Pulihkan Sakit Lutut Akibat Memandu Jauh

Pulihkan Sakit Lutut Akibat Memandu Jauh

Sakit lutut bukan hanya berlaku pada orang tua sahaja, tapi yang muda-muda pun boleh jadi juga. Apabila dah sakit lutut ni, kita memang tak boleh untuk letak tekanan pada lutut kita. Pada masa tu, mulalah jalan sikit sakit, duduk lama pun sakit. Syu pun macam tu juga walaupun Syu nie belum sampai pun umur 30-an.

 

sakit lutut

 

Masa Syu belajar di New Zealand dulu, Syu memang banyak berjalan walaupun Auckland adalah kawasan berbukit. Maklumlah, negara sejuk tak rasa penat pun kalau jalan jauh. Kalau pergi kampus dan jalan-jalan membeli belah di bandar semuanya jalan kaki. Boleh dikatakan lebih 3 km Syu jalan sehari-hari. Di sana memanglah ada perkhidmatan bas, tapi lagi seronok kalau kita berjalan. Rasa macam pemalas kalau naik bas untuk pergi ke tempat berdekatan.

Masa di kampus, setiap kelas Syu jauh-jauh. Kadang-kadang berderet kelas, jadi kenalah berlari dari satu kelas ke kelas yang lagi satu. Kalau tak nanti lambat pulak masuk ke kelas. Rugi. Jadi, kenalah Syu jalan laju atau pun berlari-lari anak supaya sampai ke kelas on time.

 

Inilah Queen Street yang Syu akan pergi semasa hari minggu.

Inilah Queen Street yang Syu akan pergi semasa hari minggu.

 

Kalau Syu pergi shopping pula, kalau tak 6 jam memang tak sah. Biasanya hari minggu mesti berjalan-jalan ke Queen Street. Di situlah tempat Syu shopping. Di Auckland, tempat membeli-belah bukanlah dalam satu bangunan macam Mid Valley atau KLCC di Malaysia, tapi di sana, ianya adalah satu jalan panjang yang penuh dengan kedai-kedai. Syu akan masuk satu-satu kedai yang Syu rasa best untuk cuci mata, macam kedai-kedai baju, kedai-kedai handbag, kedai-kedai kasut, dan kedai-kedai buku. Sedar-sedar memang dah petang.

Syu nie jenis yang pakai boots ataupun kasut tumit tinggi. Masa tu memang cantiklah bila pakai. Terasa diriku tinggi sebentar…hahaha…Pada masa tu, memang tak rasa pun sakit kaki atau sakit lutut ni sebab tu la best je jalan-jalan menggunakan kasut tumit tinggi. Jalan pun laju je tanpa rasa apa-apa. Ye la, orang di sana memang semuanya jalan laju. Kalau kita jalan perlahan memang akan ketinggalan.

Di sana, Syu kadang-kadang ada la juga memandu. Kitorang selalu konvoi ramai-ramai pergi jaulah melihat alam. Syu akan jadi driver. Masa Syu tahun akhir di New Zealand, Syu memandu macam biasa, tapi pada masa tu, Syu rasa perubahan pada lutut. Syu terasa dah mula sakit-sakit bila Syu tekan pedal minyak. Pada masa yang sama, Syu mula rasa sakit lutut dan sengal-sengal sendi bila jalan lama-lama. Syu selalu kena berhenti berjalan dan berehat ataupun Syu akan suruh orang lain gantikan Syu untuk memandu kereta kalau Syu rasa sakit sangat.

Masa tu, Syu tak tahu la yang Syu jadi begitu sebab jalan banyak menggunakan kasut tumit tinggi. Syu tak tahu yang pakai kasut tinggi sebenarnya ada kesannya pada tulang belakang, sendi-sendi dan juga lutut Syu. Sekarang nie, kalau memandu lama mesti mula sakit lutut. Jalan lama mesti sakit lutut. Syu dah tak berani nak pakai kasut tumit tinggi.

Sebab dah sakit sangat lutut Syu, Syu mula ambil SET SENDI SHAKLEE. Selepas makan suplement dalam set ini selama 2 minggu, Syu mula rasa lutut ini makin baik dan dah tak sakit kalau Syu tekan lebih sikit. Kalau tekan pedal minyak pun dah tak rasa sakit. Kalau bersila lama sikit pun dah ok. Tak sakit dah masa nak bangun tu. Alhamdulillah, syukur sangat.

Dalam Set Sendi ini, ada 3 suplement yang berbeza untuk mendapat kesan yang optimum. Ada Omega Guard (RM 136.00), ada Advanced Joint Health Tablet (124.00) dan juda ada Ostematrix (RM 61.00). Dengan pengambilan secara konsisten, in sya Allah akan memberi kesan yang positif.

Syu akan makan Advanced Joint Health Tablet (AJHT) 2 kali sehari. Sekali selepas sarapan dan sekali lagi selepas makan malam. AJHT berfungsi untuk menyokong keselesaan sendi Syu dan menjadikan bendalir penyambung sendi bertambah kenyal supaya pergerakan anggota badan Syu tidak sakit.

Syu juga mengambil 3 biji Omega Guard, 2 kali sehari untuk memastikan kelicinan sendi semasa bergerak. Omega Guard adalah pelincir sendi supaya pergerakan lancar, tanpa ada ‘bunyi-bunyi’ pelik semasa bergerak tu.

Sebelum tidur, Syu akan makan Ostematrix sebanyak 4 biji untuk pastikan kandungan kalsium dalam badan sentiasa cukup. Ia adalah untuk kuatkan tulang dan juga ligamen Syu yang makin rapuh.

 


 

Itulah ketiga-tiga suplement Set Sendi yang Syu makan untuk sembuhkan sakit lutut Syu yang makin teruk ini. Alhamdulillah sekarang dah laju je jalan dan sedap je kaki menekan pedal minyak kereta. Hanya dengan RM 321.00, sakit sendi dan sakit lutut Syu sekarang dah takde.

Kita kadang-kadang susah nak percaya cakap orang kan? Syu bagi live testimoni terus supaya korang percaya yang sakit sendi boleh pulih. Apa kata kakak nie? Jom tonton!

 

 

Selain itu, Syu sediakan juga testimoni bertulis daripada orang-orang yang pernah sakit sendi, tetapi sekarang mereka gembira kerana sakit itu semuanya telah tiada lagi. Hidup mereka kembali cergas kini!!!!

 

testi set sendi 2

 

testi set sendi 3

 

testi set sendi

 

Percaya dah? Apa lagi…kepada sesiapa yang mempunyai sakit lutut, bolehlah mencuba set sendi ini. Berkesan untuk Syu, moga berkesan untuk anda semua juga.

 

Hubungi Syu sekarang juga untuk sebarang pembelian/pertanyaan.

Tapi jangan fikir lama-lama tau. Nanti makin sakit lutut tu sampai jalan kena pakai tongkat dah susahkan diri sendiri kan? Take action NOW!!!

 

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139539

0192198621

 

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Comments

  1. Kalau sakit lutut nak sembahyang pun susah kan. jom jaga lutut Dan sendi elok2 dari sekarang.
    Ros recently posted…Atasi Lenguh-lenguh Badan Ketika Menyusu Dengan Satu Cara MudahMy Profile

    • UmmuZuhayr :

      Memang pun…nak bengkokkan lutut je mesti sakit…

      2 hari makan omega, alhamdulillah sekarang dah takde sakit dah…

Leave a Reply to UmmuZuhayr Cancel reply

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.