Perangai Anak Ke-2 Yang Boleh Di Contohi

Perangai Anak Ke-2 Yang Boleh Di Contohi

Fakta Mengenai Anak Ke-2

Hari ini merupakan hari lahir Syifa’ yang ke 4. Happy Birthday My Prinncess!!

Syifa’ lahir pada tahun 2014 sekitar jam 8 pagi di Hospital Muar. Kelahirannya amat mudah dan prosesnya pun amatlah cepat. Sepatutnya Syifa’ sepatutnya lahir pada 1 syawal, tapi, sebab nak bagi umminya makan makanan raya, Syifa’ keluar pada hari raya ketiga pagi…hehe…merasalah Syu makan ketupat, lemang sebelum mula berpantang. Takdelah kempunan tengok orang makan.

IMG20160821184757

IMG20160821184455

IMG20160821184228

IMG20160821184807

IMG20160821184455

.

Syifa’ merupakan anak Syu yang kedua. Anak kedua nie macam-macam kerenah dan perangai. Ada yang buat Syu rasa geram, ada yang buat Syu rasa nak marah, tapi banyak perangai Syifa’ yang buat Syu rasa tersentuh. Sayang sangat…hahaha…itulah perasaan mak kan? Anak buat apa pun sayang juga!

.

Ciri-ciri Anak Kedua

anak 2

.

Syu buat list ini bukan berdasarkan kajian ye. Tapi, Syu sekadar bercakap melalui pemerhatian Syu terhadap anak Syu. Tu je. Mungkin betul dengan anak ibu-ibu semua, mungkin juga tidak 🙂

1. Sangat Kakak

Walaupun Syifa’ anak kedua dan ada seorang abang di atasnya dan 2 orang lagi adik, tapi dialah yang menjadi kakak. Abang pun kadang-kadang mngikut kata Syifa’. Apa yang Syifa’ suruh buat, Ahmad Zuhayr buat (selagi tak bergaduh la).

Syifa’ yang banyak menjaga adik beradik yang lain. Kalau Basyiirah menangis, dia akan pujuk.

Baguslah Syifa’ dalam hal-hal menjadi kakak nie.

2. Pandai mengarah orang

Sebab Syifa’ ni ‘kakak’, dia pandai mengarah orang, tapi dia sendiri tak buat. Contohnya, kalau Syu buat susu, mesti dia suruh Basyiirah ambil botol dan bagi pada dia. Bukannya nak ambil sendiri di dapur.

Kalau bab-bab mengemas pun sama. Syifa’ suruh orang lain yang kemas, padahal dia yang buat sepah.

3. Drama Queen 

Anak kedua biasanya Drama Queen terlebih. Sakitnya sikit, tapi menangis macamlah sakit sangat-sangat.

4. Mudah tersentuh

Syifa’ memang tak boleh kena marah, nanti dia akan terasa hati. Lagi-lagi kalau memang salah dia. Sebelum tidur, memang Syifa’ akan minta maaf dengan Syu (kalau Syu ada marahkan dia sebelum tidur tu). Minta maaf tu sambil nangis, tu yang buat kita pun sayu sekali. Rasa bersalah pulak marah dia.

Kalau tengok barang rosak pun, dia mudah terasa. Syifa’ selalu sebut “penat ummi/abi beli. Mahal tau”.

5. Tak boleh kena tegur

Anak kedua biasanya tak boleh kena tegur. Kalau tegur je, memang akan buat kaku. Lagi kita tegur/marah, lagi dia memberontak dalam diam.

Syifa’ akan buat bodoh je kalau Syu suruh buat apa-apa bila dah kena marah tu. Kalau Syu geram dan lagi marah dia, lagi dia buat tak layan.

6. Pendiam (dengan orang yang tidak dikenali)

Syifa’ sama je dengan Syu dalam kes nie. Dia memang pendiam, kadang-kadang tu menyorok belakang Syu kalau jumpa orang yang dia tak kenal (terutamanya pelajar-pelajar Syu).

Tapi, bila Syifa’ dah selesa, memang dia akan manja dan banyak cakap sampai tak terlarat nak layan dah.

7. Pandai ambil hati

Kalau Syu menangis, Syifa’ la yang akan jadi penawar. Sesuai dengan maksud namanya. Dia pandai buat lawak supaya kita tak sedih-sedih lagi.

Kalau kita sakit, Syifa’ akan duduk dengan kita sambil tanya “sakit ke ummi? Meh Syifa’ letak ubat.” Hilang sakit rasanya.

8. Mudah menangis

Tapi, dalam setegas-tegas Syifa’, dia kuat menangis. Kalau orang ambil barang dia, dia nangis. Kalau gaduh sikit dengan abang/adik, dia nangis. Kalau orang cakap lebih sikit pun dea nangis juga!

9. Kaki Report/Mengadu

Part nie pada Syu sangatlah kelakar. Anak nombor 2 memang suka mengadu eh? Sikit-sikit mengadu, sikit-sikit mengadu. Orang tak nak kawan pun mengadu, kawan gaduh pun dia mengadu.

Kadang-kadang rimas juga la. Tapi, memang itu perangai dia, terima je la. Layankan aje.

10. Cakap A, tapi sebenarnya nak B

Paling confuse pasal benda nie. Kita tanya elok-elok nak yang mana. Dia tak nak cakap. Kita pilihkan, dia marah. Rupanya, dia tak berani nak cakap apa yang dia nak sebenarnya.

Kesian Syifa’. Yang nie kena ajar Syifa’ untuk berterus terang dan jangan takut. Risau nanti dia akan ikut je apa yang orang nak sebab takut nak beri pandangan.

.

Sama ke dengan anak ke-2 ibu-ibu yang lain? Inilah perangai anak ke2 Syu. Kadang-kadang, memang geram dengan kerenah Syifa’, tapi dalam banyak-banyak hal, Syifa’ memang anak yang baik. Cuma kita nie kena faham anak nombor 2 nie lebih sikit sebab mereka nie selalu rasa dipinggirkan.

Jadi, didiklah anak-anak kita dengan didikan yang elok, selari dengan didikan agama.

Moga kita semua dikurniakan anak-anak yang membawa kita ke syurga kelak. Amin!

.

Love,

Syu Amir

Shaklee ID | 1139539

Whatssap | 019-2198621

COD Shaklee Skudai, JB

PEngeposan ke seluruh Malaysia melalui Kurier Berdaftar

 

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.