Posisi Tidur Ibu Hamil Yang Boleh Menyebabkan Bayi Mati Dalam Kandungan

Posisi Tidur Ibu Hamil Yang Boleh Menyebabkan Bayi Mati Dalam Kandungan

Ibu-ibu hamil perlu banyak rehat dan tidur untuk mengembalikan tenaga. Kita hilang banyak tenaga disebabkan oleh perubahan-perubahan dalam badan kita untuk memberi ruang kepada janin kita membesar. Jadi, tidak hairanlah jika ibu-ibu hamil banyak tidur ataupun baring merehatkan diri. Tapi, dengan posisi baring yang betul selesa la. Jangan tak tahu, posisi baring yang salah bukan setakat tidak selesa, tapi boleh menyebabkan kematian bayi dalam kandungan tau!

Bila bayi dah semakin besar, kebanyakan ibu-ibu tidak akan ada tidur yang lena setiap malam disebabkan oleh ketidakselesaan pada posisi kita tidur. Syu masih ingat lagi masa kandungan Syu masuk 25 minggu, memang boleh dikatakan susah nak tidur malam. Kalau dapat tidur pun, Syu tidur duduk. Susun bantal tinggi dan sandar. Barulah dapat lelap mata. Itu adalah posisi selesa Syu untuk tidur masa mengndung. Ibu-ibu pula bagaimana?

Ada posisi tidur yang digalakkan supaya kita dapat tidur dengan selesa tapi ada juga posisi tidur yang kalau boleh jangan buat atas sebab-sebab keselamatan bayi.

posisi tidur wanita hamil

Tidur Mengiring

Tidur mengiring, tidak kiralah pusing ke kanan atau ke kiri adalah posisi yang selesa untuk ibu hamil berehat dan tidur. Tapi, pusing ke kanan lebih elok sebab ia adalah mengikut sunnah nabi.

Apabila kita tidur mengiring, lebih banyak nutrisi dan oksigen akan tersalur kepada bayi dalam kandungan. Jadi, bayi kita pun boleh membesar dengan baik. Itulah yang kita nak kan? Ibu selesa, bayi pun gembira di dalam πŸ™‚

posisi tidur 1

Untuk mendapat keselesaan ke tahap yang optimum, bolehlah ibu-ibu baring mengiring sambil letak bantal di bawah perut dan juga antara kedua-dua peha. Kalau dapat bantal besar macam dalam gambar di atas pun lagi best πŸ™‚ Kalaulah ada bantal macam nie, memang tak nak bangun je rasa πŸ˜›

Tapi, kalau rasa sakit belakang, macm Syu sakit di bahagian tulang rusuk, Syu memang tak boleh nak tidur. Baring mengiring pun sakit juga. Jadi, Syu susun bantal tinggi-tinggi dan sandar je. Tidur macam tu setiap malam dari 25 minggu sampailah bersalin.

Tidur Terlentang

posisi tidur salah

Tidur terlentang adalah sangat-sangat tidak digalakkan. Boleh sesak nafas dan senak perut tau! Ini kerana bila kita tidur terlentang, Baby kita yang semakin besar dalam rahim akan menekan organ-organ kita dan ini akan mengganggu pernafasan, penghadaman, buat kita susah nak buang air dan juga ia akan memperlahankan peredaran darah kita. Bahaya tu!

Selain itu, kalau kita tidur terlentang, ia akan memberi tekanan fizikal pada saluran darah besar yang boleh menghalang peredaran darah ke jantung. Posisi ini juga akan menghalang sumber makanan dan oksigen sampai kepada bayi kita. Bila nutrient dan oksigen kurang sampai kepada bayi, itu yang boleh menyebabkan kematian. Jadi, berhati-hatilah dengan posisi kita tidur ye.

Tidur Menyiarap

Pada awal kandungan, memanglah mudah kalau kita nak tidur menyiarap sebab perut tak besar lagi, tapi makin besar perut, makin susah naak tidur menyiarap. Walaupun pada awal kandungan, janganlah tidur menyiarap sebab ia memberi tekanan pada rahim dan juga organ-organ yang berkaitan rahim. Bila terlalu besar tekanan, ia akan menyempitkan saluran dah ini akan membahayakan kandungan kita dan boleh membawa maut.

.

Ibu perlukan rehat yang cukup semasa hamil, tapi pilihlah posisi rehat yang sesuai dan selamat untuk ibu dan juga anak dalam kandungan. Moga dengan rehat yang cukup disamping pengambilan SET HAMIL CERGAS, ibu-ibu akan bertambah cergas menguruskan keluarga tercinta. Suami pun bertambah sayang bila tengok pengorbanan kita melakukan kerja-kerja rumah walaupun kita hamil.

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139539

0192198621

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Comments

  1. nice sharing! Biasanya memang selalu tidur mengiring time preggy. Selesa. Bila akhir preggy tu memang selalu terjaga. Kadang-kadang lapar tak tahu sebab…haha
    myliferia recently posted…Bagaimana YES Healthy Fitness Pack Membantu Proses Kurus Lebih Berkesan?My Profile

    • UmmuZuhayr :

      dah akhir2 kehamilan nie mmg selalu tak selesa tdo kan…syu dulu pun mcam tu gak..smp ada mlm2 yang mmg tak boleh nak tidur langsung…huhu…dugaan mengandung kan…

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.