Resipi Roti Pizza Mudah Sebagai Bekal Anak ke Sekolah

Resipi Roti Pizza Mudah Sebagai Bekal Anak ke Sekolah

Ibu-ibu sekarang memang selalu bertungkus-lumus menyediakan bekalan makanan untuk anak-anak ke sekolah. Ye la kan, kita nak juga tengok anak kita makan makanan yang berkhasiat. Jeles Syu tengok bekalan bento anak yang comel-comel yang disediakan untik anak-anak.

Tapi, disebabkan Zuhayr suka makan roti dan suka makan pizza, Syu gabungkan keduanya menjadi Roti Pizza. Guna roti Gardenia atau apa-apa roti yang ibu suka pakai 🙂 Resipinya pun mudah je. Jom Syu kongsi.

Roti Pizza Mudah dan Sedap

 

piza

Bahan-bahan

1. Roti

2. Tomato Puree

3. Sosej

4. Keju (disagat)

5. Daging cincang

Cara-cara:

1. Sapukan roti dengan tomato puree. Syu guna tomato puree dalam tin je. Kadang-kadang Syu buat sendiri.

2. Susun sosej yang dihiris halus tadi dan taburkan daging cincang di atasnya.

3. Taburkan keju yang disagat. Syu suka letak banyak-banyak, baru sedap 🙂

20130114_201518

4. Bakar di dalam toaster oven selama 10-15 minit. Kalau takde toaster oven, oven biasa pun boleh. Guna 170°C ye. Masa untuk masak sama je.

Tada. Siap. Senang kan?

PB020012

Pagi-pagi sebelum Zuhayr ke sekolah pun sempat je nak buat roti pizza nie sebagai bekalan makan masa rehat nanti. Syu akan bekalkan sekali air masak yang dicampur Performance Drink agar Zuhayr sentiasa hydrated dan juga suplement SET ANAK PINTAR (OmegaGuard dan Vitamin C Chewable) supaya Zuhayr mudah  menyerap ilmu-ilmu yang diajar dan supaya dia lebih fokus semasa sesi pembelajaran. Amin….

Ibu-ibu pun boleh membuatnya juga. Sangat mudah dan cepat. Sekejap je dah siap. Best kan bila kita dapat memberi anak dan keluarga kita makan dari air tangan kita sendiri.

Selamat mencuba!

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139539

0192198621

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.