Senaman Ringan Semasa Hamil Untuk Elak Sakit-sakit Badan

Senaman Ringan Semasa Hamil Untuk Elak Sakit-sakit Badan

Masa kita mengandung ini, mesti ada masa-masa yang kita akan rasa sakit-sakit badan seperti sakit belakang, sakit kaki, rasa mengah-mengah akibat susah bernafas, dan sebagainya. Mesti tak selesa kan kalau kita rasa sakit-sakit macam nie? Jadi, untuk kurangkan sakit-sakit masa mengandung nie, kita bolehlah amalkan senaman-senaman ringan yang boleh membantu kita kekal bertenaga walaupun hamil.

 

senaman ibu mengandung

 

Ada banyak senaman yang boleh kita amalkan masa mengandung. Syu gabung je senaman yoga dan pilates. Ikutlah kemampuan kita nak amalkan yang mana satu. Sekurang-kurangnya ada banyak pilihan kan. Antaranya senaman yang Syu pernah buat (walaupun bukan selalu..hehe..) adalah:

 

1. Wall Press

senaman 12

 

Senaman ini boleh bantu kurangkan sakit belakang dan juga kuatkan bahu kita di samping hilangkan lenguh-lenguh kaki. Caranya pun senang je.

a. Letak kedua-dua tangan kita pada dinding dengan keadaan kaki meninjit sedikit. Pastikan tangan dan badan kita lurus (Seperti gambar A).

b. Tekan badan kita ke arah dinding (seperti gambar B). Keadaan ini sama macam kita buat pumping, tapi dalam keadaan berdiri.

c. Ulang 5-10 kali. Tapi, jangan sampai tangan kaki kita sakit dah la. Kesian pulak pada badan kita nanti.

 

2. Wall Slide Squat

 

senaman 13

 

Senaman ini pula adalah untuk menguatkan kaki kita. Syu pernah buat senaman nie. Terasa tengang kaki, tapi memang best la lepas tu. Hilang lenguh-lenguh kaki semua. Caranya adalah:

a. Sandar pada dinding dengan kaki kita terbuka sedikit.

b. Tolak badan turun ke bawah sehingga peha kita 90° selari dengan lantai (seperti dalam gambar). Kemudian,  naik semula perlahan-lahan. Ulang senaman ini 5 – 10 kali. Pada masa yang sama, bernafas seperti biasa ye 🙂

*senaman ini juga boleh dilakukan dengan menggunakan bola senaman, di mana bola senaman diletakkan di belakang badan untuk  memudahkan proses naik turun badan kita 😀

 

3. Tailor Sitting

 

senaman 5

 

Tailor sitting boleh dilakukan untuk menguatkan bahagian pinggang dan juga bahagian pelvik kita.

a. Duduk atas lantai dengan kedua tapak kaki bercantum sekali. Lutut mesti atas lantai ye ataupun serapat ke lantai yang kita boleh. Jangan paksa pulak.

b. Naikkan bahagian lutut dan tahan selama 5-10 saat dan turunkan ke posisi asal.

c. Ulangi langkah ‘c’ sebanyak 8-10 kali.

 

4. Pelvic Floor (Kegel) Exercise

 

senaman 2

 

Senaman ini pun bagus untuk ibu-ibu mengandung. Syu pun pernah buat masa sakit pinggang waktu hamil dulu. Memang lega la bila buat.

Untuk buat senaman Kegel ini:

a. kita perlu baring atas lantai dengan lutut kita tegak dan rapat ke peha.

b. naikkan bahagian punggung kita ke atas. Naik semana yang kita mampu. Jangan sampai perut kita sakit tau.

c. Tahan dalam 5 saat dan letak kembali punggung kita.

d. Ulang lagi senaman ini untuk 5-10 kali.

 

5. Leg stretching

senaman 3

 

Senaman ini juga adalah untuk menguatkan kaki kita yang selalu kebas, yang selalu lenguh-lenguh, dan ia juga membantu untuk mengurangkan bengkak kaki semasa mengandung.

a. baring atas lantai dalam keadaan tangan kita di punggung (seperti dalam gambar). Ini adalah untuk menyokong pinggang dan punggung kita semasa melakukan senaman.

b. Angkat ke dua-dua kaki tinggi sedikit dari lantai. Ini akan jadi posisi asal kaki kita.

c. Angkat kaki kanan setinggi yang boleh dari posisi asal tadi. Tahan selama 5 saat dan kembali ke posisi asal.

d. Buat perkara yang sama untuk kaki kiri.

e. Ulangi pergerakan ini selama 5-10 kali.

 

Walaupun bukan selalu Syu buat senaman ini, tapi ia memang membantu melegakan sakit-sakit badan Syu masa hamil. Terasa ringan sikit la badan bila buat senaman-senaman ini.

Bagi ibu-ibu yang hamil, kita memang digalakkan untuk membuat senaman-senaman supaya sentiasa cergas dan bertenaga. Selain dari senaman, pastikan juga kita amalkan makanan sihat dan berkhasiat di samping mengamalkan Set Hamil Bertenaga Shaklee. Ia akan mencukupkan keperluan nutrisi yang diperlukan oleh kita dan juga baby dalam kandungan demi pertumbuhan yang sihat.

 

 

 

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139539

0192198621

 

 

 

 

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.