Resipi-resipi Untuk Anak Yang Memilih Nak Makan

Resipi-resipi Untuk Anak Yang Memilih Nak Makan

Resipi Untuk Anak Yang Susah Nak Makan

Bismillah.

Salam hujung minggu untuk semua. Kebiasaan di hari minggu ini, Syu akan fikirkan menu untuk minggu depan supaya tahu bahan apa yang perlu dibeli, terutama sekali untuk anak-anak Syu yang sangat memilih nak makan apa. Bila fikirkan menu yang anak suka makan, memang Syu boleh pening kepala.

Ahmad Zuhayr memang jenis yang memilih makanan. Ada sesetengah makanan sahaja yang dia akan makan. Kalau salah bagi makanan, Zuhayr takkan makan. Setiap minggu, menu makanan anak-anak Syu sama sahaja, yang beza adalah cara penyampaiannya. Kadang-kadang goreng, kadang-kadang buat sup, dan sebagainya.

.

Makanan-Sehat-Untuk-pertumbuhan-Anak

.

Menu-menu Anak Pemilih Makan

Ada beberapa menu-menu yang Syu biasa masak untuk anak-anak Syu sebab mereka suka makan. Asalkan mereka makan, Syu dah puas hati daripada kita susah hati anak tak nak makan langsung.

.

1. Macaroni goreng

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

.

Bahan-bahan:

– Macaroni (direbus dan tos)

– Bawang putih, bawang merah

– sosej/ayam potong dadu

– sos cili dan sos tomato

– garam

– sedikit air

.

Cara-cara:

– Tumis bawang putih dan bawang merah.

– Masukkan ayam/sosej, sos tomato dan sos cili. Tumis sehingga naik bau.

– Masukkan sedikit air (supaya bahan tumisan basah sedikit)

– masukkan macaroni dan gaul sebati.

– Tutup api dan masukkan garam secukup rasa.

.

2. Sup

sup ayam

.

Bahan-bahan:

– Macaroni (direbus dan ditos)

– Sup bunjut

– kentang dipotong

– Bawang holland (dipotong 8)

– ayam/sayur-sayur/daging

– air secukupnya

– garam

.

Cara-cara:

– Masukkan air, bawang holland, ayam, kentang dan sup bunjut dan biarkan didih (kalau buat sup sayur, masukkan sayur kemudian)

– masukkan garam secukupnya.

.

3. Macaroni / Maggi Sup

maggi sup

 – Macaroni/maggi cintan direbus dan ditos.

– Masak sup (seperti resipi no. 2)

* Maggi tu bukan maggi yang berperisa yang banyak MSG tu ye.

.

4. Nasi panas + kicap + ikan goreng

nasi kicap ikan

Inilah makanan kegemaran anak-anak Syu kalau dah takde apa sangat yang mereka nak makan pada hari itu.

.

5. Mee maggi goreng

maggi goreng

Bahan-bahan:

– maggi cintan (direbus dan ditos)

– bawang merah, bawang putih (diblend/ditumbuk halus)

– sos tiram

– kicap

– garam

.

Cara-cara:

– Tumis bawang yang diblend/ditumbuk hingga naik bau.

– masukkan sos tiram dan kicap.

– Masukkan maggi yang telah ditos tadi. Gaul sebati.

– Kalau perlu, masukkan garam (kalau dah cukup masin, tak perlu tambah garam ye)

.

Kebiasaan inilah menu anak-anak Syu yang mereka suka nak makan. Kalau dah bosan dengan menu ini, barulah Syu cari menu baru. Tapi, mereka tak berapa nak suka menu-menu baru. Jadi, inilah yang biasa dimasak untuk anak-anak 🙂

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139539

0192198621

 

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.