Proses Healing Crisis Menyebabkan Orang Takut Untuk Makan Suplement?

Proses Healing Crisis Menyebabkan Orang Takut Untuk Makan Suplement?

Makanan kesihatan ataupun suplement adalah sangat bagus untuk kita amalkan, walaupun kita masih muda. Sekurang-kurangnya, nanti masa tua kita akan kekal sihat dan cergas. Macam orang tua-tua. Tapi, pada masa dahulu tiada suplement, orang tua makan ulam-ulaman. Sebab itulah mereka aktif berkebun, pergi sawah padi semua tu. Cumanya masa kini, dah ada kemudahan suplement, baiklah kita gunakannya. Tak payah nak telan ulam yang pahit tu…hehe…

Tapi kan, apabila mula makan suplement, ada tak yang pernah menghadapi situasi-situasi seperti ini?

.

Situasi 1:

A: Assalam dik, macam mana dengan pengambilan Vitamin C yang adik beli tempoh hari? Ada apa-apa masalah?

B: Wasalam kak. Saya dah mula makan seminggu lepas, tapi kan kak..muka saya lagi banyak jerawat dari dulu. Takut saya nak makan. Saya berhenti makan. 

.

Situasi 2:

C: Adik, ari tu adik ada beli Alfalfa sebab perut boroi kan? Macam mana? Cuba cerita sikit. 

D: Sis, saya makan Alfalfa tu tapi sembelit la pulak. Makin teruk ada la…Nantilah saya sambung makan. Risau.

.

Situasi-situasi di atas adalah normal sebenarnya, terutamanya apabila kita di fasa permulaan. Masa ini adalah masa untuk detoks segala kekotoran keluar dari badan kita. Inilah yang dinamakan ‘healing crisis‘.

.

Apa itu healing crisis?

  • proses penyingkiran toksin-toksin dari badan kita dengan kadar yang lebih pantas daripada biasa (sebab kita mula makan suplement kan…). Lagi banyak toksin yang perlu disingkirkan, lagi banyak ‘side effect‘ yang kita akan hadapi. Jangan risau, bukan side effect buruk pun, side effect yang baik 🙂
  •  Semasa fasa healing crisis ini berlaku, biasanya kita akan hadapi simptom-simptom yang lagi teruk dari sebelum proses detoks ini. Contohnya, muka kita berjerawat dan kita mula makan suplement untuk hilangkan jerawat. Tapi, masa healing crisis berlaku, muka kita lagi teruk naik jerawatnya. Ini adalah kerana badan kita bertindak balas dengan suplement yang kita ambil untuk membersihkan toksin-toksin dalam badan kita tu.
  • Untuk penyakit yang lebih teruk, seperti sakit-sakit sendi, kemungkinan untuk menghadapi rasa sakit yang lebih teruk akan berlaku. Sebelum makan suplement dah memang sakit, tapi lepas makan suplement, rasa sakit makin menjadi-jadi. Untuk menjadikannya bertambah baik, kita terpaksa bertahanlah untuk beberapa hari ye 🙂
  • Jika ini berlaku, tak perlu takut. Itu maknanya badan kita sedang menerima suplement itu dalam badan kita. Suplement itu sedang menyahkan segala ‘sampah’ dari badan kita untuk menghasilkan sel-sel baru yang lebih sihat. Inilah proses regeneration. Baguslah tu. Ianya bukanlah satu fasa yang lama pun. Lebih kurang 3 hari hingga 2 minggu je, bergantung kepada tahap toksin badan kita.

.

 Simptom-Simptom Healing Crisis

Simptom-simptom healing crisis adalah berbeza mengikut individu. Ada juga orang yang tidak mengalami simptom-simptom ini. Ikutlah tahap toksin dalam badan yang perlu dinyah keluarkan.

Antara simptom-simptomnya adalah:

  • Kepenatan
  • Muntah-muntah (diarrhea)
  • Cirit-birit
  • Sakit-sakit sendi
  • Demam
  • Pening
  •  Loya dan mual
  • Ruam-ruam pada kulit
  • Resdung
  • Tekanan darah rendah

Tapi, janganlah risau. Ini semua adalah sementara sahaja sehinggalah badan kita membuang segala toksin melalui saluran-saluran yang ada, seperti sistem perkumuhan (air kencing) dan liang-liang peluh.

.

Apa yang perlu buat sementara healing crisis?

  1. Minum air masak yang mencukupi – sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Ini untuk memudahkan proses menyingkirkan toksin dari badan.
  2. Minum jus lemon ataupun teh herba juga membantu untuk mempercepatkan penyingkiran toksin.
  3. Rehat yang mencukupi.
  4. Teruskan makan suplement yang dibeli.

.

Untuk kita mendapatkan kesihatan yang lebih baik, kita perlu bertahanlah dengan fasa healing crisis ini. Ini hanyalah untuk membersihkan badan kita dari segala toksin yang membuat badan kita sakit. Moga lepas habisnya fasa ini, badan kita akan bertambah baik dan proses penyerapan vitamin akan lebih optimum. Bayanganlah bagaimana nanti diri kita akan cantik berseri apabila suplement sudah menampakkan kesan positif. Ingatlah healing crisis tidak lama dan hanyalah sementara sahaja.

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139539

0192198621

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.