Percutian 5 Bintang Percuma Yang Menjadi Impian Semua

Percutian 5 Bintang Percuma Yang Menjadi Impian Semua

11412247_10152934607038806_2902869067819525439_o

Pada 5-7 Jun 2015 telah diadakan National Conference (NC) Shaklee bagi memberi penghargaan kepada semua pengedar Shaklee yang telah berusaha keras sepanjang tahun untuk perniagaan Shaklee mereka sendiri. Syu dah daftar sebagai ahli Shaklee sejak setahun yang lepas dan memang dah menanam impian untuk menghadiri NC ini. Kena berusaha keras lagi nie supaya dapat kumpul cukup points untuk bawa seluruh ahli keluarga ke NC secara PERCUMA! Amin….

Semua SID yang pergi NC ada 2, satu adalah NC Qualifier, iaitu orang yang dapat pergi berdasarkan points yang mereka kumpul sepanjang tahun dan satu lagi adalah Star Achiever, iaitu mereka-mereka yang mendapat award pada acara ini. Dua-dua pun percuma tau!

.

Kenapa Kena Pergi NC? Apa yang bestnya?

Untuk sesiapa yang belum tahu, NC nie adalah acara kemuncak Shaklee setiap tahun untuk mengiktiraf segala kerja keras kita. Siapa yang tak nak kan, setelah penat berperah otak merancang strategi, tak tidur malam melayan pelanggan, mengorder barang untuk pelanggan, kita dihadiahkan ‘percutian’ semuanya PERCUMA? Best ke best?

Sebelum Syu ceritakan apa yang berlaku dengan lebih terperinci, boleh tengok video ini dahulu. Semua yang berlaku di NC ada dalam video nie. Tontonlah dan sedut aura positif untuk sampai ke NC tahun hadapan 😀

 Best kan video NC nie? Rasa WAJIB kena pergi kan tahun depan?

Kalau nak tahu, semasa NC, ada banyak perkara yang super ohsem berlaku di sana (tahun nie NC diadakan di MIECC, Seri Kembangan)

.

1. Penginapan Eksklusif 5 Bintang

bilik best

Siapa pernah menginap di Palace Of The Golden Horses? Mahal kan? Tapi, masa NC, Shaklee bagi percuma tau sepanjang 3 hari 2 malam tu. Selain itu, setiap hari ada pula surprise gift dari Shaklee. Mereka letak atas katil masa kita takde dalam bilik.

gifts nc

Sweet tak? Ada ke orang nak bagi kita menginap di hotel 5 bintang secara percuma? Shaklee buat macam tu sebagai tanda terima kasih mereka kepada para ‘pekerja’nya!

.

2. Makanan yang Sedap-sedap

Bab makanan sedap mestilah orang suka kan? Makan sarapan di hotel, makan tengah hari tidak disediakan tapi Shaklee bagi RM100 untuk cari makan tengah hari sendiri selama 2 hari itu, dan pada malamnya pula, dinner hari pertama adalah makan malam penghargaan untuk semua yang mendapat Star Achiever Award di MIECC dan dinner hari kedua adalah untuk semua NC Qualfier di Grand Hyatt Hotel.

11424655_10152934612043806_4549810083157804986_o

dinner nite

Siapa nak bagi kita makan free di hotel mahal? Shaklee!

.

3. Sharing dari Master-Master Shaklee

Semua dalam Shaklee adalah ibarat satu keluarga besar. Semua pun tak lokek ilmu nak dikongsikan dengan semua. Mereka nak semua orang lain pun dapat jadi Master Shaklee seperrti mereka juga. Bila dengar cerita mereka, memang meremang bulu roma untuk terus berusaha mengembangkan empayar Shaklee sendiri.

Bila la agaknya masa Syu akan tiba untuk berkongsi pahit manis bersama Shaklee kan?

.

4. Award-award yang super cool!

Semua yang dapat award akan naik pentas. Tak kira la berapa ramai sekali pun. Siap bawa seisi keluarga lagi. Kan best dapat kongsikan detik-detik manis kita bersama keluarga tersayang?

Antara award yang diberi adalah:

  • Star Achiever Award Recognition 
  • Business Growth
  • Super Star Award
  • Leadership consistency

Shaklee bagi award kalau kita sentiasa dapat kekalkan rank ataupun naik rank yang lebih tinggi. Siapa yang tak suka bila dihargai sebegini rupa kan? Kita kerja penat-penat untuk naikkan nama syarikat, syarikat bagi kita bonus-bonus sebagai pemberi semangat untuk terus berusaha keras.

 

10547180_10152934578733806_1400362211208718247_o

 

 

  • Car Bonus Achiever 

Shaklee bayar untuk kereta yang kita inginkan. Sangat best kan? Dapat kereta free siapa tak nak kan?

.

5. Tour sekitar Kuala Lumpur

Macam pergi bercuti kan? Tinggal di hotel mahal, dapat pergi berjalan-jalan lagi. Mereka pergi ke Muzium Diraja, KLCC untuk shopping dan juga ke Aquaria, Mereka pergi juga Central Market sebelum ke Grand Hyatt Hotel untuk Majestic Nite Dinner.

.

6. Booth Ohsem Di sekitar MIECC

Di luar Dewan NC, ada banyak booth yang best-best. Ada demo produk, pemeriksaan kesihatan, dan ada juga booth untuk kita beli barang-barang limited edition Shaklee. Pemeriksaan kesihatan pun percuma je. Check la semua yang kita boleh. Sekurang-kurangnya kita tahu ada penyakit apa-apa ke kan.

11402811_10152934602188806_3636723988086954875_o

11406162_10152934602553806_9100365082771229406_o

.

Segala-gala mengenai NC memang ohsem. Memang rugi kalau tak pergi dan lagi rugi kalau tak pernah tertanam niat untuk pergi. Kan best dapat ‘percutian’ secara percuma sebagai penghargaan kepada segala kerja keras kita. Keluarga mesti kagum dengan pencapaian kita. Orang yang tak percaya kita boleh lakukan mesti lagi terpaku kan? Tunjukkan pada semua yang kita BOLEH!

11312579_10152934601083806_4348908738745561615_o

Syu dah masukkan dalam 101 wishlist untuk pergi ke NC 2015/2016. Siapa nak pergi dengan Syu tahun depan? Jom!

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139539

0192198621

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Comments

  1. Wah syu..bestnye.. nanti nex year kita pegi sesame yeee.. hehe
    nida recently posted…PANDUAN MENGELAKKAN BERLAKUNYA BUASIR KETIKA HAMILMy Profile

  2. Weeeee..bestnya!!
    Makan free, dapat surprise gift, pusing2 KL macam tourist..memang best!
    nurul recently posted…baca label betul-betulMy Profile

Leave a Reply to nida Cancel reply

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.