Petua Tradisional Untuk Mengempiskan Perut Selepas Bersalin

Petua Tradisional Untuk Mengempiskan Perut Selepas Bersalin

Kempiskan Perut Selepas Bersalin Dengan 3 Petua Mudah

Selepas bersalin, perut kita bukan mudah untuk kempis kembali kan? Kadang-kadang rasa malu pun ye juga sebab sebelum mengandung, perut flat macam model, tapi lepas bersalin, macam ada spare tyre yang tiba-tiba muncul. Apa yang boleh ibu-ibu buat untuk hilangkan spare tyre tu?

Di sini Syu kongsikan 3 petua yang mudah untuk ibu-ibu amalkan. Buat sendiri je pun boleh 🙂

.

kempiskan-perut-lepas-bersalin

.

1. Kapur sirih dan jus limau nipis

Syu belajar tips ini semasa berurut anak ke-4. Kakak yang urut Syu tu ajar, kalau nak perut cepat kempis, eloklah sapukan campuran kapur sirih dan juga jus limau nipis. Syu gigih amalkan sepanjang pantang, alhamdulillah berkesan. Perut Syu kempis dan juga sel-sel kulit mati di perut pun hilang.

Cara-cara nak buat pun mudah je.

  • Ambil setengah sudu kecil kapur makan dan letak dalam mangkuk.
  • Ambil sebiji limau nipis dan potong 2. Perahkan ke atas kapur makan tadi.
  • Dengan menggunakan kulit limau tadi, gaul sebati campuran itu.
  • Sapukan ke perut dengan menggunakan separuh kulit limau itu.
  • Lepas sapu, pakailah bengkung macam biasa.

2. Air Jus Kunyit dan Limau Nipis

Kunyit membantu melancarkan peredaran darah dan juga mengempiskan perut ibu yang baru lepas bersalin.

Untuk membuat jus ini, ibu-ibu hanya perlukan kunyit hidup dalam 2 cm dan juga sebiji limau nipis.

Cara-caranya:

  • Tumbuk lumat kunyit hidup dan tapis airnya.
  • Perah sebiji limau nipis untuk diambil jusnya.
  • Campurkan keduanya dan minum setiap pagi dan petang.

3. Daun jambu batu dan juga halia

Petua ini bukan sahaja membantu ibu mengempiskan perut, tapi ianya juga dapat membantu mengurangkan ibu yang mengalami kembung perut.

Cara-caranya:

  • Tumbuk halus beberapa helai daun jambu batu dan sebuku halia.
  • Letakkan sedikit air dan campurkan sedikit kapur sirih.
  • Gaul sebati dan bolehlah sapukan pada perut.
  • Biarkan sampai kering.

Petua ini bolehlah dilakukan setiap malam sehingga mendapat result yang kita mahukan.

.

Ini adalah antara petua-petua mudah yang ibu-ibu boleh lakukan sendiri di rumah. Barang-barangnya pun mudah didapati.

Selamat mencuba dan selamat bergembira dengan perut yang kempis 🙂

.

Love,

Syu Amir

0192198621

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.