaga semasa hamil?

Semasa Syu awal-awal hamil, Syu memang akan seantiasa tidur. 2 jam berjaga, tapi tidurnya sampai 3 jam. Sampailah Syu masuk trimester 2 barulah Syu ok nak berjalan-jalan. Kalau ibu-ibu nak tahu, banyak faktor yang menyebabkan kita selalu letih masa mengandung nie. Antaranya ialah:

1. Perubahan hormon

Semasa awal-awal kehamilan, memang ada banyak perubahan yang akan berlaku pada badan kita seperti penghasilan hormon penghasilan susu, uterus menjadi kembang untuk membolehkan janin membesar, dan sebagainya. Ini memang akan mengebabkan kita letih dan penat.

2. Tenaga banyak digunakan

Tenaga memang banyak digunakan semasa awal-awal kehamilan. Perubahan fizikal seperti punggung mengembang, payudara membesar disebabkan dah ada kilang susu, mahupun tumbesaran janin dalam rahim, itu semua memerlukan tenaga. Sebab tu la kita akan selalu penat.

3. Makanan diberi kepada janin

Kita makan dengan kerap, tapi selalu macam tak cukup makan. Ini kerana kebanyakan makanan yang kita makan akan disalurkan kepada perkembangan dan pembesaran bayi kita. Bila selalu lapar, kita akan selalu penat. Bila penat, kita mesti akan terbaring ataupun makan dengan lebih banyak.

Jadi, apa yang kita perlukan untuk sentiasa bertenaga masa hamil?

Cuba tonton video ini. Macam mana ibu yang mengandung 7 bulan ini boleh panjat tangga yang tinggi di Candi Borobudur? Apa yang ibu nie makan sehingga mempunyai tenaga yang banyak macam nie?

 

Menarik kan? Kalau ibu dalam video ini boleh bertenaga masa mengandung, kita yang lain nie pun boleh juga kan? Hanya perlukan sumber makanan yang betul 🙂

 

1. Protein

Kenapa kita perlukan protein? Sebab protein bagi tenaga pada badan kita yang lemah longlai tu. Mana tak lemah kalau asyik loya dan mual je kan? Asyik muntah je, makan apa pun keluar balik. Even minum air masak pun muntah juga.

Bila semua yang kita makan asyik keluar balik je, jalan paling mudah adalah dengan minum ESP. Syu masa morning sickness teruk, memang minum ESP dengan milo ataupun oat je. Dapatlah alas perut yang kosong, dan alhamdulillah memang memberi Syu tenaga untuk menghdapi hari-hari yang hectic. Sekurang-kurangnya dapat bangun dari katil 🙂

2. Vitamin B

Vitamin B ada banyak tau, memang perlu semua pun, tapi dalam memberikan kita tenaga semasa hamil, kita perlukan Viamin B-12. Kita boleh dapat sumber Vitamin B-12 daripada ikan, hati, daging, telur dan rumpai laut. Best la siapa yang suka makan seaweed. 🙂

Ini kerana Vitamin B-12 akan membantu mengubah karbohidrat, protein, dan lemak menjadi tenaga. Barulah kita akan cergas sentiasa walaupun hamil 😀

Syu amalkan makan B-Complex Shaklee hari-hari. Mula-mula tu Syu makan sebab B-complex Shaklee mengandungi Asid Folik yang penting untuk tumbesaran baby dan untuk mengelakkan kecacatan pada baby kita. Bila dah makan baru tahu yang vitamin ini dapat memberikan tenaga pada ibu hamil. Lagi best la rasa badan lepas konsisten makan hari-hari.

p/s: B-Complex Shaklee juga bersifat anti-stress. Jadi, takde la kita asyik tertekan dan mood swing memanjang masa mengandung 😀

3. Vitamin C

 Vitmin C sangat penting dalam menaikkan imun sistem badan kita. Basically, bila kita makan Vitamin C, kita akan lebih mampu untuk menahan diri dari sakit seperti demam, selesema, dan sebagainya. Tapi, kita tak boleh makan Vitamin C secara berlebihan sebab membazir je nanti. Kita hanya perlukan 100-200mg je pda satu-satu masa. Kalau lebih nanti akan dibuang je melalui air kencing. Rugi je.

Tapi, Syu makan Sustained Release Vitamin C Shaklee. Ada sistem pelepasan secara perlahan-lahan (Sustained Release), jadi setiap jam akan dilepaskan 100mg je. Sebab tu la kalau makan Vitamin C Shaklee, kita akan sentiasa mendapat Vitamin C selama 5 jam berturut-turut. Tapikan, yang lagi best kalau makan 2 biji sehari sebab ini akan menjadikan darah kita sentiasa ‘ada stok’ Vitamin C selama 24 jam.

Tak ke best macam tu? Kita akan sentiasa ada pertahanan daripada penyakit-penyakit semua 🙂

4. Kalsium

Sumber kalsium yang paling senang didapati adalah daripada susu dan yogurt. Makanan ini memang biasa ibu amalkan semasa mengandung. Mana taknya, masa kita hamil, banyak kalsium kita semuanya baby ambil untuk pembesaran dan kekuatan tulang mereka. Tak tahu la apa yang tinggal untuk badan ibu.

Sebab kurang kalsium ini jugalah menjadikan ibu-ibu mengandung lemah tak bermaya. Jalan sikit, sakit kaki, naik turun tangga lutut dah berbunyi. Kesian tengok ibu mengandung macam nie. Syu dulu pun macam nie la juga sehinggalah Syu makan Ostematrix.

Ostematrix memang buat tulang Syu kuat kembali. Bukan tulang Syu je, tapi tulang anak dalam kandungan sekali. Bila dah lahir, kalau orang pegang dirikan, kaki diorang memang tegak je. Kalau berdiri atas perut pun, memang sakit la menahan dia pijak.

Selain itu, dengan makan Ostematrix 4 biji sebelum tidur, ia akan buat Syu tidur lena tanpa gangguan dan juga bila bangun tidur, badan rasa segar je. Takde sengal-sengal tulang semua. Memang bertenaga la 🙂

5. Multivitamin

Masa kita asyik muntah-muntah, kita akan kekurangan zat dan mineral dalam badan. Ye la, kalau makan pun tak, macam mana nak dapat zat kan? Tapi, ibu mengandung perlukan zat dan mineral semuanya untuk kesihatan diri dan juga baby. Tapi, macam mana nak dapat multivitamin supaya nutrisi dalam badan sentiasa cukup?

Mestilah dengan Vitalea Shaklee, multivitamin terbaik dunia. Ada 12 Vitamin dan 7 galian yang seimbang dan diperlukan badan kita. Kan senang telan pil yang mengandungi semua vitamin yang diperlukan badan dari mencarinya dalam makanan seharian?

Syu makan Vitalea sebab nak cukupkan keperluan nutrisi sebab Syu tahu dalam makanan yang kita ambil sehari-hari memang tak cukup pun. Ini kerana cara kita masak, keadaan sekeliling, semuanya akan menghilangkan sedikit sebanyak nutrisi di dalam makanan. So, untuk top-up kan, Syu makanlah Vitalea sebiji sehari 🙂

6. Minyak Ikan

Minyak ikan mengandungi omega-3 dan juga omega 6 yang membantu dalam perkembangan otak baby dari awal. Untuk ibu hamil pula, ia akan membantu dalam merendahkan kadar kolesterol dalam badan ibu-ibu di samping mengurangkan tekanan emosi yang boleh buat kita penat dan letih.

Jadi, makanlah OmegaGuard Shaklee. Memang best sebab ia mengandungi 99% minyak ikan tulen yang di ekstrak dari ikan-ikan laut dalam yang kaya dengan protein tau. Makan 3 biji sebelum tidur memang membantu menurunkan kadar kolesterol. Kenapa makan masa malam? Sebab kolesterol lagi tinggi pada waktu malam jika dibandingkan dengan waktu siang.

set_hamil_lengkap

Inilah suplement yang Syu amalkan sejak awal mengandung. Memang bertenaga dan laju je buat kerja. Macam orang tak mengandung pulak 🙂 Memang tak rugi ibu-ibu mula amalkan Set Hamil Cergas Shaklee ini. Hanya dengan RM 582.00 ibu-ibu akan dapat tenaga yang diperlukan untuk menghadapi setiap hari yang sibuk, lagi-lagi kalau ibu-ibu bekerja. Percayalah.

Hubungi Syu 012198621 untuk dapatkan Set Hamil Cergas Shaklee ini. Syu akan bimbing sampai ibu-ibu bertenaga kembali. Takkan nak mengharapkan orang lain untuk buat kerja kita kan. Kita kena tunjuk yang kita boleh buat kerja walaupun kita tengah mengandung nie.

Kalau ibu-ibu nak cepat dan perlukan suplment untuk pulih tenaga nie urgent, ibu boleh order sendiri. Hanya perlu klik ‘order now‘ di bawah nie.

.

order now

.

Lepas tu pastikan ibu hubungi Syu tau. Syu akan bagi aturan makan dengan betul supaya ibu dapat hasil yang terbaik.

Jangan tunggu lama-lama. Jangan tunggu sampai melepek tak boleh bangun dari katil baru nak bertindak. Kita perlukan tenaga untuk melakukan banyak tugas-tugas harian. Amalkan sekarang dan pulihkan tenaga semula!

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139539

0192198621

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.