Risiko-risioko Yang Mungkin Ibu Hamil Hadapi Apabila Menghidap GDM

Risiko-risioko Yang Mungkin Ibu Hamil Hadapi Apabila Menghidap GDM

Risiko Yang Mungkin Akan Dihadapi Oleh Ibu GDM

Ibu-ibu yang menghidapi penyakit diabetis semasa hamil, atau GDM kebanyakannya tidak pernah mempunyai sejarah kencing manis pun. Mereka hanya dapat penyakit ini semasa hamil, dan kebiasaannya GDM ini akan hilang selepas bersalin. Tetapi, perlu diingatkan juga, terdapat beberapa risiko yang mungkin berbahaya kepada ibu dan juga bayi dalam kandungannya.

.

Apa itu GDM?

GDM ialah penyakit kencing manis yang dihadapi oleh ibu mengandung semasa hamil sahaja. Ini berlaku kerana badan ibu tidak menghasilkan insulin yang cukup untuk ibu dan juga anak dalam kandungan. Apabila badan kita kekurangan insulin, gula dalam darah akan meningkat kerana ianya tidak dapat disimpan.

Walaupun penyakit diabetis semasa hamil ini hanya berlaku semasa hamil sahaja, tapi ibu-ibu perlu juga berjaga-jaga kerana kemungkinan untuk kencing manis ini kekal selepas bersalin itu ada. Jadi, semasa mengandung ini, pastikan ibu-ibu mengawal paras gula dalam darah supaya ianya tidak akan kekal dalam badan selamanya.

.

risiko-gdm

.

Risiko-Risiko Apabila Menghidap Kencing Manis Semasa Hamil

Apabila ibu-ibu tidak mengawal pemakanan dan gaya hidup semasa mengandung, ia mungkin akan memberi kesan kepada ibu dan bayi pada masa hadapan. anara risiko-risiko yang mungkin ibu dan bayi hadapi ialah:

1. Bayi akan terlalu besar

Apabila ibu menghidapi GDM, gula dalam darah itu akan merentasi plasenta dan masuk juga ke dalam kantung bayi melalui saluran tali pusat. Apabila terlalu banyak gula yang bayi kita terima, ia akan menyebabkan bayi kita menjadi terlalu besar.

2. Ibu mungkin di bedah

Oleh kerana bayi terlalu besar, ibu mungkin perlu dibedah untuk keluarkan bayi. Selain itu, ada juga komplikasi-komplikasi yang lain yang juga menyebabkan doktor terpaksa buat emergency czer

3. Komplikasi kepada bayi

Bayi yang menerima terlalu banyak gula semasa di dalam kandungan boleh mengalami hipoglisemia dan juga jaundice yang tinggi.

4. Obesiti

Inilah yang paling menakutkan. Bayi yang lahir dari ibu yang mengalami GDM, besar kemungkinan bayi tersebut akan mengalami obesiti dan juga menghidapi doabetis type 2 di masa hadapan. 

.

Terlalu banyak risiko yang membahayakan yang perlu ibu hadapi sekiranya ibu ada diabetis semasa hamil. Jadi, eloklah jika kita mula berjaga-jaga dan mengawal gaya hidup semasa mengandung ini supaya tidak terkena GDM ini. Antara perkara-perkara yang ibu boleh lakukan adalah:

  • mengamalkan diet yang sihat
  • bersenam untuk mengawal tahap gula dalam darah
  • Kawal berat badan
  • Kurangkan minuman/makanan manis dan tinggi gula
  • Mengambil suntikan insulin
  • Berhenti merokok

Moga-moga dengan mengamalkan gaya hidup sihat, kita semua terlindung dari mendapat penyakit kencing manis semasa hamil.

.

Love,

Syu Amir

0192198621

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.