Perbezaan Antara Foremilk Dan Hindmilk Di Dalam Susu Ibu

Perbezaan Antara Foremilk Dan Hindmilk Di Dalam Susu Ibu

Kepentingan Foremilk dan Hindmilk Kepada Bayi Menyusu

.

foremilk-dan-hindmilk-2

.

Susu ibu terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian hadapan payudara terletaknya foremilk, dan di bahagian belakang payudara terdapatnya hindmilk. Kedua-dua susu ini amatlah penting untuk tumbesaran bayi kita. Kalau kedua susu ini tidak seimbang, ia boleh meninggalkan kesan kepada bayi kita. Jadi, bayi kita perlu mendapatkan kedua-dua jenis susu ini dalam setiap sesi menyusu. Tapi, apa yang membezakan antara kedua-dua jenis susu ini?

.

.

Foremilk

  • susu diawal sesi penyusuan ataupun sesi mengepam.
  • Foremilk adalah cair berbanding hindmilk.
  • berwarna hijau kebiruan
  • Pada waktu siang, foremilk lebih banyak kerana cuaca di siang hari lebih panas berbanding malam. Anak kita perlukan foremilk lebih untuk menghilangkan dahaga.
  • Terdapat laktosa, protein, karbohidrat dan vitamin yang tinggi untuk memberi tenaga kepada bayi kita. Ia juga penting untuk perkembangan otak bayi dan juga penting untuk hilangkan dahaga.

.

foremilk-dan-hindmilk

.

Hindmilk

  • susu yang terhasil selepas beberapa ketika menyusukan anak ataupun mengepam.
  • lebih pekat
  • hindmilk mengandungi lebih serat, kalori, dan lemak yang tinggi untuk memberi tenaga kepada bayi, membantu dalam tumbesaran yang lancar, dan juga mengenyangkan bayi.
  • Lagi kerap ibu kosongkan payudara, lagi banyak hindmilk akan terhasil. Jangan biarkan payudara penuh sampai bengkak baru nak mengepam/menyusukan anak.

.

Foremilk dan hindmilk sama penting kepada bayi. Kalau bayi tak dapat foremilk yang cukup, baby kita boleh dehydrated, tapi kalau tak cukup hindmilk pula, mereka tidak cukup lemak untuk membesar dengan baik. Kesimpulannya, bayi kena menyusu sekurang-kurangnya 15-20 minit bagi memastikan mereka mendapat kedua-dua jenis susu dengan cukup.

.

Ketidak-seimbangan Antara Foremilk dan Hindmilk

Ketidak-seimbangan di sini bermaksud foremilk itu lebih banyak berbanding hindmilk. Ini boleh berlaku apabila ibu biarkan payudara penuh baru nak kosongkan ataupun tidak mengikut jadual mengepam dengan konsisten (kena kosongkan payudara setiap 3 jam tau). Kita sepatutnya kerap mengosongkan Cik B supaya hindmilk akan lebih banyak terhasil berbanding foremilk.

Apabila foremilk lebih berbanding hindmilk, perkara seperti ini boleh berlaku kepada bayi kita:

  • bayi akan menyusu dengan lama kerana mereka tak kenyang-kenyang.
  • kerap kembung perut. Perumpamaannya, macam kita tengah lapar tapi minum air je. Memang akan masuk angin kan perut tu?
  • Najis berdarah
  • Pertambahan berat yang perlahan
  • Ruam lampin sebab najis anak kita berasid
  • Muntahkan susu dengan banyak
  • Buang air besar sejurus selepas menyusu

.

Mengosongkan payudara amatlah penting bagi ibu yang menyusukan baby dan berazam nak susukan bayi sehingga berumur 2 tahun bagi memastikan penghasilan susu sentiasa cukup untuk bayi. Jangan sesekali stress dan berfikir yang susu kita kurang dan tak cukup untuk anak sebab hasil yang kita dapat tidak sebanyak ibu yang lain.

Jangan bandingkan hasil susu yang kita dapat kerana keperluan setiap anak adalah berbeza. Tapi, pastikanlah ibu mendapat nutrisi harian yang cukup untuk menghasilkan susu yang berkhasiat untuk baby.

Semoga tercapai misi penyusuan ibu-ibu!

.

Your Shaklee Health consultant, 

Syu Amir

Shaklee ID | 1139539

Whatssap | 019-2198621

Pengedar Shaklee Skudai, JB

Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui kurier berdaftar

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Comments

  1. Sebab tu kena bagi anak menyusu di sebelah payudara sampai kosong sebelum tukar ke satu lagi. Kalau anak dah kenyang, kena pam lah untuk kosongkan. 🙂
    Ros recently posted…Minum Soya Masa Mengandung Boleh Dapat Baby Kulit Cerah?My Profile

    • syuhada amir :

      betul….mak-mak la yang kena rajin kosongkan Cik B..kalau tak nanti stok merudum pulak

  2. shuzaini razali :

    Bby sy mnyusu skjp je slm 5-10 minit.bby ysia 3 bln..bby knyg x klaw mnyusu masa 5-10 minit je

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.