Persediaan Untuk Menjaga Ibu Bersalin

Persediaan Untuk Menjaga Ibu Bersalin

Menjaga Ibu Bersalin Perlukan Persediaan Yang Rapi

Mummy yang baru bersalin perlukan orang untuk menjaganya, terutama sekali semasa awal-awal baru bersalin kerana mummy baru bersalin tak kuat lagi badannya. Orang yang menjaganya tak semestinya ibu atau ibu mertua mummy sendiri, tapi suami ataupun sesiapa sahaja pun boleh jaga. Asalkan pandai untuk menguruskan bayi dan mummy yang berpantang.

.

Persediaan Menjaga Ibu Berpantang Yang Baru Bersalin

penjagaan ibu bersalin

Untuk menjaga mummy berpantang, kita perlukan beberapa persediaan supaya kita sendiri tidak panik jika ada apa-apa yang berlaku sepanjang penjagaan kita.

Persediaan Mental dan spiritual

Kita memerlukan persediaan mental dan spiritual bila nak menguruskan ibu yang baru bersalin nie. Ini kerana ibu yang baru bersalin mempunyai emosi yang kurang stabil dan kita perlu bersabar dengan segala perangai mummy baru bersalin. Lagipun, mummy baru bersalin masih penat, jadi kita yang kena uruskan semuanya termasuklah masak makanan berpantang untuknya.

Kita perlu tahu apa yang kita buat, jadi kita akan bersedia dengan segala macam kemungkinan.

.

Persediaan Ilmu

Persediaan ilmu ada beberapa, seperrti:

1. Menu berpantang

Orang yang menjaga mummy berpantang perlu tahu serba sedikit tentang menu makanan mummy berpantang dan apa yang boleh dan tidak boleh dimakan oleh mummy berpantang sepanjang 44 hari itu. Ini kerana kita perlu masakkan makanan itu supaya mummy akan pulih kembali selepas bertarung nyawa melahirkan bayi mereka.

.

2. Cara mandikan bayi

Mandikan bayi baru lahir bukanlah semudah yang disangka. Kita perlu tahu macam mana nak pegang bayi kerana mereka masih kecil dan fragile lagi, kita perlu tahu suhu air yang sesuai untuk mandikan bayi, dan juga masa yang sesuai untuk mandikan bayi itu.

Selain itu, kita perlu tahu juga baju apa nak pakai, ubat apa nak sapu, dan lain-lain lagi.

.

3. Cara uruskan bayi

Elok juga untuk kita tahu cara nak tidurkan bayi, cara sendawakan bayi dan juga tanda-tanda kalau bayi itu sakit, seperti demam, dan kembung perut.

Memang bukan semua akan tahu macam mana nak uruskan bayi yang sakit, tapi kalau kita tahu, itu memang baguslah. Sekurang-kurangnya, kita boleh urut serba sedikit kalau bayi kembung perut ataupun buat minyak bawang putih dan juga teknik steam n percussion untuk keluarkan kahak dan kurangkan batuk dan selesema.

.

4. Cara uruskan ibu berpantang

Selain daripada uruskan bayi, kita juga perlu uruskan mummy nya juga. Tapi, sebab mummy dah besar dan boleh jaga diri, kita boleh tolong sikit-sikit untuk mengurangkan bebanan mummy.

Selain dari tolong sediakan makanan mummy berpantang, kita boleh memandu dan ambil tukang urut di rumah mereka. Ataupun, kita boleh tolong sediakan air suam untuk mummy mandi (kalau takde water heater la).

Sekurang-kurangnya, orang yang menjaga boleh menjadi kawan mummy berpantang untuk mendengar cerita-cerita mereka.

.

5. Pantang larang dan petua orang tua

Bukan semua mummy muda tahu pasal pantang larang dan juga petua orang tua. Ada sesetengah kita tak kisah pun mengenai pantang larang ini sebab mereka tidak percayakannya. Tapi, orang yang menjaga perlu tahu serba sedikit mengenainya, jadi kalau apa-apa berlaku, kita tahu apa yang perlu dilakukan.

Perkara paling penting yang kita perlu tahu adalah mengenai bentan, mungkin juga tentang pentingnya untuk kita jaga pemakanan semasa berpantang. Ini penting supaya kita boleh nasihatkan mummy yang tengah berpantang nie kalau tiba-tiba mereka nak makan itu dan ini.

.

6. Kerja-kerja am rumah

Kerja-kerja am menguruskan rumah juga penting supaya kita boleh membantu bersihkan rumah sementara kita tinggal bersama mummy berpantang. Kerja-kerja rumah seperti basuh dan sidai baju, sapu rumah dan mop lantai, dan sebagainya.

Kalau kita perlu hantar anak mereka ke sekolah, kita boleh buat juga. Ini semua adalah untuk meringankan beban mummy dan keluarganya.

.

Persediaan ini adalah penting untuk orang yang menjaga supaya kita boleh bersedia tentang apa yang perlu kita buat dan apa yang bakal kita hadapi semasa menjaga mummy baru bersalin ini, terutama sekali kalau kita memang tinggal bersama-sama keluarga mereka selama 44 hari berpantang itu. Kita bantulah mana yang kita mampu sebaik mungkin supaya mummy boleh berehat untuk memulihkan tenaga dalaman dan juga luaran juga.

Saya memang salute orang yang sanggup nak menjaga orang berpantang, dan Syu amat-amat berterima kasih kepada pak long dan mak long yang menjaga Syu masa bersalinkan anak yang ke-3, dan juga sepupu Syu yang datang hari-hari untuk masakkan makanan Syu semasa berpantang anak ke-2 dulu.

Moga semua mummy pun mendapat jagaan yang baik semasa berpantang dan dijaga oleh orang-orang yang prihatin dan penuh dengan kasih sayang 🙂

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Comments

  1. Tak boleh biarkan ibu baru bersalin sorang-sorang. Suami kena peka keadaan isteri. Kalau suami tak dapat cuti, minta ahli keluarga lain yang jagakan.
    Ros recently posted…Cara Elak Meroyan Selepas Bersalin- Apa Suami Boleh BantuMy Profile

    • syuhada amir :

      betul tu kak ros….kena ada org jaga…

      kesian bila tengok ibu berpantang nie jaga diri sendiri, kena jaga anak lagi….

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.