Percutian Pendek yang Best di Mersing

Percutian Pendek yang Best di Mersing

Bila mak ayah memikirkan nak bawa anak bercuti di mana memang susah. Susah nak pilih tempat yang sesuai dan children friendly. Bagi Syu, perkara paling penting yang wajib ada untuk anak adalah swimming pool sebab Zuhayr memang tak suka laut. Tak tahu la kenapa.

Semalam Syu baru je balik bercuti dengan keluarga di Mersing. Sangat tak sangka yang pantai Mersing sebenarnya sangat cantik walaupun pekan yang kecil. Syu sangat terkejut masa sampai tu.

 

20150130_110829

 

 

Fishing Bay Resort adalah resort persendirian yang sangat menarik dan sangat sesuai kalau nak relax dan release tension. Memang tak ramai orang masa Syu pergi tu, mungkin sebab bukan musim cuti sekolah kot. Tu yang best sebab sunyi je, rasa macam berada di rumah sendiri tapi dikelilingi bunyi ombak dan angin sepoi-sepoi bahasa.

 

20150129_135527

 

 

Fishing Bay nie tempat untuk relax, bukan untuk orang yang datang nak terperap dalam bilik tengok tv. Kalau nak tengok tv memang tak payah datang sini sebab kat sini takde signal pun yang dapat. Bilik yang Syu duduk hanya dapat TV1 dan TV2, memang takde cerita la nak tengok. Tapi, permandangan laut dari bilik memang marveles.

 

20150129_141654

permandangan laut dari bilik Syu

 

 

Walaupun kitorang datang sini hanya semalaman je, tapi puas la Zuhayr mandi swimming pool. Tu je benda yang Zuhayr paling suka pun. Sampai-sampai je terus salin baju mandi dan terjun masuk kolam. Lama juga la dia mandi. Sampai menggigil badan baru nak keluar.

 

swimming pool yang Zuhayr suka sangat

swimming pool yang Zuhayr suka sangat

 

Tempat nie best untuk buat outdoor aktiviti sebab kawasan yang lapang. Nak main bola pun boleh, nak main bola tampar pun ada gelanggangnya.

Kalau nak buat aktiviti pantai pun best. Pantai Fishing Bay memang bersih. Pandai tuannya jaga. Syu suka sangat. Tapi, Zuhayr tak suka pantai kan. So kitorang takde la pergi jalan kat pantai sangat. Asyik la cakap ‘Zuhayr takut laut.’ Sampai dengar bunyi ombak pun dia takut. Entah bila la Zuhayr akan berani dengan pantai nie.

 

20150130_110031

 

20150130_110025

 

 

 

20150130_110049

 

 

Tapi, yang paling best bila datang Mersing nie, adalah dapat jumpa kawan baik yang dah bertahun tak jumpa. Missing her so much. Thank you for entertaining us Zerra.

 

IMG-20150130-WA0006

 

IMG-20150130-WA0005 (1)

 

 

 

 

 

IMG-20150130-WA0007

 

Next time, Syu nak datang balik sini, kalau boleh nak bawak family datang sekali. Baru best. Boleh main bola, boleh buat BBQ sekali.

Kalau nak cari tempat release tension, datang la sini. Memang tenang. Angin pun best. Tapi, jangan la harapkan bilik ataupun makanan macam 5-star hotel. Tu je.

 

Love,

~Syu Amir~

~Shaklee ID: 1139539~

 

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.