Rahsia Nak Kuatkan Rambut Yang Gugur Teruk Lepas Bersalin

Rahsia Nak Kuatkan Rambut Yang Gugur Teruk Lepas Bersalin

Rambut gugur lepas bersalin memang lazim dialami selepas beberapa bulan selepas bersalin, tapi ada yang alaminya seawal 3 bulan lepas bersalin. Rambut gugur sangat menakutkan. Mana taknya, sebahagian daripada kepala kita nampak botak. Tak cantik dah kepala kita kan? Jom kita share-share macam mana nak kuatkan rambut lepas bersalin ni.

Syu sekarang pun mengalami rambut gugur teruk lepas bersalin ni. Mula start gugur masa Basyiirah umur 3 1/2 bulan. Mula-mula tu Syu tak perasan la sebab sikit je gugurnya. Tapi, lama-lama rambut yang gugur makin banyak dan makin kerap.

Sekali usap rambut, segenggam rambut keluar. Masa mandi basuh rambut, tak usah cakap la. Memang bergenggam-genggam pun ada. Masa dah start perasan rambut gugur tu, Syu memang takut la kan. Kalau botak macam mana kan?

Sampai  Hubbyku Sayang pun perasan rambut gugur teruk. Bila Basyiirah umur 5 bulan, Hubbyku Sayang sampai suruh pergi cari treatment rambut sebab dah risau sangat keadaan rambut Syu. Dah alang-alang Hubbyku Sayang bagi duit untuk cari apa yang patut, Syu pun start la cari. Sementara mencari-cari produk yang sesuai untuk rambut gugur nie, Syu cari juga la cara tradisional.

 

Antara cara-cara tradisional dan mudah untuk kuatkan rambut yang Syu  jumpa adalah:

 

1. Inai

Penggunaan inai ni boleh kuatkan rambut yang gugur. Selain daripada untuk menutup uban-uban yang kian memutihkan kepala, ia memang menguatkan rambut kita. At least cara nie halal dan dibenarkan oleh agama.

Cara-caranya ialah tumbuk inai sampai hancur. Cara yang sama macam kita nak pakai inai untuk orang kahwin tu. Lepas tu, sapukan pada kepala kita. Urut-urut kepala kita supaya inai tu masuk dalam kulit kepala kita. Dah sapu tu, balut kepala dan biarkan semalaman. Basuh macam biasa esok pagi. Amalkan selalu untuk dapatkan kesan yang positif.

 

2. Limau Purut

Limau purut pun bagus untuk kuatkan rambut. Caranya pun senang. Potong dua buah limau tu. Kemudian, gosok kat kepala tapi make sure sampai ke kulit kepala sekali ye. Buat la 3 kali seminggu, in sya Allah rambut kurang gugur.

 

3. Minyak Kelapa

Minyak kelapa memang boleh kuatkan rambut disamping menjadikan rambut kita cantik berkilat. Tapi, nak buat payah sikit la.

Masak santan kelapa bersama-sama buah keras sehingga keluar minyak. Biarkan sejuk. Sapu minyak kelapa pada kepala setiap kali lepas basuh rambut (masa rambut separuh kering). Amalkan selalu untuk mendapatkan rambut yang kuat dan hitam berkilat. Cantik….

 


 

Tapi, Syu sempat cari je. Tak sempat try pun kecuali yang nombor 3 tu sebab kebetulan mak Syu buat minyak kelapa masa tu. Memang mintak la kat mak nak bawa balik rumah. Kurang sikit la rambut gugur. Lama-lama bila dah stop pakai (sebab dah habis…) rambut gugur datang kembali. Panik la sekejap.

Nak suruh mak buat lagi macam kesian je. So, Syu ambil keputusan cari la cara lain. Syu gugle la cari idea apa nak buat.

Masa tu la jumpa pasal suplement untuk kuatkan rambut. Apa lagi, memang Syu beli la. Best, sebab suplement tu semua dari bahan semulajadi. Takde pun bahan kimia berbahaya…Selamat digunakan…

 

1. Zink

Amalkan makan suplement zink sebab zink boleh kembalikan kekuatan rambut. Lagipun, lepas bersalin memang elok sangat makan zink sebab cepatkan sembuh luka jahitan.

 

2. B-Complex

Bila pilih B-Complex, make sure cari yang ada vitamin B6 untuk mengelak rambut gugur. Pastikan juga ada biotin sebab biotin akan menghasilkan keratin untuk mengatasi masalah rambut gugur.

 

3. Protein

Sumber protein yang mencukupi akan menghasilkan rambut yang sihat dengan menghasilkan sel yang sihat.

 

4. Shampoo yang bersesuaian

Syu pilih shampoo yang sesuai dengan kulit rambut Syu. Shampoo tu mesti lah boleh melembabkan rambut dan kulit kepala Syu juga disamping menguatkan rambut.

 

set penjagaan rambut

Inilah set kuatkan rambut yang Syu guna untuk kurangkan rambut gugur.

 

 

 

Semua suplement di atas Syu ambil dan beli di satu tempat je. Syu beli dengan Shaklee. Jimat dan tahan lama. Paling best adalah rambut Syu dah kurang gugur dan bahagian rambut yang dah nipis tu dah mula tumbuh balik.

 

So, sesiapa yang mengalami masalah yang Syu alami nie, boleh la cuba ambil suplement nie. Moga dapat kesan yang sama dengan apa yang Syu rasa.

Selamat mencuba!

 

Love,

Syu Amir

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.