Melahirkan Anak Semasa Belajar Bukanlah Sesuatu Yang Mudah

Melahirkan Anak Semasa Belajar Bukanlah Sesuatu Yang Mudah

Melahirkan anak adalah proses yang sangat unik sebab semua orang pun mempunyai pengalaman yang berbeza-beza kan? Even proses kelahiran antara anak-anak kita pun berbeza. Syu pun sama. Pengalaman melahirkan Ahmad Zuhayr, Syifa’, dan Basyiirah semuanya lain-lain. Tapi, Syu takkan tukarkannya dengan yang lain kerana ianya terlalu berharga buat Syu.

 

Inilah Zuhayr sekarang. Dah besar anak ummi! Ummi will always love you.

Inilah Zuhayr sekarang. Dah besar anak ummi! Ummi will always love you.

 

Lagi 3 hari (23 Rabiul Akhir), genaplah Ahmad Zuhayr 5 tahun. Tapi, kalau kalendar Masihi kena tunggu 6 April nanti. Tetiba, Syu teringat masa-masa mengandungkan dan yang paling memeranjatkan adalah masa melahirkan Zuhayr pada 2010 tu.

Syu berkahwin pada 2009. Masa tu, masih belajar lagi di New Zealand. Syu pulang ke Malaysia sekejap masa winter break untuk melangsungkan perkahwinan. Lepas 3 minggu, cuti pun dah habis, Syu balik New Zealand seorang diri untuk sambung pelajaran. Meninggalkan suami di Malaysia sebab dia pun akan pulang ke Ireland untuk sambung tahun akhir pengajiannya.

Lebih kurang sebulan selepas balik ke New Zealand, Syu dapat berita yang agak mengejutkan untuk diri Syu sendiri la. Syu disahkan mengandung. Masa tu Syu seorang je di sana tanpa keluarga. Hanya ada kawan-kawan dan guardian, Jackie Greenwood (I miss her). Memang tak tahu nak buat apa. Pening fikir masa tu. Dengan belajar lagi, dengan mengandungnya lagi, mana nak bersalin, boleh ke bersalin di sini. Semuanya masuk dalam kepala masa tu.

Fikir punya fikir, jalan terbaik untuk Syu masa tu adalah cuti belajar setahun sebab kos bersalin di New Zealand sangatlah mahal. Takkan termampu nak bayar. So, mulalah proses berbalas surat dan email kepada pihak MARA. Syu sediakan segala surat sokongan dari pihak unuversiti Auckland dan juga surat sokongan doktor. Semuanya kerana nakkan cuti setahun tu. So, kena la tanggung kan kalau kena marah sekalipun dengan mereka.

Akhirnya, setelah puas naik turun bangunan MARA, dapat jugalah cuti setahun tu. Jadi, Syu buat keputusan untuk bersalin di Cork, Ireland (tempat suami Syu belajar). Sebab utama adalah Syu nak suami ada disisi masa Syu bersalin dan sebab yang lain adalah kos bersalin di Ireland adalah percuma.

Dalam seminggu sebelum bersalin tu, Syu memang ada check-up dengan doktor di sana. Disebabkan air ketuban dan rendah, Doktor suruh masuk ward untuk induce. Doktor-doktor di sana takkan ambil risiko yang boleh membahayakan nyawa pesakit dan juga bayi dalam kandungan. So, Syu dan suami ikutlah cakap doktor.

 

5 April 2010

Syu datang hospital dalam jam 4 petang sebab nak mula induce pukul 6 nanti akan kena induce dos pertama. Bidan cakap kalau bukaan tak cukup besar, Syu akan di induce untuk kali kedua malam nanti. Sementara menanti jam 6 petang, Syu baring atas katil untuk buat CTG, nak tengok pergerakan bayi macam mana. Ada contraction tak.

Pukul 6 macam tu, bidan datang untuk induce. Apabila dah induce, memang terasa berdenyut-denyut di bahagian pangkal rahim. Nak bergerak pun kena berpimpin ataupun pegang dinding. Allah je yang tahu macam mana rasanya.

Tapi, masa tu Syu ingat pesan mak. Kalau nak senang bersalin, banyakkan berjalan. So, Syu jalan juga dalam wad menunggu tu. Jalan perlahan-lahan, tengok keadaan sekeliling. Dengar bunyi bayi menangis. Tengok doktor dan bidan lari sana sini. Keadaan sekeliling buat Syu rasa cemas fikirkan bila dan macam mana la keadaan Syu nanti. Alhamdulillah ada suami yang selalu bagi kata-kata semangat. Thank you.

Dalam jam 10 malam sebelum tidur, bidan datang sekali lagi untuk periksa bukaan dan juga untuk induce lagi satu dos. Dalam masa yang sama, suami Syu tanyalah bidan agak-agak bila Syu akan bersalin. Bidan cakap paling awal bersalin pun dalam pagi esok. Bidan siap bagi Syu injection Pethidine di bahagian belakang. Dia cakap untuk kurangkan sakit dan mudahkan Syu tidur supaya ada tenaga nak meneran esok. Tapi, mereka tak cakap apa-apa pun pasal side effect injection Pethidine tu.

Suami Syu dinasihatkan balik rumah dulu. Kalau tetiba Syu nak bersalin, mereka akan telefon. Disebabkan rumah hanyalah sekangkang kera sahaja dari hospital, suami pun pulanglah dulu. Masa tu pun dah hampir jam 12 tengah malam.

 

6 April 2010

Dalam jam 4 pagi, Syu tersedar sebab rasa nak pergi tandas nak terkencing. Masa nak turun dari katil, Syu mula rasa lain macam, macam susah nak jalan dan terasa sakit di bahagian pangkal rahim. Tapi, masa tu mana tahu contraction nak bersalin. Air ketuban pun tak pecah. Syu ingatkan sakit biasa je la. So, sakit-sakit tu pun pergi juga la tandas.

Lepas keluar tandas, memang dah tak tahan sangat sakit. Nak naik atas katil pun tak boleh dah. Tekan butang tepi katil, bidan terus sampai. Diorang naikkan Syu atas katil, periksa bukaan, dan terus tolak katil masuk labour room. Syu takut masa tu, Bukan kata esok pagi ke bersalin? Suami tak de nie. Nak tunggu suami boleh tak? Semua soalan terjah masuk otak masa tu.

Masa tu, Syu dengar je bidan bercakap. Mereka pun terkejut sebab cepat sangat. Terus telefon suami. Suruh datang hospital sekarang. Syu masa tu memang dah tak tahan nak bersalin. 3 kali teran sambil jerit. Memang tak de effect la. Baby pun macam tak nak keluar. Macam tengah tidur. Takde push dari dalam. Semuanya bergantung kepada Syu. Tetiba terdengar mak bidan cakap dengan Syu “When you push, don’t use your voice my dear. You will loose energy. Push with your mouth shut. Then you can focus more on pushing the baby out. You can do this”.

Bila dengar mak bidan cakap macam tu, bersemangat sikit nak teran lagi. Teran kali nie memang takde suara pun. Alhamdulillah, baby keluar dengan mudah. 4.20 pagi, Zuhayr selamat dilahirkan. Masa baby keluar, Syu nampak muka suami di belakang mak bidan semua. Terus tersenyum.

Masa tu langsung tak terfikir mengapa Syu tak dengar langsung tangisan Zuhayr. Mungkin terlalu penat dan masih mamai kot, tu yang tak dengar. Suami ada disisi tersenyum, bisik kata-kata syukur. Tapi, ada kata-katanya yang buat Syu pelik tapi tak larat nak tanya. Suami ada cakap, “tak kira la apa yang jadi kat anak kita, kita kena bersyukur dan redha atas segala ketentuan Allah tau”. Jawapan Syu masa tu pun simple je, “Semua pun kan pinjaman Allah, bila-bila masa je Allah boleh ambil balik”.

Syu memang tak nampak apa yang berlaku pada Zuhayr masa tu. Suami tak bagi pandang. Dia cuma cakap Zuhayr ada dengan 7 orang doktor dan mak bidan untuk bantu Zuhayr. Rupa-rupanya, Zuhayr lahir dalam keadaan drowsy, kesan dari injection Pethidine pada tengah malam tadi. Sebab tu la Zuhayr tak dapat nak push dari dalam. Hampir lemas dia di dalam. Hampir juga nak kena masukkan forcep nak keluarkan baby.

Doktor-doktor dan bidan semuanya berusaha membantu Ahmad Zuhayr untuk bangun. Bacaan nadinya terlalu lemah, degupan jantung pun sama. Memang dah risau. Doktor membuat keputusan untuk memasukkan tiub untuk membantu membuka salur pernafasan Zuhayr. Alhamdulillah, belum sempat masukkan tiub, Zuhayr dan menangis sekuat hati. Tenang dan lega rasa bila dengar tangisan si anak. Hilang semua rasa takut dan risau. Semua berganti dengan syukur yang tak terhingga kepada Allah.

 

zuhayr 1

Zuhayr masa dalam incubator – hari pertama kelahirannya

 

Disebabkan Zuhayr tak bernafas selama lebih kurang 5 minit, Zuhayr dimasukkan ke dalam Neonatal Intensive Care Unit (NICU) untuk pastikan tiada brain damage. Selepas selesai Syu kena jahit semua, Syu pergi NICU untuk tengok Zuhayr. Luruh jantung semua tengok wayar sana sini di kepala kecil Zuhayr. Sedih pun ada. Masa tu hanya doa dan tawakal yang menjadi penguat Syu untuk terus kuat berasa di sisi anak.

Semasa menunggu Zuhayr yang penuh dengan wayar-wayar di dahi, datang seorang doktor yang sedang buat kajian mengenai brain damage. Mereka minta izin untuk membuat ujian ke atas Zuhayr. Syu dan suami pun nak sangat tahu sama ada Zuhayr ada kecacatan otak ke tak, jadi, kami setuju dengan ujian tersebut. Alhamdulillah, keputusannya sangat bagus. Syukur.

 

zuhayr 3                                 zuhayr2

 

3 hari Zuhayr tinggal di NICU dan 3 hari jugalah Syu berada di hospital kerana Syu dah cakap dengan jururawat yang Syu akan menyusu penuh Zuhayr. Jadi, Syu akan turun ke NICU setiap 3 jam untuk menyusukannya dan duduk bersama-sama Zuhayr sampailah Syu penat, barulah balik ke wad untuk berehat. Yang bestnya, mereka faham permintaan kita. Kalau anak kita terjaga tengah malam dan kita tak de, mereka akan telefon beritahu yang anak kita dah bangun. Sila turun untuk susukan anak. Sangat bagus!

 

zuhayr 4

 

3 hari lepas duduk dalam NICU, Zuhayr dibenarkan keluar dan masuk wad dengan Syu. Esoknya, kami balik rumah. Happynya!!!! Dan hidup kami lepas tu lebih meriah dengan adanya Ahmad Zuhayr.

Alhamdulillah, inilah kisah 5 tahun lepas. Kisah yang sangat-sangat memeranjatkan semua orang. Pengalaman yang tidak akan dapat Syu lupakan sampai bila-bila. Syu akan ingat susah payah Syu membawa Zuhayr ke dunia ini supaya Syu ingat betapa berkuasanya Allah yang boleh ambil anugerah ini bila-bila masa sahaja.

 

***Syu teringat juga dengan ibu di sebelah katil Zuhayr yang menjada anak kembar pra-matangnya. Memang kecil comel je. Macam mana la maknya menyusukan anak-anak pra-matang kan? Sama macam dalam video nie. Memang tabiklah mak yang menjaga anak pra-matang nie.

 

“Dapatkan Tips-Tips Yang Menarik Berkaitan Dengan Kehamilan, Kelahiran/Berpantang, Penyusuan Susu Ibu & Keibu-Bapaan Di SweetBonda.my”.

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139539

0192198621

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Comments

  1. I still remember the day u called me to tell me the good news. I still remember the day when I accompanied you for checkup at Uni Health Centre. I still remember looking at your first scan. I still remember calling you that night when Zuhayr was born. 🙂 🙂 🙂

    • UmmuZuhayr :

      I remember n will always be grateful to u n miza n diyane for all the help…especially when you sacrifice your bed for me…tq for everything…I can never pay that ever….

  2. Semoga Zuhayr membesar menjadi anak yang soleh.
    Bila kita melahirkan anak, teringat pengorbanan mak kita waktu melahirkan kita. Semoga Allah merahmati semua ibu di dunia dan di akhirat.
    Ros recently posted…Selamat BerkenalanMy Profile

    • UmmuZuhayr :

      Tq for the do kak Ros….:)

      betul tu, mmg teringatkan susah payah mak lahirkan kita…tak kan terbalas jasa mak 🙂

  3. Pengalaman bersalin mmg satu pengalaman yg indah…Semoga zuhayr membesar menjadi anak yg taat pd ibu bapa ye..insyaallah..
    gdah abdullah recently posted…Acara Tahunan Shaklee Yang Gemilang @ Shaklee National Conference 2014/2015My Profile

Leave a Reply to Ros Cancel reply

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.