Resipi Bubur Sumsum Yang Sedap dan Mudah

Resipi Bubur Sumsum Yang Sedap dan Mudah

 

Beberapa hari sebelum Syu cuti sekolah, Syu cakap pada mak untuk membuat bubur sumsum untuk Syu. Syu nak buat sendiri untuk makan berdua macam malas je. Membazir pun ye juga sebab bubur sumsum biasanya akan buat sekali banyak.

Mak Syu pun melayanlah untuk buatkan. Lagipun, bahan-bahan semuanya ada di rumah mak. Lagilah mudah nak buat. Sedap sangat untuk dimakan untuk minum petang, sejuk-sejuk.

Antara bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat bubur sumsum adalah:

 

1. Tepung Beras

2. Santan pekat

3. Daun pandan

4. Sedikit garam

5. Gula Melaka

Mak Syu main agak-agak je sukatan untuk tepung beras dan santan, asalkan tak cair sampai tak boleh potong dan tak keras sangat sampai susah nak makan.

 

Cara buat bubur sumsum pun mudah sangat. Tak payah pening-pening kepala…hehe…

a. Cairkan sebuku gula melaka dengan 2 cawan air (Kalau tak nak manis sangat, boleh tambahkan airnya). Bila dah masak boleh tapis dan letak dalam bekas bertutup.

b. Campur tepung beras, santan pekat, garam dan daun pandan ke dalam periuk.

c. Masak bahan-bahan ini sehingga mendidih dan pekat berkilat.

d. Masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti ais supaya sejuk.

 

Bila dah sejuk tu, bolehlah makan bubur sumsum dengan air gula melaka tadi. Sedap!!!

 

Selamat mencuba 🙂

 

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139539

0192198621

 

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.