Resipi Home-made Stok Ayam Untuk Bayi Tersayang

Resipi Home-made Stok Ayam Untuk Bayi Tersayang

Bila anak-anak Syu dah jejak 7 – 8 bulan, Syu memang dah mula bagi anak makan bubur yang dikisar halus. Tapi, takkan nak bagi bubur kosong takde rasa apa-apa kan. Jadi, Syu selalu akan tambah perasa tambahan yang sesuai untuk anak-anak. Janji jangan letak garam dalam bubur ye. Buah pinggang anak-anak kita masih belum boleh terima.

Kebiasaannya, Syu akan buat stok ayam sendiri sebagai perisa tambahan untuk bubur anak-anak. Sedap, dan yang penting selamat untuk anak kita makan. Syu kongsikan di sini cara-cara untuk membuat home-made stok ayam yang sangat mudah ini.

 

Bahan-bahan

Bahagian dada ayam

Lobak merah

Celery

Rempah 4 sekawan (bunga cengkih, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga)

Air

 

Cara-cara

1. Potong kecil bahagian dada ayam, lobak merah, dan juga daun Celery. Syu guna dada ayam sebab nanti boleh kisar sekali.

2. Masukkan semua bahan yang dipotong tadi ke dalam periuk besar.

3. Masukkan juga rempah 4 sekawan ke dalam periuk.

4. Masukkan air sehingga penuh periuk. Biasanya, Syu guna periuk sederhana besar. Air yang Syu masukkan adalah 3 kali ganda bahan-bahan yang ada dalam periuk tu.

5. Masak bahan-bahan itu sehingga air tinggal separuh. Kemudian, tapis bahan-bahan tersebut. Tapi, air tu jangan buang pulak tau. Nak guna untuk blend nanti.

6. Pilih dada ayam, lobak merah dan sedikit celery untuk dikisar bersama-sama air rebusan ayam tadi. Jangan banyak sangat celery sebab nanti pahit.

7. Lepas dah kisar tu, letak dalam ice-cube trayΒ dan bekukan. Bila nak masak bubur anak, keluarkan sahaja 2-3 cube dan masukkan sekali dalam periuk semasa memasak bubur.

 

stok ayam yang telah siap untuk dibekukan

stok ayam yang telah siap untuk dibekukan

 

Bila campur stok ayam nie, Syu akan campur juga puree sayur-sayuran yang Syu dah bekukan juga. Baru seimbang. Next entry nanti Syu kongsi cara buat puree sayur pula ye.

Mudahkan?? Lepas nie bolehlah ibu-ibu cuba untuk buat stok ayam ini. Semuanya untuk anak tersayang.

 

Ibu ini sanggup untuk buat apa sahaja asalkan anaknya sihat. Dengan mengambil mealshakes selama 3 bulan, anaknya yang dahulunya selalu sakit menjadi semakin sihat. Dapatkannya untuk anak tersayang hari ini!

 

 

love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139539

0192198621

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Comments

  1. alamak camne nak buat ni? huuhu macam frozen sup ayam ke?
    Munz recently posted…Berapa Banyak Ibu Hamil Memerlukan Kalsium?My Profile

    • UmmuZuhayr :

      mcm buat sup ayam..tp in the end kena blend bhn2 yang berkaitan…hehehe…lps tu mmg frozen kan supaya tahan lama… πŸ™‚

      selamat mencuba

  2. Saya tak pernah buat cube2 frozen chicken stok ni, waaah…bagusnye perkongsian ni..Inshaa Allah akan ku kerjekan ayam2 ku arini..(waaah mcm ade reban plak ye, hihii)

    Tq for sharing
    Rose MH recently posted…Cara Merawat Darah Tinggi Tanpa Perlu Kerap Berjumpa Doktor & Telan Ubat Banyak-BanyakMy Profile

    • UmmuZuhayr :

      bagus2….cubalah..moga bermanfaat ye!

      ***tak pe..kita bayangkan macam ada reban ayam penuh dgn ayam…boleh buat duit tu…nak hadapi gst nie… πŸ™‚

  3. Stok ayam ni baby umur 6bln dh boleh bg ke?sy skrg br bagi puree buah sayur je.
    rohani recently posted…Jiran Ana ImranMy Profile

    • UmmuZuhayr :

      Syu perkenalkan sikit2 stok ayam nie masa buat bubur…selangvselikan dgn puree buah…

      Ada sesetengah baby x suka makan bubur awal2 tp syu cuba bg tengok mcm mana baby terima ke tak…

      Selamat mencuba!

  4. farawahidah :

    Sy ada ank berusia 2tahun n kesukaran nk bg ank sy mkn.. Tp dia aktif n normal seperti bbdk bdk lain yg sebaya dgn dia..Mcm mn cara nk ank sy mkn mcm kebiasean bbdk lain.. Tq

    • UmmuZuhayr :

      selagi anak kita aktif, tiada apa yang merisaukan…kalau anak dah mula letih lesu tak bnyk bergerak tu yang kena pergi jumpa doktor…

      salah satu cara adalah masakkan makanan yang dia suka..mcm anak saya, dia suka makan mee, pasta, mcm tu…so selang seli masak mee, macaroni, nasi, dll…

      selain tu, saya bg anak minum mealshakes (campurkn dalam susu) utk naikkan selera makan.. πŸ™‚

      moga bermanfaat ye farawahidah…selamat mencuba πŸ˜€

  5. Sy nk tnye..stok sym yg akak buat ni bleh thn brape lme?

    • UmmuZuhayr :

      assalam ila…akk buat biasanya utk 2 tray ice cubes tu…tahan dalam 3 minggu hingga sebulan..

      akk tak suka buat utk lama2 nya stok..nnt tak sedap…hihi.. selamat mencuba πŸ™‚

  6. Stok aym

  7. Salam kak..thanks sgt2 utk resepi stok ayam ni.. mmg nk kene buat ni.. kak nak tanye 2 soalan..
    1-masak stok ayam ni rebus mcm tu je ye..? Xyah pakai minyak ye kak..?
    2- mase nk blend yg last tu, yg rempah 4 sekawan tu pun blend same ke kak.. ke kene carik dan asingkan..xyah blend.. ?

    • UmmuZuhayr :

      1. haah..masak stok ayam nie rebus je semua…make sure air dari penuh seperiuk tu tinggal dalam 3/4 ataupun separuh… πŸ™‚

      2. yg 4 sekawan tu jgn blend…kalau blend skali nnt pahit…
      masa dah siap..tapis semua dulu…bhn yang ditapis tu, pilih isi ayam, carrot, celery sikit2…then campur blk dgn air rebusan tadi dan blend.:)

      selamat mencuba πŸ™‚ nnt komen camne hasilnya ye πŸ˜€

      • Tu la konpius sebenarnya..sbb ade google kt tempat lain..ade yg tulis air rebusan tu yg dinamakan stok ayam. Air rebusan tu yg dibekukan..yg ayam tadi boleh buat utk mknn lain.. berdebar nk buat ni.. tak pernah buat lg stok ayam mcm ni..sian baby sy, asyik makan nestum cereal tu je.. πŸ™

        • UmmuZuhayr :

          selamat mencuba! Sebolehnya jangan bagi anak makan cereal segera nie…bahaya sbb kita tak tahu apa yang ada dlm tu… πŸ™‚

  8. Anak ke4 baru 1st time buat stok ayam. Hehe.. Tp akak buat ayam dan bilis saja. Rebus, tapis pastu biarkan semalaman kat peti ais, esoknya akan terkumpul semua lemak kat permukaan, after buang lemak tu baru masukkan dlm bekas kecik2 dan frozenkan. Hehe..
    Aya Chalo recently posted…Idea Menu Makanan Bayi 6 Hingga 12 BulanMy Profile

    • UmmuZuhayr :

      Wah..idea baru tu nak buat stok ayam..next time syu blh mintak resipi akk pulak la..

      Skrg anak dah tak nak baby sht..tak mkn dah bubur nie…hihi

Leave a Reply to UmmuZuhayr Cancel reply

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.