Resipi Ais Krim Mangga Yang Sangat Sedap…Senang Je!!!

Resipi Ais Krim Mangga Yang Sangat Sedap…Senang Je!!!

Dalam perjalanan pulang dari rumah mak tempoh hari, Syu singgah di RnR Air Keroh, Melaka untuk solat. Sambil-sambil tu, Syu singgah kedai buah dan beli buah mangga lemak manis. Memang manis sangat. Tapi, banyak sangatlah pulak untuk makan begitu sahaja.

Syu pun terfikirlah untuk membuat ais krim mangga sendiri. Sedapnya, yang penting kita tahu apa bahan yang kita masukkan dalam ais krim kita kan. Tak perlu guna telur, ovalette, mahupun susu pekat.

Nak buat ais krim mangga nie, Syu hanya perlukan:

20150322_085317

1. Buah mangga yang dah masak

2. 1 cawan susu segar

3. 2 cawan heavy cream

4. 2/3 cawan gula (tapi Syu guna sedikit sahaja sebab mangga dah manis)

Cara-cara nak buat ais krim ini pun tak susah. Bertemankan Basyiirah, chef kecil nie pun nak masuk dapur Ā membantu. Tapi, tolong tengok je la šŸ™‚

20150322_090608

1. Mula-mula, Syu masukkan susu, heavy cream, dan gula ke dalam periuk. Ia bertujuan untuk melarutkan gula yang ada. Syu kurangkan gula sebab mangga lemak manis yang Syu beli tu dah manis. Kalau guna banyak gula, nanti terlalu manis pula. Anak pun tak sesuai untuk makan nanti.

20150322_090622

3. Potong buah mangga dan masukkan ke dalam blender. Tinggalkan sedikit untuk dipotong dadu dan di masukkan ke dalam bancuhan ais krim nanti.

20150322_090602

4. Masukkan bancuhan susu yang dipanaskan tadi ke dalam blender bersama-sama mangga. Blend sehingga hancur.

5. Masukkan bancuhan ke dalam acuan ais krim dan masukkan juga buah mangga yang di potong dadu tadi.

6. Simpan dalam peti ais hingga keras.

1426987712041

7. Tada!!!! Siap. Boleh makan dah. Anak-anak pun suka sangat makan ais krim nie. Maklumlah panas kan sekarang nie. (Tak sempat nak amik gambar anak-anak makan ais krim :))

Selamat mencuba!

Love,

Syu AmirĀ 

Shaklee ID:1139539

0192198621

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.