Resipi Puree Bayi Sebagai Makanan Pertama Yang Berkhasiat

Resipi Puree Bayi Sebagai Makanan Pertama Yang Berkhasiat

Bayi hanya boleh mula makan makanan pejal selepas mereka berumur 6 bulan. Tapi, bukanlah terus bagi anak kita makan bubur or nasi. Terkejut perut anak kita nanti. Risau sembelit kalau kita tersalah bagi makan. Sebagai permulaan, biarlah makanan bayi kita cair-cair je dan mudah dihadam. Salah satu makanan permulaan yang kita boleh beri pada anak adalah puree bayi, tak kiralah puree buah-buahan ataupun puree sayur-sayuran.

Syu suka buat puree untuk semua anak Syu. Syu buat puree untuk stokĀ  tahan dua tiga hari sebab Syu akan kukus semua sayur yang Syu belikan itu. Tak naklah lama-lama sangat simpan dalam peti ais, nanti tak fresh. Ada beberapa puree yang Syu suka buat untuk Basyiirah yang Basyiirah pun suka. Siap bertambah-tambah kalau makan šŸ™‚

Puree Apple + Prune

prune + apple puree

Apple dan prune adalah kombinasi yang baik untuk Ā makanan bayi kerana mempunyai serat yang tinggi yang memberi tenaga untuk anak kita. Ia juga bersifat anti kanser dan juga anti-oksidan yang tinggi untuk melindungi badan anak kita.

Cara-cara membuat puree ini:

1. Kukus sebiji buah Apple dan beberapa buah prune (syu guna prune Sunsweet je) sehingga buah tersebut lembut.

2. Kisar kedua-dua buah hingga hancur.

3. Simpan dalam bekas-bekas kecil untuk dibuat stok beberapa hari.

Puree mangga

puree mangga

Mangga adalah kaya dengan Vitamin A yang bagus untuk melindungi mata dan juga kaya dengan Vitamin C untuk melindungi tubuh anak kita. Vitamin C membantu meningkatkan sistem imun si manja.

Cara-cara membuat puree ini:

1. Potong buah mangga kecil-kecil supaya mudah untuk dikisar. (Syu suka guna buah mangga yang dah masak ranum sebab dah lembut dan manis)

2. Kisar sehingga hancur dan simpan dalam bekas kecil-kecil.

Puree Pear + kurma/kismis

puree kurma pear

Kurma adalah pemberi tenaga segera yang mempunyai pelbagai khasiat untuk tumbesaran bayi, manakala biah pear adalah kaya dengan Vitamin C yang akan melindungi sistem imun tubuh si anak.

Cara-cara membuat puree ini:

1. Rendam kurma/kismis semalaman atau hingga lembut.

2. Kukus pear hingga lembut.

3. Kisar kedua-dua bahan dan simpan dalam bekas.

Puree lobak merah + avocado

puree carrot avocado

Lobak merah dan avocado adalah sangat bagus untuk kesihatan mata anak. Ia membantu untuk hasilkan mata yang terang dan juga melindunginya dari katarak. Basyiirah memang suka carrot sebab rasanya yang manis.

Cara-cara nak buat puree ini:

1. Kukus lobak merah dan aovcado sehingga lembut.

2. Kisar dan simpan.

Ini adalah antara puree kegemaran Basyiirah masa dia 6 bulan dahulu. Sekarang, dah mula makan nasi lembik. Dah nak setahun la katakan. Nanti Syu kongsi resipi makanan yang Basyiirah suka makan sekarang ni pula ye.

Bolehlah lepas ini ibu mencuba resipi-resipi ini. Moga dengan berkat air tangan kita, anak kita membesar dengan sihat. Sekurang-kurangnya kita tahu apa yang kita masak dan apa yang kita letak di dalam makanan anak kita.

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139539

0192198621

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Comments

  1. macam sedap je puri mangga tu.
    ros recently posted…Cara Sendawakan Bayi Dengan Betul Agar Tiada Kembung PerutMy Profile

Leave a Reply to ros Cancel reply

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.