Senggugut Jadikan Pinggang Bagai Nak Patah Dua?

Senggugut Jadikan Pinggang Bagai Nak Patah Dua?

Senggugut bukanlah sesuatu yang asing bagi wanita yang datang haid. Kebanyakan wanita, walaupun bukan semua mengalaminya setiap kali datang haid. Sakit sampai guling-guling atas katil sampai lemah tak bermaya nak bangun dari katil. Kesian sangat!

Pn. Maria Awi juga mengalaminya. Beliau berkata yang pinggangnya bagai nak patah dua setiap kali senggugut. Sampailah satu ketika senggugutnya hilang. Takde dah sakit pinggang. Sangat mengagumkan. Jom korek rahsia dari Pn. Maria.

Senggugut atau istilah perubatannya dysmenorrhoea adalah cramp dan kekejangan di bahagian perut dan pinggang dan boleh menyebabkan ketidakselesaan semasa tempoh period. Kadang kala, senggugut boleh datang seawal beberapa hari sebelum datang haid sehinggalah beberapa hari selepas kkedatangan haid.

Senggugut terbahagi kepada dua, senggugut primer dan senggugut sekunder. Senggugut primer hanyalah disebabkan oleh hormon ‘prostaglandin’ (hormon untuk mengecutkan dinding rahim) yang mengecut terlalu kuat sehingga menyebabkan senggugut. Tetapi, senggugut sekunder adalah lebih bahaya kerana ia disebabkan oleh endometriosis sel endometrium di luar rahim dan menyebabkan pendarahan di dalam perut. Kalau disyaki menghadapi senggugut sekunder, eloklah pergi jumpa doktor untuk mendapatkan pandangan pakar.

Teringat masa kawan Syu senggugut setiap kali datang period. Kesian sangat Syu tengok. Sebab Syu memang tak pernah merasainya, Syu hanyalah mampu tengok dan tolong mana yang boleh. Banyak perkara yang kawan Syu buat untuk mengurangkan sakit tu.

senggugut

1. Minum air secukupnya

Air masak suam sangat-sangat bagus untuk membantu melegakan senggugut kerana ia mencuci dinding rahim kita dan membuang ketulan-ketulan darah yang menyebabkan sakit tu. Air juga dapat mempercepatkan proses pengecutan, jadi takde la lama sangat sakit senggugut tu.

 

2. Senaman Ringan

senaman ringan boleh melegakan sedikit senggugut, terutamanya senaman yang melibatkan bahagian perut. Kawan Syu selalu buat senaman ringan kalau dia larat nak bangun dari katil. Biasnaya senaman yang sesuai di masa senggugut ini adalah senaman kempiskan perut. Boleh buat atas katil je.

a. baring atas katil dengan bengkokkan lutut rapat ke peha.

b. Peluk kaki dan rapatkan bahagianpeha ke perut. Tekan bahagian perut sekuat boleh. Tahan beberapa saat dan lepaskan.

c. Ulang langkah (b) beberapa kali hingga rasa lega.

         tuam perut

3. Tuam

Kalau sakit senggugut, biasanya adalah kerana ada darah beku dan berketul dalam rahim kita yang belum keluar. Sebab tu sakit. Apabila kita tuam dengan benda panas (botol yang penuh air suam/panas atau tungku elektrik pun boleh), sedikit sebanyak akan memecahkan ketulan darah dan membantunya keluar dengan lancar.

4. Elakkan minum air berkarbonat dan air sejuk

Minuman sejuk dan bergas memang tidak bagus sama sekali. Selain dari kandungan gula yang tinggi, air begini akan melambatkan proses pengecutan dinding rahim dan sekaligus melambatkan senggugut untuk sembuh.

5. Minuman halia

Halia sangat bagus dalam memanaskan badan dan melancarkan peredaran darah. Ini akan membantu untuk mengeluarkan darah haid dengan mudah dan kurangkan sakit.

6. Pastikan badan sentiasa panas

Bila badan panas, ia akan mengurangkan tempoh senggugut. Biasakanlah diri dengan meletak minyak panas atau minyak angin yang boleh melegakan perut. Pastikan letak juga di kaki supaya badan kita dapat menyerap haba untuk membantu proses pemulihan.

7. Makan makanan berkuah

Makanan berkuah yang panas seperti sup boleh melegakan sakit senggugut. Sama la macam kita minum air suam. Memang lega perut kalau dapat minum air panas kan? TApi, pastikan lauk berkuah tu tak pedas tau. Nanti lagi sakit pula.

8. Makanan seimbang

Set-Senggugut-Shaklee

Untuk mengelakkan senggugut, kita kena banyak makan makanan yang bersumberkan vitamin B dan juga magnesium. Tapi, disebabkan cara memasak, vitamin banyak hilang. Cara paling senang adalah dengan mengambil B-Complex, Ostematrix, dan juga GLA Complex.

9. Tidur

Kalau semua cara pun tak baik juga, eloklah tidur sebab dengan tidur kita dapat rehatkan perut dan juga badan yang letih menanggung sakit. Biasanya, bangun tidur akan rasa lega sedikit.

Moga dengan cara ini, senggugut akan berkurangan dan tidak berpanjangan.

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139539

0192198621

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.