Resipi Carrot Cake Yang Sangat Sedap

Resipi Carrot Cake Yang Sangat Sedap

 

sekadar gambar hiasan

sekadar gambar hiasan

 

Syu memang suka makan Carrot Cake. Kalau pergi Secret Recipe mesti order Carrot Cake, sampailah Syu dapat resipi Carrot Cake yang sangat sedap dari mak mentua Syu. Resipi original Carrot Cake nie adalah dari mak kepada biras Syu, Kak Dora. Terima kasih kak.

Ari tu, dah siap beli bahan-bahan nak buat Carrot Cake nie, tapi disebabkan tak sihat, so terpaksalah tangguhkan dulu niat nak buat. So, Syu kongsikan dulu la resipinya. Mana la tahu memang ada orang tengah mencari resipi Carrot Cake nie kan.

 

Bahan-bahan Kek

3 Cups  Carrot (disagat)

2 Cups Tepung

1 Cup                      Gula

1 Cup                      Gula Perang

2 teaspoon            Baking Soda

1 teaspoon             Baking Powder

1/2 teaspoon         Garam

1 teaspoon             Ground Cinnamon

4 biji                       Telur

1 1/2 Cup               Minyak (Syu pakai minyak masak biasa je)

1 1/2 teaspoon      Vanilla Essence

1 tin (250 g)          Nenas (kalau terlebih tak pe, kalau terkurang sikit pun tak pe)

3/4 Cup                 Kacang Peacan/Walnut (potong kecil-kecil)

3/4 Cup                Kismis (Syu tak letak sebab Syu tak suka Kismis dalam kek…hehehe)

 

Cara-Caranya

1. Sagat Carrot sampai cukup 3 Cup (Syu guna lebih kurang 7 bijij Carrot yang sederhana panjang)

2. Potong kacang peacan/walnut dan juga kismis (kalau letak kismis la) kecil-kecil tapi jangan sampai hancur pulak tau.

3. Potong nenas dalam tin jugak.

4. Ayak tepung, baking powder, dan baking soda. Masukkan dalam bekas yang agak besar sebab nanti nak gaulkan semua bahan-bahan yang lain.

5. Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam bekas yang ada tepung tadi. Kacau rata.

6. Masukkan semua bahan-bahan yang dah dipotong tadi.

7. Masukkan minyak.

8. Gaul rata dan masukkan dalam baking tin. Bakin tin tu pastikan dah sapu dengan butter/minyak ye. Nanti melekat pulak kan.

9. Bakar dalam oven selama 40 minit (175 Degree Celcius) ataupun sampai kek tu perang kekuningan. Syu biasa cucuk kat bahagian tengah kek tu, kalau takde yang melekat maknanya dah cukup masak la…

 

Bahan-bahan Cheese Frosting

1 1/2 Cup                    Icing Sugar

1 kotak (250g)           Philadelphia Cheese

1/2 Cup                       Salted Butter

1 teaspoon                 Vanilla Essence

 

Cara-caranya

1. Pukul cheese dan butter sampai kembang. Lepas tu, masukkan gula dan vanilla essence.

2. Letak cheese frosting nie atas kek carrot yang dah siap tadi.

**Kalau kek tu tebal, boleh belah tengah-tengah dan letak cheece frosting nie di tengah-tengah kek juga. Dapat la layer kat tengah.

 

Siap. Sedap dimakan.

Selamat mencuba!!!

 

* Sorry gambar takde lagi. Belum berkesempatan untuk membuatnya disebabkan kesihatan tak mengizinkan. Nanti bila Syu dah buat, Syu update gambar ye.

 

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139539

0192198621

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Comments

  1. dah lama x makan carrot cake yg sedap sebab tak reti buat..huhuhu..perkongsian yg menarik..
    Maz Jamal recently posted…Petua Merawat Demam Denggi Secara SemulajadiMy Profile

    • UmmuZuhayr :

      cubalah buat Maz Jamal…

      So far nie la resipi yang paling sedap n paling moist yang Syu pernah buat.

      selamat mencuba!!

  2. Syu.. akak suka jugak carrot cake ni.. kek ni jadi milk booster adik akak tau.. kalau buat mmg paling suka letak cream cheese banyak2.. terbaik tau!
    Lin Chalo recently posted…Resepi Roti Jala & Kari Ayam Yang WAJIB Anda Cuba. Pasti Nak Lagi!My Profile

    • UmmuZuhayr :

      wah…boleh jadi milk booster eh? yg tu info baru utk saya…

      nnt nak makan banyak2 la… 🙂

Leave a Reply to Lin Chalo Cancel reply

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.