Petua Kempiskan Perut Buncit

Petua Kempiskan Perut Buncit

Cuba try pakai baju ketat sikit. Bahagian perut tu nampak macam bentuk tayar tak? Lagi teruk kalau nampak macam bentuk bola. Itu tandanya perut anda buncit. Selesa ke dengan perut buncit tu? Sekarang dah sampai masanya untuk kempiskan perut yang macam bentuk tayar dan bola tu.

Sedarlah diri yang kita nie ada masalah perut buncit sebenarnya. Jangan hidup dalam dunia fantasi lagi. Berpijaklah di alam nyata. Terima hakikat yang perut korang tu buncit. Bila dah sedar dan dah terima hakikat, barulah diri kita boleh berfikir untuk melakukan perubahan positif untuk mendapatkan gaya hidup yang lebih sihat.

 

Punca-punca Perut Buncit

 

1. Usia tak selari dengan aktiviti

Masa kita muda, kita banyak bergerak dan lakukan macam-macam aktiviti fizikal seperti bersukan. Bila banyak aktiviti, makanan yang kita ambil pun tinggi kalorinya untuk memberi tenaga.

Bila kita makin berusia, aktiviti dah berkurang, tapi makanan yang kita ambil masih sama. Sebab tu la perut makin buncit sebab takde aktiviti untuk mambakar kalori tu.

 

2. Pengambilan alkohol

Kalau kita nie jenis yang minum alkohol, ia boleh menjadi punca perut buncit juga. Pengambilan alkohol yang berlebihan boleh menyebabkan badan kita kurang efisyen untuk membakar lemak.

Lagi-lagi kalau kita niie suka minum alkohol dan kita kerja dalam pejabat yang banyak masanya kita duduk di kerusi tak bergerak sangat. Memang besar kemungkinan lemak akan terkumpul di bahagian perut dan peha.

Syu selalu tengok orang macam nie masa belajar di New Zealand dulu. Orang yang perut dan peha besar nie kebanyakannya memang yang kerja ofis. Duduk je, buat kerja guna komputer je. Tak perlu nak gerak ke mana-mana. Kesian, sebab nak bangun dari kerusi pun susah, nak berjalan pun susah. Kaki susah nak support badan diorang masa berjalan.

 

3. Kurang tidur

Bila banyak kerja, kita kurang tidur. Bila kurang tidur kita lemak kat perut bertambah. Bila kurang tidur, ia meningkatkan penghasilan hormon kortisol dalam otak dan ini akan menyebabkan lemak bertimbun kat perut.

 

4. Hormon

Perubahan hormon berlaku kepada perempuan ketika menopaus. Bila menopaus, hormon seks estrogen dah berkurang dan ia menyebabkan pengumpulan lemak pada perut.

 


 

Bila dah tahu punca-punca perut kita buncit, boleh la kita cari jalan penyelesaiannya. Kita cari jalan untuk kempiskan perut, dan make sure kita disiplinkan diri dalam melakukannya.

 

Petua-petua kempiskan perut

 

1.  Air Asam Jawa

Bancuh asam jawa dengan air panas. Biarkan air asam jawa nie sejuk dengan sendiri. Esok pagi, minum air asam jawa nie. Amalkan selalu untuk hilangkan spare tyre dan bola kat perut tu.

 

2. Limau nipis dan kapur sirih

Ambil sedikit kapur sirih dan perahkan jus buah limau nipis ke atasnya. Gaul sampai sebati, nanti jadi macam masker. Sapu sebatian nie tadi pada perut dan balut dengan bengkung. Hasilnya memang best.

 

3. Senaman

Kalau nak kempiskan perut, kena la lakukan senaman perut. Syu nak share 2 link untuk senaman perut. Buat tau. In sya Allah kesannya memang mantap.

a. senaman perut khas untuk lelaki (tapi kalau perempuan nak cuba pun boleh)

b. video senaman dari blog kevin zahri

 

4. Suplement kurus

Syu amalkan ambil suplement untuk kuruskan perut dan juga kuruskan badan secara menyeluruh. Syu makan Set Kurus Shaklee. Encik Suamiku juga Syu bagi. Biarlah sama-sama kurus secara sihat dan semulajadi.

 

set kurus


 

Inilah sedikit petua yang Syu boleh kongsikan untuk membantu orang-orang yang nak kempiskan perut mereka yang buncit tu.

Lepas nie tak de lagi isu orang gelakkan perut kita yang macam mengandung 7 bulan tu.

 

Moga bermanfaat.

 

Love,

Syu Amir

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.