Rumah Idaman Saya Dibina Dengan Bonus Shaklee Sahaja!

Rumah Idaman Saya Dibina Dengan Bonus Shaklee Sahaja!

Bonus Shaklee Buat Bayar Binaan Rumah Idaman

Apabila kita buat bisnes, kita mampu untuk berimpian besar. Impian itu akan menjadi salah satu pemangkin untuk menolak kita jauh ke depan menjadikan kita lebih berjaya. Jadi, jangan takut untuk memasang impian yang orang kata mustahil dan takkan boleh dapat. Lagi orang gelak, lagi jadikan kita bersemangat untuk tunjukkan yang ianya tidak mustahil. Biarkan orang gelakkan kita pada awalnya. Kita buktikan yang kita boleh lakukannya!

Apabila dengan Shaklee, Syu mempu untuk memasang angan-angan. Berangan kan percuma 😀 Kalau takde angan-angan, maka tiadalah push factor untuk maju. Ia akan menyebabkan kita selesa dengan apa yang kita ada. Syu tak mahu berada di petak yang sama je. Syu sentiasa nak lebih.

rumah-idaman-5

Salah satu angan-angan dan impian Syu adalah memiliki rumah idaman, tapi Syu nakkan rumah itu dibina dengan bonus Shaklee yang Syu dapat setiap bulan. Syu tak mahu gunakan duit simpanan ataupun duit yang suami beri setiap bulan. Jadi, Syu kena pastikan yang bonus yang Syu dapat setiap bulan dari Shaklee tu mampu untuk menampung kos pembinaan rumah idaman Syu kelak. Kena simpan duit bonus dari sekarang la nie!

.

Ciri-ciri rumah idaman Syu

1. Rumah idaman Syu adalah rumah banglo yang mempunyai cukup bilik untuk setiap orang anak Syu. Setiap bilik pun akan ada tandas masing-masing. Syu nak mereka semua selesa dengan privacy sendiri. Bolehlah anak-anak hias bilik mereka sendiri mengikut cita rasa mereka.

rumah-idaman

2. Syu suka rumah yang banyak ruang terbuka yang boleh masuk angin sentiasa. Tingkap biar besar, pintu pun nak yang terbuka selalu (macam dalam gambar nie).

3. Laman rumah pun mestilah besar untuk anak-anak main di luar dengan selamat. Biarlah mereka berlari di luar sambil bina imaginasi dan kreativiti.

rumah-idaman-3

4. Paling penting untuk Syu adalah dapur. Dapur mesti besar, barulah selesa nak masak. Syu memang suka dapur besar. Selain itu, di dapur Syu nak ada counter bagi memudahkan Syu dan suami sarapan pagi-pagi sebelum pergi kerja.

rumah-idaman-4

5. Mesti ada bilik khas untuk solat berserta tandas untuk ambil wudhu’ sahaja. Syu mahukan tempat ibadah yang bersih dan selesa. Dalam tu pun nanti Syu nak letak buku-buku agama suami. Dia memang rajin baca buku-buku agama. Syu dapat bayangkan suami Syu nanti akan berada dalam bilik ini selalu.

rumah-idaman-2

6. Last sekali, rumah Syu mestilah ada pejabat khas untuk Syu uruskan bisnes Shaklee. Tak perlu bilik pun tak pe, tapi ada satu corner yang Syu akan buat office, sambil tu boleh tengok anak bermain di ruang tamu.

.

Dapat bayangkan tak nanti rumah Syu macam mana? Besar ke kecil tu tak kisah, tapi yang penting semua ciri-ciri ini mesti ada dalam rumah idaman Syu.

.

Bila kita dah ada impian dan angan-angan, barulah boleh mulakan langkah untuk merealisasikan impian kita. Jadi, plan terdekat Syu adalah untuk mencari sebidang tanah yang dekat dengan rumah mak ayah dan juga mentua untuk dibina rumah ini nanti. Dah dapat tanah, barulah boleh mencari arkitek untuk membantu design rumah ini.

Doakan impian Syu menjadi kenyataan sebelum umur Syu masuk 4 series ye!

.

Your Business Mentor,

Syu Amir

Shaklee ID | 1139539

Whatssap | 019-2198621

Pengedar Shaklee Skudai, JB

Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui kurier berdaftar

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.